Panduan Makanan Sihat dan Selamat merupakan sebuah blog perkongsian ilmu tentang makanan dan sains dalam kehidupan oleh seorang pensyarah pemprosesan makanan, ibu, isteri dan pengedar bebas Shaklee.
Pages
▼
Friday, 3 January 2014
[Muhasabah] Yuran sekolah dari duit syiling
Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja kerana sakit lutut kesan akibat jatuh ketika bertugas sebagai pemandu lori lama dahulu.`
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.
Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.
email : zunairahagi@gmail.com
Nota : Isi penting muhasabah ini, azam untuk pergi ke sekolah dengan menabung walaupun hidup tidak mewah. Dalam zaman pelajar suka ponteng sekolah, kempen pergi ke sekolah, semangat anak ini perlu dilihat dan dicontohi serta dia perlu diberi motivasi diri yang tinggi agar punya jati diri. Biar orang lain menabung untuk pergi melancong, kita menabung untuk belajar.
Salam.. boleh tak saya dapatkan no. acc datuk tersebut
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteboleh tahu sekolah mana dari negeri mana?
Deletesekolah agama ar rahmaniah, taman dagang, ampang
Deletesalam... saya sudah cuba hubungi ustazah tersebut.. tapi masuk peti simpanan suara... ada no lain yang boleh saya hubungi...
DeleteAssalamualaikum Admin...boleh bg maklumat yg lebih detil kt sy utk sy hubungi atau jumpa datuk tersebut?:(
DeleteSalam... ke mana boleh saya salurkan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTerima kasih.. Sy akan panjangkan di fb sy
ReplyDeleteSama - sama. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian yang membantu.
DeleteAssalamualaikum.. sy dan rakan2 ada membuat kutipan ikhlas untuk adik Nurkhatijah mohon jasa baik kalian sekiranya boleh memberi sy no phone yg pihak yg berkenaan untuk sy dan rakan2 menyalurkan sumbangan pada pihak yg berkenaan..
DeleteSalam. Mohon bantuan pihak puan dapatkan no acct datuk tersebut utk sy berikan bantuan kpd keluarga terbabit
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletebagi sesiapa yang ikhlas jujur dapat sampaikan bantuan ke anak kecil boleh PM saya or sharing bagimana bantuan dpt disalurkan....saya berada jauh diLabuan...harap ada yang sudi....
ReplyDeleteQhaidir
Haidier3716@gmail.com
ada sdikit bantuan ikhlas dari saya, mugkin tidak sebanyak mana tapi mohon disalurkan kepada kedua adik ini....sekian..
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletekalo uztazah boleh letak no akaun datuknya , kami sgt memerlukan..
ReplyDeleteustazah... depa semua duk mana kalau berdekatan boleh bagi kerja...
ReplyDeletealhamdulillah, sy baru saja berhubung dg ustazah khadijah dan saya mencadangkn agar uztazah membuka acc bank atas nama adk ini dan biar ustazah yg menguruskn keuangan adk ini, insyaAllah kita sebarkn mdh2 smp sumbangan ikhlas dari kita semua dari semasa ke semasa dpt membiayai persekolahan adk ini hingga menara gading nntnya, sbg mana yg kita tahu atuk dan nenek bdk ini sdh tua, bpk pula x bole di harap, jd adalah tugas kita sbg hamba Allah utk menjaga adk ini smp dia berjaya suatu hari nnt, Amin.....
ReplyDeleteSetuju dengan cadangan ini, nanti mohon war-warkan semula ya, Insya Allah ramai yang ingin membantu di kalangan kita.
DeleteInsya Allah. Dalam proses.
DeleteSalam...sy mencadangkan agar guru pelajar boleh merujuk kepada pusat zakat berhampiran kerana pelajar layak mendapat bantuan zakat dan baitulmal...yuran pelajar dan perbelanjaan lain pelajar bagi tahun2 yang berikutnya akan ditanggung oleh Baitulmal/pusat zakat..
Deleteassalam...mohon utk saya sharekan entri nie dlm blog saya...
