Sebenarnya entri ini saya nak tulis lama dah, namun kerana kesuntukan masa menulis, saya diamkan dahulu. Baru - baru ini, saya bertanya khabar tentang adik Khatijah dan adik Syafikah. Alhamdulillah, kedua - duanya baik - baik saja. Pelajaran masih diteruskan seperti biasa. Adik Khatijah, masih lemah mengenal huruf namun diharap dia bersemangat terus untuk belajar. Namun, adik Syafikah tidak lagi diajar oleh ustazah Khadijah. Khabarnya, mereka berdua masih lagi menerima sumbangan dari ahli masyarakat yang prihatin. ustazah Khadijah sudah tidak menguruskan lagi sumbangan. Semua sumbangan terus dihantar kepada waris adik - adik ini.
Namun pesan ustazah, kadang - kadang anak - anak ini, perlu dipelihara hatinya. Agar tidak timbul perasaan riak ujub dan sebagainya. Jadi berpada - padalah ketika memberi sumbangan. Adalah lebih wajar, diberi terus kepada waris dek kerana usia mereka masih mentah untuk menerima segala perhatian dan kemewahan.
Rahmat Allah , untuk orang lain juga, kerana isu duit syiling itu, ramai rupanya kanak - kanak lain menerima sumbangan juga. Kanak-kanak yang senasib. Tinggal di ibu kota memang banyak bebanannya. Pelajar saya sendiri merungut, kerana baru sahaja praktikal di luar Sabak Bernam. Katanya sewa rumah sangat mahal. Mereka hanya mampu sewa bilik. Belanja perjalanan ke tempat kerja lagi, belanja makan lagi semuanya memerlukan duit. Apatah lagi ibu bapa yang mempunyai anak disara dan diberi makan. Sempena Ramadhan ini, alhamdulillah, tak putus - putus sumbangan yang diterima dek kisah duit syiling. Kadang - kadang, ada rahmat disebalik cerita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Harap, cerita ini menjawab soalan - soalan email kepada saya sebelum ini.
nota tangan: Khabarnya, ustazah mahu berubah angin. Nak berbakti di tempat lain. Tak tahulah betul atau tidak. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat ustazah, biar di mana pun ustazah berada.
No comments:
Post a Comment