Polifenol ialah antioksidan yang sangat berkesan mengawal dan menghalang sel tubuh daripada radikal bebas.
Ini adalah jenis-jenis polifenol. Vivix Shaklee diperkaya dengan resvertrol. Cuba cari dia kelas apa? Vitamin C Shaklee pula ada bioflavonoids. Nampak tak? |
Apa itu radikal bebas?
Radikal bebas ialah bahan aktif yang menyebabkan kerosakan sel tubuh dan menjana sel tubuh menjadi tak normal, sakit dan lemah. Ia mempunyai efek domino pada sel.
Radikal bebas ni mengganggu sel yang sihat. Antioksidan seperti polifenol ni yang membantu menstabilkan sel. Sumber gambar dari Google |
Mengapa polifenol sangat penting untuk tubuh manusia?
a. Menghalang dan membaiki DNA manusia.
b. Meningkatkan tenaga sel.
Sumber tenaga untuk sel tubuh ialah mitokondria. Mitokondria ni macam power plant TNB untuk sesuatu kawasan perumahan. Kalau tak de bergelap le kawasan tu tanpa elektrik. Kalau tak ada elektrik, apa kerja tak boleh buat. Betul kan? Jadi lagi banyak mitokondria, lagi banyak tenaga dihasilkan. Kalau tubuh sihat, kandungan mitokondria di dalam selnya banyak. Fungsi polifenol ini menggalakkan pertambahan bilangan mitokondria. Baik ke tak baik? Lagi banyak mitokondria, lagi banyak tenaga. Lagi banyak tenaga, sel lebih aktif. Bila sel aktif, organ utama seperti jantung, buah pinggang, hati dll semuanya akan lebih baik fungsinya. Suka tak macam tu.
c. Pertahanan sel dapat ditingkatkan.
Jika terdapat banyak radikal bebas, ia akan menyebabkan berlaku keradangan (inflammation). Contohnya gatal-gatal, asthma, radang otak (nak nampak serius), masalah pernafasan dan macam -macam lagi masalah kesihatan. Polifenol ini menghalang sel dari dirosakkan. Bila sel kuat, tak berlakulah keradangan.
d. Mengurangkan pembentukan protein AGE.
Pengumpulan protein AGE akan merosakkan sel, penuaan sel dan ia kerap berlaku di kalangan pesakit kencing manis. Ada orang cakap dengan saya, gula itu racun pada tubuh manusia. Protein AGE ini boleh dihalang oleh polifenol dan membantu jantung lebih sihat. Selalu orang cakap penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis,darah tinggi dan lemah jantung. Semuanya disebabkan oleh pengumpulan protein AGE.
Protein menghasilkan sel. Dah tua,dia dah tak power. |
e. Polifenol juga mengurangkan pemendekan Telomere.
Setiap kali sel baru dihasilkan, telomere ini akan menjadi semakin pendek seiring dengan peningkatan usia. polifenol telah dibuktikan membantu mengurangkan kadar pemendekan telomere sebanyak 40%. Telomere yang baik membantu menjana sel tubuh yang baik dan normal. Duk cerita pasal telomere ni..Apa benda telomere ni? Telomere ini terdapat pada rantaian DNA. Setiap sel akan mempunyai DNA nya sendiri. Contohnya sel untuk kulit. Setiap hari akan ada sel yang akan rosak. Sel baru dihasilkan untuk mengganti sel yang dah rosak. Sel kulit ini akan mengikut DNA yang telah ditetapkan untuk menghasilkan sel kulit. Dia tak boleh bertukar, nak jadi sel usus lah. Tak boleh, sebab ada DNA ini. Disebabkan oleh kekerapan replikasi, telomere ini akan semakin memendek. Bila memendek, sel itu dah tak seperti sel asal yang kuat dan mantap. Jangan ingat sel tubuh kita ni dari lahir duk macam tu je. Setiap sel ada tempoh hayatnya. Rambut pun luruh kan. Kelemumur adalah contoh sel kulit yang dah mati. Jadi, kena ada yang baru.
Yang hitam tulah telomere. Makin tua, makin pendek. |
Akhir sekali, cara kita nak kenal makanan tinggi polifenol.
Cara nak kenal makanan yang tinggi polifenol ialah, warnanya pekat. Contoh anggur,anggur tu warnanya gelap. Kalau teh, macam english black tea atau teh hijau. Intense color (tak tau nak describe, haha). Kalau chocolate, dark chocolate. Kalau merah, warnanya merah pekat macam anggur muscadine.Kalau nak beli buah delima, pilihlah delima India. Harganya mahal, tapi khasiatnya lagi tinggi. Warnanya lebih merah berbanding delima China. Sebiji RM7.00 (baru ni beli). Rasa makanan tinggi PP selalu ada rasa kelat dan sedikit pahit. Pahit itu ubat.
Sifat polifenol ni dia tak boleh kena matahari, tak boleh terdedah dengan oksigen, tak boleh kena haba terutama yang sudah dikisar. Jadi selalunya ia akan di pek dalam bekas legap yang tak tembus cahaya. Tengok botol red wine gelap kan.Pengurangan kandungan PP ini sangat cepat. Contohnya hari ini ada 1000,esok kandungannya boleh menurun 50% dari itu. Tempeh pun tinggi polifenol (rank 46/100). Tepung soya (rank 23/100). Cloves yang paling tinggi (1/100). Antara contoh polifenol ialah resveratrol (selalunya dalam anggur dan buah warna merah), isoflavones (soya) ,cathechins (chocolate),anthocyanidin (makanan warna ungu selalunya). Sebenarnya sangat banyak. Ini yang saya ingat.
Saya ingat kawan saya buat kajian makmal tentang PP ni, bercinta nak dapat keputusan sebab tak boleh silap sikit. Ujian untuk data ini menggunakan high performance liquid chromatography. Saya ambil dari journal Springer data ni. Tak tau Springer, pi google.haha.
Rasanya cukuplah kan. Nanti jadi profesor biokimia pulak. Hihi.
_________________________________________________________________________________
Ini contoh suplemen Shaklee yang dibuat berdasarkan kajian polifenol antaranya ialah Vivix dan Vitamin C Sustained Release. Nak konsultasi percuma, boleh hubungi saya ya. Ada tertera di blog.
No comments:
Post a Comment