Pages

Monday, 9 June 2014

Panduan membawa anak kecil menaiki kapal terbang

Berdasarkan pengalaman pulang bercuti baru - baru ini dan sebelum - sebelum ini, saya cuba memberi gambaran kepada ibu - ibu apa yang perlu dibawa untuk menaiki kapal terbang jika bersama anak kecil. Kebetulan pula, kebanyakan penerbangan saya hanya dengan anak - anak tanpa suami. Apabila ibu seorang diri, kita pasti lebih cemas untuk mengawal pergerakan anak kecil terutamanya yang berusia di bawah 4 tahun.

Berikut adalah keperluan - keperluan yang mesti sediakan di dalam tas tangan saya atau pun boleh dimasukkan dalam beg anak.

1. SUSU & KEPERLUANNYA

Sediakan keperluan susunya dahulu kerana kanak - kanak atau bayi kadang kala terganggu dengan perubahan aras ketinggian di dalam kapal terbang.
air masak 500ml
air panas 500ml

bekas susu ( 3 compartment)

2. LAMPIN DAN SEPERSALINAN PAKAIAN ANAK

Sediakan lampin pakai buang atau lampin guna semula (CD) untuk keperluan di dalam penerbangan. Anggaran saya, 1 jam penerbangan bersamaan 1 lampin. 3 jam bersamaan 2 lampin. Ini mengambil kira tempoh menunggu sebelum berlepas menaiki kapal terbang. Sediakan juga sepersalinan pakaian ganti untuk anak. Perkara seperti, baju basah, kotor terkena makanan, terkena air kencing, muntah adalah perkara yang mungkin berlaku. Takkan kita nak mengharapkan beg pakaian yang telah dimasukkan di dalam kargo. Ibu mesti bersedia.
sepersalinan pakaian anak
lampin pakai buang 

3. MAINAN ATAU BUKU KEGEMARAN ANAK

Sediakan mainan atau buku kegemarannya. Anak saya agak aktif, jadi penerbangan 50 minit dengan duduk sahaja pun, mereka sudah gelisah.
contoh permainan kegemaran anak

4. BISKUT ATAU MAKANAN SEDIA DIMAKAN UNTUK ANAK

Sediakan biskut atau makanan kegemaran mereka untuk dimakan ketika di dalam pesawat. Bagi MAS, penerbangan melebihi 1 jam baru disediakan makan berat. Jadi, pastikan perut anak anda kenyang sebelum menaiki pesawat. Jika anak berusia dalam lingkungan 6 hingga 12 bulan, ketika itu mereka masih makan bersuap makanan lembut. Beri makan, sebelum menaiki pesawat mengikut jadual makannya. Jangan anjak atau lewatkan. Anak pasti meragam. Jika penerbangan melebihi 3 jam, sediakan makanan lembut yang mudah diurus untuk diberikan kepada anak ketika di dalam pesawat. Anda boleh minta bantuan anak kapal untuk memanaskan makanan anak anda. Pastikan bekas yang digunakan sesuai dengan ketuhar gelombang mikro.

5. PERSEDIAAN UNTUK MENUKAR LAMPIN

Pastikan, anak telah membuang (poo) sebelum menaiki pesawat. Jika mereka membuang ketika di dalam pesawat, jangan risau kerana terdapat tandas di dalam kapal terbang. Cuma dapatkan bantuan, jika anda tidak pernah menggunakannya. Turut disediakan tempat menukar lampin bayi di dalam tandas tersebut.Pengalaman saya, anak saya membuang ketika take off, jadi sebaik lampu tali pinggang keledar dipadamkan, saya terus mencapai lampin pakai buang dan plastik ke tandas untuk menukar lampin. Untuk cucian, anda boleh guna tisu tandas yang dibasahkan.

Tempat menukar lampin bayi di dalam tandas kapal terbang. Tarik saja pada pemegang. selalunya di atas tandas.
Sumber : Google
Setelah dibuka. Perkakasan menukar lampin boleh diletakkan di tepi.
Sumber : Google

6. BERSABAR

Sentiasa bersabar dengan kerenah anak. Pilih tempat duduk di bahagian belakang kapal terbang kerana lebih mudah ke tandas atau untuk meminta bantuan. Bagi pesawat Air Asia, anda boleh keluar melalui pintu belakang.

7. KEUTAMAAN UNTUK YANG MEMBAWA BAYI DAN ANAK KECIL

Ibu mengandung, warga emas dan ibu yang bersama anak - anak kecil selalunya diutamakan untuk menaiki pesawat. Jadi, anda boleh potong barisan.

8. STROLLER @ BABY CARRIER

Jika anda mempunyai baby carrier atau stroller atau apa saja alat pengangkat bayi mudah alih, sila bawa hingga ke pintu pesawat. Anda boleh menggunakannya. Lipat dan tinggalkan di ruang hadapan pintu pesawat. Anak - anak kapal bersedia membantu anda. Namun jika melibatkan penerbangan luar negara, kadangkala, stroller perlu mendapat kebenaran syarikat penerbangan tersebut. Malah, ada yang perlu melalui pemeriksaan tertentu. Mungkin panduan oleh blog INI boleh membantu. Saya lebih syorkan baby carrier @ baby wrap kerana ia boleh di bawa masuk ke dalam kabin.
contoh stroller yang telah berlipat
sumber: Groupon


9. TALI PINGGANG KESELAMATAN

Pastikan anda diberi tali pinggang keselamatan untuk kegunaan anak anda jika anak anda berumur di bawah 2 tahun.Masukkan tali pinggang keledar anda ke dalam lubang tali keledar anak anda. Kemaskan ikatan anda. Kemudian , kemaskan ikatan tali pinggang anak anda. Pastikan anak anda selesa di atas ribaan @ pangkuan anda.
Tali pinggang bayi (0-24 bulan)
sumber : Google
Bagi yang ingin mendalami topik ini lebih lanjut, saya syorkan blog ini untuk bacaan anda.
Travelling With Kids
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber : FB Diyana Atan

Untuk sebarang cadangan dan mendapatkan Meal Shakes Shaklee , boleh hubungi saya di

FB : Zunairah Abdul Ghani
Fan pages : Zunairah Foods Store
Blog : www.zunairahghani.blogspot.com (Panduan Makanan Sihat dan Selamat)
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p: 012-2248189

No comments:

Post a Comment