Pesakit yang terlantar seperti makcik ini, pastinya memerlukan penjagaan seperti bayi. Dari segi makan, kebersihan diri dan makan ubat, pastinya perlu ada yang memantau dan menjaganya. Kesungguhan pakcik ini belajar sendiri teknik terapi memang menyentuh hati saya. Suami yang bersungguh - sungguh menjaga isteri di saat warga emas. Memang kulit pesakit bersih dan sihat biarpun terlantar menunjukkan tahap keprihatinan keluarga pesakit. Kos penjagaan, saya rasa sangat tinggi namun, suaminya tetap sabar. Alhamdulillah, makcik semakin pulih dan bersemangat untuk pulih. Saya doakan mereka tetap bahagia bersama hingga akhir hayat.
Rumah pesakit yang kedua pula di Taman Air Manis Sabak Bernam. Pesakit berasal dari Melaka, namun tinggal di rumah anak kerana pesakit tersebut terlantar dengan isterinya juga tidaklah sekuat mana. Kesungguhan anak-anaknya menjaga kedua orang tuanya, patut dijadikan contoh untuk generasi muda sekarang. Memang tidak mudah untuk menjaga orang tua yang sakit. Namun, sudah dijanjikan Allah, rezeki tetap ada apabila kita menjaga kedua orang tua kita. Saya difahamkan, anak yang kedua pakcik tersebut terpaksa berhenti kerja untuk menjaga bapanya yang sakit terlantar biarpun mempunyai isteri dan anak - anak. Saya fikir itu adalah pengorbanan terbesar oleh seorang anak lelaki. Semoga Allah memberikannya syurga padanya nanti. Isteri pesakit sudah berusia sekitar 70 tahun dan mempunyai penyakit, namun masih setia berbakti kepada sang suami. Allah. Memang kedua - dua kisah ini memberikan pengajaran yang terus dan menginsafkan hati kami.
Sejujurnya, saya baru tahu, ada program home visit yang dilakukan oleh pihak klinik kesihatan untuk pesakit warga emas yang terlantar begini. Rutin ini bergantung dengan setiap pesakit dan dilakukan setiap bulan. Dari merawat dan memeriksa kesihatan hinggalah tugas pembersihan luka hinggalah penggantian beg najis. Yang paling mengkagumkan saya, para pegawai kesihatan tersebut, berupaya mengingati dan mengenali keluarga pesakit. Saya difahamkan ramai pesakit sebegitu dan memerlukan lawatan pegawai kesihatan yang hanya beberapa orang sahaja. Satu tugas dan perkhidmatan yang jarang - jarang orang tahu. Apa pun, pegawai kesihatan hanya membantu, pemulihan pesakit banyak bergantung dengan ahli keluarga pesakit masing - masing. Insya Allah program kerjasama ini, akan diteruskan lagi dengan lebih berjadual. Terima kasih pada Klinik Kesihatan Sabak Bernam yang memberi kami peluang untuk ikuti program home visit tersebut.
Saya dengan rendah diri memohon, jika ada pihak yang berkesanggupan untuk mendermakan lampin pakai buang untuk dewasa dan juga keperluan makanan pesakit seperti susu khas pesakit, bolehlah berhubung terus dengan saya di zunairahagi@gmail.com atau boleh bawa terus ke Kolej Komuniti Sabak Bernam dan berhubung dengan saya di talian berikut : 03-32163235 unit Pemprosesan Makanan (Zunairah Abdul Ghani) . Insya Allah, kami akan salurkan kepada pesakit - pesakit yang berkenaan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Warga Emas Sabak Bernam.Saya lebih berminat dengan pendermaan barang keperluan pesakit berbanding wang. Kebanyakan keluarga pesakit, adalah orang biasa. Jadi, harga keperluan susu dan lampin pakai buang agak tinggi. Mungkin sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. Saya ucapkan terima kasih pada yang memberikan sumbangan.
NOTA : Saya tidak siarkan foto lawatan di rumah pesakit pertama biarpun dia terlantar mengambil kira aurat dan sebagainya. Harap Maklum.
Rezeki insyaallah bertambah jika kita menolong ibu bapa
ReplyDeleteIngin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa
Ye, itu betul.
Delete