Sempena hari ibu pada bulan Mei, biarpun sebenarnya hari ibu disambut hari - hari, saya nak kongsi cara didikan yang dibuat oleh ibu saya. Mungkin ia membantu dan boleh dijadikan panduan untuk ibu - ibu yang bekerja dan tinggal di bandar besar.
Saya merupakan anak sulung daripada 6 adik beradik. saya lahir di bandaraya Ipoh dan zaman kanak - kanak saya banyak di Selayang / Gombak dan sekitar Kuala Lumpur. Ibu dan bapa saya bekerja dan kami tiada pembantu rumah sepanjang kami tinggal di sana. Ibu saya tidak pandai memandu kereta biarpun dia seorang guru. Merupakan anak kampung yang pertama belajar di universiti pada zamannya. Pada saat ini, saya seorang ibu, seorang pensyarah dan tiada pembantu rumah. Kebanyakan pendekatan yang dibuat oleh ibu, saya tiru dan aplikasikan.
Saya sekadar kongsi kerana kalau hendak dilihat kesan dan faktor kejayaan didikan itu boleh dilihat kepada kami adik beradik. Perkara pertama yang ibu pesan pada saya ketika mula - mula mendapat anak ialah :
1. Sentiasa doakan anak setiap seorang dan spesifik. Memang, setiap kali saya ingin melakukan sesuatu atau berharap untuk sesuatu perkara, saya pasti akan minta doa daripada mak. Alhamdulillah, apa yang saya jadi sekarang, adalah hasil doa dan didikan ibu bapa saya biarpun saya tinggal di bandar besar yang penuh macam dugaan.
2. Setiap anak berbeza. Jangan bezakan anak. Apabila anak kedua saya lahir, saya bercadang untuk hanya menggunakan pakaian kakaknya, itu pun mak tegur. Belikan pakaian baru, supaya anak rasa special dan tidak meminjam dari adik beradik yang lain biarpun anak masih kecil dan tak tahu apa - apa.
3. Mengambil berat setiap perbuatan anak - anak dan tingkah laku anak - anak kerana jika terdapat rutin yang lain, pasti anak itu ada 'something' yang berlaku padanya. Saya mempunyai seorang adik lelaki. apabila adik lelaki saya mula menjejakkan kaki di asrama, dia jarang - jarang telefon. Memang saya nampak ibu agak gelisah. Namun, setelah beberapa lama, ibu semacam biasa. Rupanya, dia tahu, jika adik lelaki saya jarang telefon, bermakna dia cukup serba serbi dari segi duit dan kesihatannya. Jika adik lelaki saya kerap menelefon ke rumah bermakna, dia tidak punya wang dan sebagainya.
Dia juga dapat mengenalpasti saya akan cepat marah, jika belum makan nasi untuk hari itu. Detail kan? Jadi adakah kita mampu mengenalpasti anak kita sampai ke tahap itu? Ambil kira perkara ini, saya pelajar asrama bermula usia 13 tahun hingga ke universiti dan berkerja. Ibu saya bekerja dan seorang Ketua Bidang.
4. Jangan marah anak selalu. Tegur apabila salah dengan baik. Apabila kita selalu marah, anak akan keliru sama ada perkara itu salah atau tidak. Sehingga kini, saya masih mendapat teguran itu.
5. Sentiasa bersama anak- anak. Pastikan anak - anak rehat secukupnya untuk belajar.
Di rumah, ketika kami masih anak - anak sekolah, ibu dan bapa saya tidak garang, tetapi banyak memberi rasional untuk setiap perkara. Di rumah, televisyen dan komputer di kawal sepenuhnya. Ibu dan bapa saya lebih gemar kami buat aktiviti outdoor yakni, bermain dan sebagainya. Sehingga kini, perkara yang sama dilatih kepada cucunya. Memang, anak - anak saya tidak sempat pun nak menonton tv ketika pulang ke kampung dan mereka anggap pulang ke kampung adalah perkara paling menyeronokkan.
Sebenarnya, banyak lagi. Saya akan kongsikan pada tulisan yang akan datang.
Nota tangan: berkat doa ibu dan bapa saya, semua kami adik beradik menjadi manusia. Alhamdulillah. Terima kasih mak abah.
No comments:
Post a Comment