Pages

Monday 3 February 2014

10 petua sihat dan cergas dengan makanan

Menjadi idaman setiap orang untuk sihat dan cergas supaya bebas melakukan aktiviti harian. Di sini saya kongsikan petua yang mudah untuk diamalkan supaya sihat dan cergas dengan makanan.

1. Amalkan makan yoghurt
Petua lama dari Balkan ini perlu diikuti. Setiap hari minum segelas yoghurt yang boleh dicampurkan dengan jus strawberi. Yoghurt ialah susu masam berprotein tinggi dan mempunyai kandungan bakteria probiotik serta dos kalsium yang tinggi.



2. Makan atau minum yang campurannya ialah halia
Halia sangat banyak manfaatnya. Dipercayai mampu untuk mencairkan kahak, mengubati sistem pencernaan dan meningkatkan stamina seksual.

3. Pengambilan madu yang teratur
Ibn Sina berpendapat mereka yang berumur melebihi 45 tahun diwajibkan mengambil madu secara teratur. Disarankan makan madu dengan buah yang isinya keras seperti buah zaitun.

4. Mengelakkan minum air sejuk dengan ais atau disejukkan di dalam peti sejuk.
As Suyuthi berkata air sejuk berbahaya pada sistem pencernaan.Ia dipercayai menganggu fungsi enzim pencernaan. Malah ia juga memudaratkan organ pernafasan terutamanya sesudah memakan makanan bersifat panas, bersuhu panas, makanan manis dan sesudah mandi air panas.

5. Amalkan jus tomato daripada dua biji tomato.
Kesan pengamalan minum jus tomato ini di kalangan lelaki 40 tahun ke atas dapat menyihatkan prostat. Jus tomato yang dicampur madu pula dapat melancarkan pembuangan air besar dan meningkatkan daya tahan penyakit. Selain itu ia mampu mengurangkan risiko penyakit akibat radikal bebas seperti barah.

6. Minum cincau untuk mengurangkan kepanasan.
Mempunyai sifat sejuk dan basah, ia sangat sesuai untuk menurunkan suhu badan ketika demam. Ia juga dipercayai membantu mengubati barah dan demam kepialu. Mereka yang mengalami gangguan pencernaan digalakkan meminum cincau.

7. Makan labu untuk mencegah batu karang.
Labu adalah makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. Labu Siam bermanfaat untuk memecahkan batu karang. Bagi memecahkan batu karang, makan labu siam yang dikukus. Pesakit batu karang dilarang minum kopi dan teh.

8. Makan snek seperti kekacang walnut.
Mengamalkan kacang walnut secara rutin dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu ia juga dapat menambah pengambilan kalsium yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi.

9. Makan buah delima kerana khasiatnya yang banyak.
Di dalam al Quran, buah delima disebut dengan spesifik. Ini kerana khasiatnya yang sangat banyak. Kulitnya boleh dijadikan ubat cacing. Isinya pula dapat digunakan sebagai pembuang angin jika mengalami perut kembung dan menguruskan badan. Daunnya dapat membantu menghasilkan haid. Akarnya berguna untuk merawat keputihan.

10. Bawang putih perlu ada dalam setiap masakan.
Bawang putih bersifat antibiotik. Selain itu ia berupaya mengurangkan risiko serangan jantung kerana fungsinya menyeimbangkan kandungan kolesterol dan mencegah penggumpalan darah. Ia juga mampu mengubati radang kerongkong. Bawang putih yang ditumbuk dicampurkan dengan sesudu madu lebah. Amalkan 3 kali sehari.

Demikianlah beberapa makanan yang perlu sentiasa ada dalam diet harian kita. Walaupun begitu, seperti dianjurkan Rasulullah s.a.w. , setiap makanan itu adalah baik. Janganlah kita mengelakkannya terus atau terlampau memakannya. Seimbangkanlah. Petua makanan di atas adalah sebahagian yang saya ambil daripada buku 365 tips sihat gaya Rasulullah s.a.w.

Bagi sebarang komen atau teguran, sila emailkan kepada saya zunairahagi@gmail.com

Untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh whatsapp @ sms saya 012-2248189 @ email saya zunairahagi@gmail.com.

No comments:

Post a Comment