Pages

Thursday, 3 July 2014

Tomyam tanpa perencah segera

Sekadar berkongsi petua oleh ibu saya. Makanan siam banyak yang dari jenis rebusan dan bersantan. Yang popular dari jenis rebusan seperti tom yam. Tom yam bermaksud, sayur campur @ sup campur. Lebih kurang itulah yang diberitahu oleh abah saya. Abah adalah penutur dialek siam dan belajar bahasa Melayu di sekolah.

Sejak kecil, ibu saya memang jarang menggunakan perencah segera. Kebetulan, semalam, saya berbuka dengan Spaghetti Tom Yam. Tom yam jenis tomyam merah. Merahnya kerana menumis pes cili dengan minyak. Jika tom yam putih, tidak perlu menumis pun boleh.



Cara membuat tom yam merah

Serai 2 batang (diketuk)
Daun limau purut segenggam
Tomato 3 biji (dipotong 4 setiap biji)
2 labu Bawang besar (Dipotong 4 setiap biji )
Lobak merah, dihiris tebal
Cauliflower, dipotong kecil sesuai dengan saiz potongan sayuran lain.
Pes Cili 2 sudu besar
Cili padi segenggam / ikut suka kita (ketuk cili)
Perahan lemon / Perahan limau nipis 1/2 cawan (ikut tahap suka masam macam mana)
Sedikit minyak
Air
Sotong yang dihiris
Udang yang telah dibersihkan
Isi ayam dipotong (ikut suka)
Garam

Kaedah memasaknya

1. Panaskan kuali
2. Tumis pes cili hingga garing.
3. Masukkan serai.
4. Masukkan sedikit air lebih kurang 1/2 cawan.
5. Masukkan tomato, bawang besar, lobak merah, cauliflower (atau semua sayuran yang kita suka)
6.Masukkan cili padi, isi ayam apabila air mendidih.
7. Perahan lemon dan tambah air sehingga setakat mana kuah yang kita mahu.
8. Masukkan daun limau purut yang dikoyak dua.
9. Didihkan dan perasakan dengan garam.
10. Akhir sekali, masukkan udang dan sotong ketika kuah mendidih.
11. Apabila warna udang dan sotong bertukar, matikan api.
12. Dah siap.

sumber Google : Tomyam

Nota : kenapa saya masukkan udang dan sotong kemudian, supaya isi kedua - duanya lembut dan tidak liat. Protein laut tidak perlu dimasak lama, cukup ia bertukar warna sahaja.

Syarat memasak tomyam ialah, anda perlu ada serai,tomato,cili padi,bawang besar, daun limau purut dan air limau.Yang lain, anda boleh tambah sesuka hati. Pastikan ada sumber protein.

Syarat yang kedua, pastikan rasa pedas dan masam seimbang. Jangan letak gula, kerana ia akan menghilangkan rasa manis sumber protein(ayam,udang,sotong dll) dan bawang besar.


No comments:

Post a Comment