ReplyDeleteslm sis..saye baru transfer duit ke akaun ustazah khadijah..tp akaun dia tak wujud..
ReplyDeleteAmount: RM10.00 Status: Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]
Reference number: 1939071139
Transaction date: 06 Jan 2014
Transaction time: 13:35:20
From Account :
To 3rd Party Account Number: 158024762835
Account Holder Name: KHADIJAH BINTI ALANG
Effective date: Today
Description of transaction: duit sumbangan utk Nurkhatijah
samala
Deleteakaun telah disekat kerana terlampau banyak transaksi.Nanti saya update akaun adik - adik tu bia dah selesai prosesnya nanti.
Deleteboleh dapatkan acc number yang betul? Kalau boleh mohon untuk sertakan alamat adik ini untuk salurkan bantuan.
ReplyDeleteSalam. Bagaimana Ingin berhubung terus dengan keluarga anak kecil ini. Untuk menyalurkan keperluan dan perbelanjaan sekolahnya.terima kasih
ReplyDeleteSaya pun cuba nak transfer tadi tapi tak Berjaya?
ReplyDeleteBiasanya jika tidak berjaya disebabkan tterlalu banyak org masuk kan duit. Bank akan block sebab takut berlaku penipuan. Pemilik akaun kena clearkan di bank sendiri.
ReplyDeleteAdakah jumlah transaksi mencapai tahap maksimum? Sebagai cadangan, boleh sediakan alternatif lain. Cimb etcTq
ReplyDeleteAdakah jumlah transaksi mencapai tahap maksimum? Sebagai cadangan, boleh sediakan alternatif lain. Cimb etcTq
ReplyDeletememang biasa akaun kene block bila terlalu banyak transaction berlaku.. akaun tu ada..tapi maybank dah block.. pemiliknya kene pegi maybank setelkan balik..
ReplyDeletebuat traksaksi x boleh
ReplyDeletemohon share saudari :)
ReplyDeleteCall tk dpt..
ReplyDeleteassalam...i called the number many times...no answer...anybody can help me to get through them? thank you
ReplyDeleteDia dah tak dapat nak reply call sbb call hampir 700 no. Lagipun ustazah kena bekerja juga sebagai guru.sekolah 2 sesi pagi dan petang. Jadi mungkin tak terlayan masa hari sekolah.
Deletesalam..sya cuba transfer tp x berjaya. kenape ye?
ReplyDeletemaaf nak tanya...ade sekolah dah minta duit yuran hari pertama persekolahan ke....maaf sekadar bertanya..
ReplyDeleterasanya sek agama integrasi ar rahmaniah ni sek swasta.. kawan sy ada ngajar kt sek agama integrasi kt subang, sek tu sek swasta.
Deletemohon betulkan kalau saya silap.
bukan sekolah swasta..tetapi di bawah kerajaan negeri. anak saya pun bersekolah agama di sekitar ampang juga..yuran yang perlu di bayar sewaktu hari pertama mendaftar adalah sebanyak RM210.00
Deleteakaun tu mesti dah kena block ngan maybank sebab ada banyak transaksi secara tiba2.. kena tunggu tuan punya akaun setelkan ngan bank tu dulu. So selagi tak setel, memang takleh transfer walaupun akaun tu wujud.
ReplyDelete:-)
saya baru masukkan tadi..Alhamdulillah lepas...
ReplyDeleteWhat's the name of the little girl in the picture, whose Grandfather brought the money in coins to school please ? Sending message from UK, and my son, who is of similar age would like to donate some of his stationeries o her, if it helps. Please can you email me with her name and her address ? Otherwise, if I send it to her school, please can someone make sure that she receives it ? Thanks.
