Selalu apabila dikatakan seorang pendidik, semua beranggapan mereka sempurna dan serba tahu. Walau pun begitu, kehidupan seorang pendidik ternyata sebenarnya seperti orang lain juga. Punya masalah dan cabaran.
Saya merupakan seorang pendidik selama hampir 9 tahun berkhidmat di Kolej Komuniti. Berpengalaman mengajar pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk negara amnya dan Sabak Bernam khasnya.
Pada asalnya , saya tidak terfikir langsung untuk menceburi bidang akademik seperti sekarang ini. Saya mengambil jurusan Bacelor Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia yang pada ketika itu, ramai yang mempersoalkan "nanti keluar jadi apa?". Namun, itulah tekad saya sejak tingkatan 5, menjadi ahli teknologi makanan. Syukur, ibu bapa saya tidak pernah menghalang minat dan kecenderungan anaknya.
Saya lebih menghargai makanan. Saya sangat kagum dengan makanan yang diciptakan Tuhan. Kesihatan kita sebenarnya bergantung dengan apa yang kita makan. Makanan juga boleh menjadi ubat. Menarik bukan! Ujikaji kami sebagai pelajar sains makanan berkisar tentang makanan dan pemprosesan makanan seperti macam mana hendak menghasilkan air soya yang baik. Bagaimana hendak menghasilkan mi kuning yang tahan lama dan selamat. Semuanya memerlukan sains makanan.
Perjalanan saya sebagai pendidik bermula apabila saya cuba memenuhi impian ibu yang mahu saya bekerja dalam situasi yang "normal". Tidaklah keluar bintang , balik kerja dengan bintang. Saya mendaftarkan diri sebagai guru pelatih di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur dalam jurusan Diploma Pendidikan (KPLI) MPV Pemprosesan Makanan. Akhirnya setelah tamat latihan perguruan, saya di tempatkan di Kolej Komuniti Sabak Bernam yang ketika itu berada di bawah bumbung Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum dipisahkan menjadi Kementerian Pengajian Tinggi.
Sebagai pensyarah, saya mengajar pelajar sepenuh masa dan pelajar hujung minggu. Belum lagi tugas - tugas komuniti dan pejabat yang sentiasa memenuhi ruang kerja saya sebagai pendidik. Pulang dari bekerja, saya melaksanakan tugas harian sebagai ibu dan isteri. Pastinya semua itu, memerlukan komitmen dan tenaga harian yang berpanjangan.
Oleh sebab itu, saya memilih Shaklee sebagai makanan tambahan supaya saya dapat menyelesaikan kerja - kerja yang tidak pernah akan habis dengan penuh bersemangat. Saya cuba mengisi masa lapang (walaupun tidak lapang) dengan bisnes Shaklee setelah mendaftarkan diri sebagai pengedar bebas Shaklee.
Saya memilih Shaklee kerana pada hemat dan ilmu saya, Shaklee merupakan makanan tambahan yang diadun untuk memenuhi keperluan tubuh secara semulajadi tanpa bahan - bahan terlarang. Shaklee juga telus dalam mengistiharkan kandungan produknya.
Jadi, anda boleh memesan produk Shaklee melalui saya. Boleh baca entri tentang kebaikan Shaklee di blog bisnes shaklee saya superfoodstoresb.blogspot.com
salam perkenalan sis
ReplyDeletesalam kembali.selamat berkenalan.terima kasih berkunjung ke blog biasa2 ni.
DeleteAssalam boleh saya bercakap dgn pn 016-8266341. Ada perkara yg ingin saya tnykan
ReplyDeleteAssalamualaikum kakak,saya pelepasan spm yng akan ambil jurusan bidang pemprosesan & kawalan mutu makanan di kolej komuniti... Boleh pm saya bagi kakak terangkan tentang kursus itu,,,, pm saya 013-5044024.
ReplyDelete