Pages

Tuesday, 24 June 2014

Cadangan susun atur barang-barang dapur

Saya tak pasti tajuk ini sesuai atau tidak. Namun saya cuba kongsikan bahan bacaan saya dengan anda dari perspektif saya sendiri dalam menyusun atur setiap item kegunaan suri di dapur. Bermula dengan item yang sering digunakan, barang - barang yang kadang - kadang digunakan dan juga jarang - jarang digunakan, setiap satunya mempunyai cara susun atur yang baru. Berikut merupakan lokasi cadangan bagi item dapur yang telah dikategorikan tertentu .



pinggan mangkuk kegunaan harian
Lokasi cadangan : Berdekatan sinki bagi memudahkan proses cuci dan menyimpan kembali.

Cawan dan gelas
Lokasi cadangan : Letakkan berhampiran dengan peti ais atau pun berdekatan dengan jag air kerana kerap menggunakannya.

Talam atau dulang
Lokasi cadangan : Simpan di kabinet atas kerana ia jarang - jarang digunakan. Kalau tiada kabinet, mungkin lokasinya di kawasan simpanan untuk barang jarang digunakan.

Bekas membakar kek dan biskut
Lokasi cadangan : Simpan di tempat yang ia sering digunakan. Berdekatan dengan oven atau laci di bawah oven.

Periuk belanga
Lokasi cadangan : Simpan di tempat simpanan di bawah untuk memudahkan ia digunakan dan diambil. Alatan ini masih okay untuk keselamatan anak - anak.

Pinggan dan cawan kanak - kanak
Lokasi cadangan : Simpan di kabinet atau laci di bahagian bawah untuk memudahkan anak - anak menggunakannya.

Botol susu bayi dan makanan bayi
Lokasi cadangan: Simpan di kabinet atas berdekatan dapur supaya anak - anak tidak boleh mencapainya.

Makanan kering dan berkaleng (dalam tin)
Lokasi cadangan: Simpan semua makanan kering ini di tempat yang sama di dalam pantri atau pun di laci/rak yang mudah diambil.

Bekas Tupperware / tipuware
Lokasi cadangan : Simpan di mana anda menggunakannya sama ada di dalam laci atau kabinet yang berdekatan peti sejuk atau di bawah sinki. Asingkan tutup dan bekas bagi memudahlan anda menyusunnya secara bertingkat.

Buku - buku masakan
Lokasi cadangan:  Jika ia sering digunakan dan berada dalam keadaan baik, letakkan ia di kawasan mudah untuk dirujuk di dapur. Jika tidak, simpan sahaja di  dalam alamri atau kabinet dapur untuk mengelakkan ia dicapai oleh anak - anak.

Kertas tisu/kerajang aluminium/plastik pembalut
Lokasi cadangan: Simpan tinggi di kabinet atas untuk mengelakkan anak mencapainya.

Lunch box/mangkuk tingkat/botol air
Lokasi cadangan : Simpan di kabinet bawah / pantri atau laci bagi memudahkan capaian.

Sudu garfu dan barang - barang dapur kecil yang lain
Lokasi cadangan: Simpan di kabinet bawah atau laci bagi mudah capaian.

Barang - barang hiasan meja makan/pinggan mangkuk hiasan
Lokasi cadangan: Simpan di kabinet yang susah diambil barang - barangnya,contohnya kabinet penjuru atas atau stor kerana ia hanya diguinakan sesekali sahaja dalam setahun.

Walau bagaimanapun, ini hanya cadangan sahaja. Kaedah penyusunan sebenarnya bergantung kepada kegunaan kita sehari - hari. Jika mempunyai anak kecil, kunci laci atau almari yang mempunyai barangan kaca untuk keselamatan mereka.

Saya harap perkongsian ini bermaklumat dan bermanfaat kepada semua suri.

Rujukan : Absolutely organized oleh Debbie Lillard.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk sebarang cadangan dan mendapatkan ESP Shaklee , boleh hubungi saya di

FB : Zunairah Abdul Ghani
Fan pages : Zunairah Foods Store
Blog : http://zunairahghani.blogspot.com (Panduan Makanan Sihat dan Selamat)
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p: 012-2248189


No comments:

Post a Comment