ReplyDeleteadik Nur Khatijah Abdullah , Bank Rakyat : 220621244780,
DeleteTrustee of Nurkhatijah bt. Abdullah : Shamsiah bt Yusof
Nur Syafikah Abdul Rahim , Bank Rakyat : 220141565286,
Trustee of Norsyafikah bt. Abdul Rahim : Eni bt. Tarsidi
Kena mitak acc tu tukar dari jenis acc simpanan kepada acc semasa, baru boleh banyak transaksi. Tq
ReplyDeleteYg no 2 tu siapa? 2.norsyafiqah bt.abdul rahim
ReplyDeleteAnak yatim juga dan kematian bapa. Pelajar ini juga tak mampu bayar yuran. Ibu bekerja sebagai cleaner yang akan tamat kontrak pada bulan 6. Pernah kena strok , so pertuturan kurang jelas. Dari golongan yang kurang mampu juga.
DeleteSalam
ReplyDeleteSaya akan cuba menghubungi Ustazah berkenaan untuk mendapatkan maklumat keluarga tersebut bagi melihat apakah keperluan lain yang diperlukan oleh keluarga ini. Terima kasih kerana kongsikan perkara ini.
Salam cikgu, bole sy dptkan alamat penuh skolah/tempat tu x? insyaallah, kebetulan nak ke kl 20-23hb ni .. rsnye bole juga nak melawat adik ni .. syahdu rase bile tgk bende camni .. psl dulu time skolah pon ade certain part sy kene sponsor ngn cikgu ms skolah .. huhu ..
ReplyDeleteMinta emailkan account no dan no hp ustazah tu ke alamat ni senang utk saya nak b.in kan duit bila2 masa..zahariharris@gmail.com
ReplyDeleteBagus initiative cikgu semoga allah membalas budi dan jasa cikgu..amin
ReplyDeleteermm skang ada bayaran yuran lagi ea utk ke sekolah?maaf xde adik yg bersekolah lagi...tapi setahu sy mak.sy xde bayar yuran pape masa adik sy sekolah...buku teks pinjam...pibg pon sekolah dia x amik..spm pon xde bayar pape...maybe adalah sikit utk buku latihan tapi itu harga tambahan sahaja...maaf ye kalau sy silap tapi sy cdgkan pihak sekolah bantu kanak kanak ni utk dapatkan bantuan dr kebajikan.masyarakat n pej agama utk zakat...yg nak.menderma x salah boleh teruskan niat tapi bila announce macamni mmg bercelarula kat akaun cikgu tu..
ReplyDeletesekolah sekarang dah takde bergantung pada buku teks aje.. cuba tanya orang yg ada anak masuk sekolah, ape yg dia kena sediakan.. baru le kita tau
ReplyDeleteSalam. Untuk sekolah agama di kl, memang kena bayar yuran pada hari pertama sekolah. Saya ada anak yang belajar di sekolah agama di kl. Sekolah agama tidak dapat peruntukan seperti sekolah kebangsaan.
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=718468214838845&set=a.173458036006535.38688.100000270189106&type=1&theater
ReplyDeleteAlhamdulillah ..YB Iskandar tlh pun ziarah dan mmberi sumbangan....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletex boleh nak transfer. mungkin pihak bank menyekat transaksi.
ReplyDeleteakaun adik nur khatijah abdullah bank rakyat 220621244780, nur syafikah , bank rakyat 220141565286.
ReplyDeleteNi number akaun adik tu punya ke? yang baru buka?
DeleteSaya rasa buka akaun adik itu sendiri csra terbaik
ReplyDeleteini semua tidak benar. semua sekolah kerajaan di Kuala Lumpur. tidak ada lagi pungut yuran now free semua. yg bayar sumbangan pibg sahaja. pembohong besar. now sekolah kerajaan yuran free. yg bayar sumbangan pibg. jangan pusing.
ReplyDeletekamu yang comment ni mesti tak ada anak yang bersekolah kan atau tak ada anak yang dihantar ke sekolah agama???!!!
Deletebohong apa pula. yuran utk buku latihan, peralatan semua ada bayaran. mohon bercakap selidik dulu. ada je yang dengki
DeleteSapa kata tak benar...anak saya sekolah agama jugak.saya perlu bayar 350 ringhit untuk.setiap org.anak saya darjah 1 dan 2.sapa kata tak kena bayar.
