Pages

Tuesday, 25 March 2014

Kunyit penawar depresi

Sementara menunggu untuk terbang ke Kuala Lumpur, saya sempat membelek majalah Prevention. Menarik! Terdapat pelbagai info dan penemuan berguna yang diutarakan.

Antaranya, kunyit berupaya menjadi penawar depresi. Tajuk utama artikel tersebut natural Prozac. Prozac merupakan sejenis ubatan yang digunakan oleh pengamal perubatan dalam mengawal depresi. Depresi yang berlaku disebabkan pelbagai faktor. Prozac merupakan antara ubat yang popular. Namun secara realitinya, Prozac bukanlah dari sumber semulajadi.



Namun penemuan kajian yang diterbitkan di dalam Phytotherapy Research menunjukkan, pengambilan 1000mg cucurmin (komponen utama dan aktif di dalam kunyit) membantu pemulihan depresi malah ia sangat efektif sehebat fluoxetine sejenis antidepresi yang popular dengan nama Prozac. Kajian dilakukan oleh Ajay Goel, PhD. dar Baylor University Medical Center.

Cucurmin menghalang penghasilan monoamina oksida , sejenis enzim yang dikatakan jika levelnya tinggi dikaitkan dengan depresi. Menarikkan! Setiap hari makan ikan goreng berkunyit, kita tidak sedar pun fungsinya. Memang diakui , kunyit sangat banyak manfaatnya. Seperti artikel saya sebelum ini, makanan berwarna semulajadi mempunyai antioksidan yang tertentu , baik untuk tubuh. Ini termasuklah kunyit. Setiap yang tuhan jadikan, pasti ada fungsinya. Subhanallah.

Jom makan ayam goreng kunyit.:)

Saya mengalukan - alukan sebarang teguran dan komen, sila emailkan ke zunairahagi@gmail.com

Bagi mendapatkan produk Shaklee pula, anda boleh berhubung terus dengan saya 

No h/p : 012-2248189012-2248189 (sms@call @ whatsapp @ telegram)
email : zunairahagi@yahoo.com
blog: zunairahghani.blogspot.com

No comments:

Post a Comment