Pages

Saturday, 12 April 2014

MIHAS 2014 DI KL Covention Centre (KLCC)

Hasil tangkapan yang dibawa pulang
Baru - baru ini pada 10 April 2014 saya berkesempatan untuk melawat pameran dan ekspo berkaitan produk halal yang dikeluarkan di seluruh dunia. Buat sekian kalinya, saya berjaya juga hadir, setelah beberapa tahun mengelakkan diri. Maklumlah bila mengandung, bau makanan adaah pantang utama untuk saya hadir ke ekspo - ekspo begini ada tahun - tahun yag lalu. Rasanya, kali terakhir saya ke ekspo berkaitan makanan adalah pada tahun 2009. Lamanya. Banyak sebenarnya pembaharuan yang saya dapati dalam penghasilan produk. Aspek kualiti produk semakin ditekankan. Tiada lagi produk bidan terjun yang hanya wujud sementara ketika musim ekspo makanan. Paling menarik, banyak inovasi baru, yang saya fikir dengan teknologi semua boleh jadi. 

Ketika kali pertama melangkah masuk ke dewan, memang saya seperti tenggelam dalam dunia sendiri. Asyik dengan pelbagai makanan , terutama dari negara luar. Macam - macam negara terlibat, Belgium, negara - negara timur tengah, Palestin pun ada .Pastinya minyak zaitunnya, antara yang terbaik. China, Korea,Indonesia, Brunei, Thailand yang merupakan antara pengkaji makanan di lapangan. Maksudnya, kalau mereka nak mengkaji jagung, pengkajinya ada ladang jagung. Malah petaninya juga merupakan saintis. Saya rasa itu yang membezakan petani kita dengan petani Thailand, dan saya fikir, itulah tanggungjawab generasi muda dalam membangunkan negara. Bukannya berpeleseran dan berhibur tidak tentu arah. Menghadiri pameran MIHAS ini, saya turut hadir dengan pelajar - pelajar saya. Biar buka mata mereka. Tidak duduk dalam dunia sendiri. Hanyut dengan angan - angan yang tiada arah. Harapnya, sekembali dari pameran antarabangsa ini, hidup mereka lebih terarah. Bila kita pandang ke luar tingkap, banyak perkara menarik yang boleh kita capai sebenarnya. Saya sertakan hasil tangkapan saya pada MIHAS 2014. Tidak banyak, namun semuanya menarik.

Pada yang tidak berkesempatan, insya Allah, pada tahun - tahun akan datang, ia akan dianjurkan lagi kerana ia merupakan atur cara wajib pameran makanan halal.


Barangan kosmetik dan penjagaan untuk haji dan umrah dari elhajj , hadiah untuk kakak ipar yang akan ke Mekah nanti. RM10.00

Rumpai laut panggang atau nori. RM1, sebungkus. Murahkan. Produk dari Korea yang dikilangkan di Indonesia.

Sosej segar perasa mi rebus. Suun pun ada dalam sosej ini. Kilangnya di Danok, Thailand. Pengedarnya di Malaysia di Changloon, Kedah. Sangat kreatif. Macam - macam perasa ada. Paprik, Tom Yam, Ayam Pulut. RM13.00

Nam Ngiao Paste yang pastinya rasa ini adalah baru di Malaysia. Tak sabar nak masak. RM5.00.

Sampel percuma dari Kaw Kaw Coffee. Ada sampel kopi putih Ipoh yang sedap dan Teh Lemon yang siap dibancuh.

Sampel percuma serbuk cili . Hanya tabur di atas makanan kita. Pedas rasanya.

Pembungkus makanan Kimchi halal. Warna Hijau. Sedapnya nasi goreng kimchi. Sumber terbaik asid laktik.

No comments:

Post a Comment