ReplyDeleteSapa kata tak benar...anak saya sekolah agama jugak.saya perlu bayar 350 ringhit untuk.setiap org.anak saya darjah 1 dan 2.sapa kata tak kena bayar.
ReplyDeleteSaya nak sangat bantu, tapi apa kan daya, keadaan saya sekarang juga agak down, agak terkilan, cuma inisiatif saya ajukan pada lembaga zakat selangor dan baitulmal, alhamdulillah mereka telah turun memberi bantuan.
ReplyDeleteNape dimasukkan ank ni kat skolah srai ye?masuk skolah kbgsaan x kena pun yuran..sy tgl di ampang jugak.nt sy ziarah ank ni..
ReplyDeleteyuran memang lah xde. tapi kan kena beli peralatan lain n buku latihan.
DeleteTerpulang kalau anda rasa ini pembohongan. Tidak perlu berkata apa2. Kadang - kadang realiti memang pahit untuk didengar. Buat pengetahuan, ini adalah sekolah KAFA. Pagi KAFA petang sekolah kebangsaan. Kalau ikutkan kemampuan, memang tak mampu. Tetapi anak ni yang nangis2 nak sekolah kat situ. Dia menabung duit syiling sendiri atas didikan dan asuhan neneknya. Azam dan semangat macam nilah yang kita nak semai dalam anak2. Kualiti itu yang harus kita pelihara. Biar susah, ilmu perlu dicari dan digali. Tidak guna berbahas jika tiada solusi. Berapa ramai anak sekarang, menabung sedari kecil semata - mata untuk belajar? Berapa ramai anak sekarang sedari kecil tahu kepentingan belajar agama. Keluarga ini tidak minta dibantu. Tulisan asal saya hanya muhasabah kerana kualiti dan azam anak kecil ini. Kita yang dewasa ini pun menabung untuk barang - barang ntah apa-apa. Berapa ramai anak sekarang pecahkan tabung untuk barang sekolah? Pecahkan tabung untuk melepak di kafe cyber adalah. Belum lagi perkara - perkara lain. Itu gees nya. Bukan sebab duit syiling.
ReplyDeleteSalam puan..no acc bank rakyat tuh no personal adik yg baru di buka ke?
ReplyDeleteye. Tapi bila bank in, akan keluar nama trustees (pemegang amanah) iaitu mak dan nenek bdk2 tu.
DeleteAssalamualaikum Puan,.teruskan usaha dengan menyebarkan kebenaran. In Syaa Allah kita bantu apa yang mampu. Mereka yang komen negetif adalah manusia yang Allah gelapkan hati mereka. Semoga puan diberkati dan dirahmati Allah.
ReplyDeleteTerima kasih, insya allah.
Deleteterima kasih atas perkongsian ni.
ReplyDeleteirsyahealthyhouse.blogspot.com
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSekolah Rendah Agama ni adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Jadi kerajaan pusat tidak memberi bantuan. Dari tahun 80-an lagi dah ada dan hanya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Sebab itu mereka yang asalnya dari negeri-negeri lain tidak tahu kewujudan sekolah ini. Memang dari dulu kena bayar yuran setiap bulan dan, buku-buku teks dan latihan dibeli sendiri oleh ibu-bapa. Cuma sekarang kerajaan negeri sudah menyalurkan bantuan memberi buku teks secara percuma. Saya sudah berumur 38thn dan adalah salah seorang bekas pelajar sekolah rendah agama di Petaling Jaya. Alhamdulillah ibu-bapa saya ambil inisiatif untuk hantar kami adik beradik. Ada juga anak jiran yang tidak sekolah sebab sekolah ni tak wajib pun. Dan sekarang kami adik-beradik hantar anak-anak kami juga ke sekolah yang yang sama di Petaling Jaya. Alhamdullillah anak-anak ini minta disekolahkan di sekolah agama.
Terima kasih juga kepada Puan Zunairah kerana berkongsi kisah anak-anak ini. Insyallah sama-sama kita bantu.
assalaamu'alaikum..apa pkembangn tbaru anak ini..?
ReplyDeleteIni adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)
ReplyDelete