Pages

Monday, 11 August 2014

Diam bukan sebarang diam..projek susun atur berjalan

Lamanya tak menulis dalam blog ni. Rindu juga nak menulis sambil berangan - rangan. Namun, kerja - kerja hakiki yanbg tak habis - habis, saya utamakanlah yang fardhu tu dulu. Hidup perlu perancangan, namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Kalau nak cerita pasal kerja di pejabat dan di rumah memang tak akan habis. Kadang - kadang jadi bos, kadang jadi assistant bos, kadang - kadang jadi isteri,anak,mak,menantu,cikgu, tukang kebun, jaga asrama dan lain - lain. Topi bukan setakat 6 topi, tetapi bermacam - macam warna topi (merujuk six thinking hats theory by Edward de Bono).Memang akan jadi lelah akhirnya.



Masa itu, hobi susun atur pun datang.Dapur rumah la yang menjadi tempat luahan rasa saya. Jadi jangan ingat saya diam tidak menulis di blog, saya tidak buat apa - apa. Sebenarnya banyak cerita, namun semuanya tersimpan di kepala sahaja. Jadi hari ini, saya share apa yang saya buat dalam kekalutan minggu sebelum raya dan selepas raya ini.

1. Saya beli sink dish rack. Rak pengering pinggan mangkuk yang boleh di letakkan di atas sinki. Boleh dilaraskan mengikut saiz sinki rumah. Harga RM20.00 di kedai serbaneka. Setakat penggunaan selama seminggu lebih, sangat puas hati.

2. Akhirnya, saya dah ada tudung saji besar punye. Saya cuba zerokan penggunaan tudung saji, namun kadang kala, bila tetamu datang, kena juga guna tudung saji besar ni. Tambah - tambah bila mak mertua datang berkunjung ke rumah anak menantunya di hujung peta Selangor ni. Harga RM20.00 juga. Buatan Thailand. Anyaman tali pengikat. Nostalgia sebenarnya ni, teringat zaman kecik- kecik. Beli di Padang Besar. Lepas beraya, singgah jauh ke Padang Besar. Alang - alang menapak, biar puas hati.

3. Saya beli bekas @ bakul untuk pengkelasan atas counter top dapur saya. Warna merah jambu, nak kontra dengan warna dinding dapur dan kitchen cabinet tu. Setiap bakul, harganya RM2.00. Beli pun di kedai RM2.00. Jadilah kan.Kemas sikit di mata saya.Ada bakul vitamin, of course la Shaklee, pilihan turun temurun, ada bakul minum pagi, bakul susu anak-anak.Label je belum buat lagi. Dakwat printer dah habis. Kaki belum sampai kedai buku lagi untuk beli refill pencetak.

4. Kunci laci dan kabinet dapur. 2, RM5.00. Layannn. Anak kedua saya, sangat gemar membantu maknya di dapur. Jadi atas faktor keselamatan, saya terpaksa mengunci laci yang menyimpan set kutleri dan alat - alat memasak saya, ketuhar gelombang mikro, dan kabinet yang menyimpan pinggan mangkuk seramik dan kaca .

5. Penggantung tuala tangan yang disangkutkan di salah satu pintu dapur kitchen kabinet. Senang kerja untuk saya. Anak - anak lepas cuci tangan di sinki, terus lap di tuala tangan tersebut. Kadang - kadang kain tuala dapur, dah cuci, boleh terus keringkan di situ. Beli di Cosway. Harga tak sampai RM10.00.

6. Bulan puasa, saya membantu menjual kuih raya. Kuih batang buruk kacang tanah dan kuih batang buruk kacang hijau. Disebabkan rasanya sedap, saya berani nak tolong jual. Tak ambik komisen pun sebab nak bantu satu keluarga ni. Alhamdulillah, kayu ukurnya ialah, keluarga ini akhirnya berjaya membeli peti ais satu pintu setelah anak sulungnya berusia 2 tahun setengah. Seronok tengok orang seronok ni.

7. Memulakan projek playroom area untuk anak - anak di bilik belakang. Sambil memasak, boleh memantau pergerakan dan aktiviti anak - anak. Setakat ini, mereka memang leka bermain sambil belajar dalam bilik tersebut. Offer main basikal kat luar pun tak nak. Haha. Tapi mak memang kena banyak bersabar. Lepas main, walau pun anak dah susun dan kemas katanya, mak terpaksa kemas dan kelaskan semula permainan anak - anak mengikut jenis. Tempat simpanan mainan anak - anakm dah tentulah kotak - kotak vitamin Shaklee.Kitar semula. Kotaknya memang cantik dan just nice untuk muat dalam setiap locker.Encik bos pun berangan nak beli gelongsor. Nak letak dalam bilik katanya. Saya dengar dan sengih je, dalam hati,sangatlah tidak bersetuju.
Bila anak kemas sendiri, macam nilah. Belum siap projeknya. Kotak tak sempat balut lagi.

Rasanya cukuplah deretan aktiviti saya. Sebenarnya banyak lagi, namun ini adalah perkara yang di luar kebiasaan saya. Gambar saya update kemudian.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom sertai Shaklee. Hanya dengan RM65.00 + RM10.00 (kos pos) anda boleh menjadi ahli. Jadi ahli untuk kegunaan sendiri pun boleh, nak terjun dalam bidang perniagaan pun boleh. Nak tahu macam mana prosedurnya CARA MENJADI AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Hubungi saya di SINI

No comments:

Post a Comment