Hari ini saya dan Nafisa berada di Pusat Kegiatan Guru. Ini adalah pengalaman pertama kali kami ke Kuala Kurau. Jauh juga ya dari simpang utama pekan Bagan Serai.
Panduan Makanan Sihat dan Selamat merupakan sebuah blog perkongsian ilmu tentang makanan dan sains dalam kehidupan oleh seorang pensyarah pemprosesan makanan, ibu, isteri dan pengedar bebas Shaklee.
Pages
▼
Tuesday, 28 March 2017
Video : Apakah yang dikatakan sebagai pasta?
Di Malaysia, kebanyakan kita kerap menikmati makanan berasaskan pasta. Namun pilihan yang diberikan samada ia adalah 'Asian' pasta atau pun Italian Pasta. Cuma kali ini saya cuba bawa anda melihat dari segi pasta Itali. Saya ada sertakan contoh 'Asian' pasta dalam post saya yang lalu. Boleh baca semula di 'link' INI. Jadi apa bezanya dengan Italian Pasta? Bahan sahaja sudah berbeza. Malahan bentuk dan kuahnya juga berbeza. Bahan untuk menghasilkan pasta terdiri daripada tepung semolina dari jenis gandum Durum. Berbeza dengan tepung gandum biasa yang kita gunakan dalam penghasilan mi kuning (pasta asia). Jom kita tengok ulasan dari video - video ini.
Wednesday, 15 March 2017
Koleksi video tentang industri susu
Semua video yang di bawah adalah tentang industri susu. Harap ia membantu kita mendapat gambaran tentang industri susu.
Video 1 : From cow to consumer
Tuesday, 14 March 2017
Pengguna prihatin : betul ke ini susu segar?
Nak pilih tajuk pun susah. Kali ini saya bercerita tentang topik berkaitan susu. Susu ni memang sangat sinonim dengan saya. Sejak kecil, saya mengalami alahan susu. seteruk mana alahan susu itu, teruknya hingga ke tahap cirit birit dan muntah. Pendek kata, kalau nak cuti sakit, minumlah susu. Ini bukan bermakna susu tu tak baik, cuma saya tidak sesuai dengan gula susu iaitu laktosa. Nama popularnya ialah Lactose intolerance.
Walau bagaimanapun, saya masih menikmati produk tenusu yang sesuai dengan perut second hand saya iaitu minum susu kultur. Susu kultur mempunyai bakteria baik yang membantu menghadamkan laktosa susu seperti lactobacillus acidophilus, lactobacillus casei. Ada banyak bakteria baik ni. Itu sebahagiannya. kalau beli 'Yakult', beli Vitagen, boleh la baca nama bakteria baik ni pada labelnya. Persoalannya, kita baca ke? Adakah kita pengguna yang prihatin ?
Walau bagaimanapun, saya masih menikmati produk tenusu yang sesuai dengan perut second hand saya iaitu minum susu kultur. Susu kultur mempunyai bakteria baik yang membantu menghadamkan laktosa susu seperti lactobacillus acidophilus, lactobacillus casei. Ada banyak bakteria baik ni. Itu sebahagiannya. kalau beli 'Yakult', beli Vitagen, boleh la baca nama bakteria baik ni pada labelnya. Persoalannya, kita baca ke? Adakah kita pengguna yang prihatin ?
Thursday, 2 March 2017
Penghasilan puding cendol
Dah lama rasanya saya tak share resepi. Sebabnya tak berkesempatan nak ambil gambar langkah demi langkah. Sibuk mengajar, terlupa nak ambil gambarnya. Kali ini saya share resepi puding cendol. Cendol yang digunakan dihasilkan oleh pelajar kursus pendek saya. Kalau makan sejuk - sejuk, memang sedap.