Pages

Sunday, 29 April 2018

Kisah Imani warded 3 hari


Saya nak tulis, sekadar rujukan untuk masa depan.Beringat sebelum kena.Saya lampirkan borang masuk ke hospital. Saya pilih cash sbb Imani x de insurance lagi. Masa ni,mama memang gamble. Yang penting anak sihat.

Bukan sebab mak kaya, so mak pergi swasta tapi sebab mak nak anak dirawat cepat. Memang kat belakang kolej ada klinik kesihatan tapi, kalau u all tengok dan sedia maklum..hari Isnin, KK punye ramai orang..confirm tak boleh tunggu. Lagipun, Imani dah 2 kali jumpa doktor sebelum ni. 2 kali ambik antibiotik yang berbeza jenis sebab tak kebah2 . Demam kejap baik kejap panas. Panas bukan sikit2..lately terus 39C ke atas. Kaki sejuk. Batuk tak hilang, kahak makin banyak. Imani makin tak aktif hari Isnin tu. Susu botol tak nak..dia nak direct feeding je. Sebab tu, elok pukul 9 pagi, Zu terus ke Taiping . Cadangnya nak jumpa pakar kanak - kanak terus di Colombia Asia Taiping sebab dah biasa jumpa dia untuk Ammar dan Khaulah sebelum ni. Kos tak tinggi untuk pesakit luar, julat harga around RM90- to RM120 . Kira affordable la berbanding Poliklinik Gunwant tu.. Sapa orang Sabak Bernam, tau la kan.

Daftar je masuk, terus minta nak jumpa Dr Fabian. Terus masuk timbang. Jumpa doktor, terus check suhu. Doktor check dada..dia terus kata, paru- paru macam ada something..mungkin ada sedikit jangkitan. Dia minta untuk x ray, dan ambik darah. Dia juga kata mungkin kena warded sebab lebih baik IV antibiotik sebab Imani sangat susah makan ubat. anak perempuan mak semua macam tu. Huhu. Jenuh gusti nak bagi makan ubat.

Masa tu mak dah redha sebab bila warded, confirm la kena duit sendiri sebab Imani tak berinsurans lagi. Tak insurans sebab salah abah dia..sapa suruh lupa..Hahaha. Anak lain selalunya dalam pantang Zu dah buat. Sian Imani, mama terlupa. Mujur la memang ada simpanan sikit untuk perubatan ni. Lagipun kita kerja memang untuk anak - anak kan.

Nampak tak dalam form tu. Kalau Cash Paying Patient, bayar sendiri, atleast kena ada deposit RM1000.00. Kalau ada insurance pun still kena ada deposit juga RM 300-RM1000. Insurance pun ada limit juga. Kalau setahun banyak kali claim..limit pun menyusut.. so kena la check betul2 insurance apa yang u all pilih. 

Bila sakit, duit dah jadi no 2 atau 3 atau 4. Saya dah rasa, macam mana perasaan di ER bila anak dah meninggal dunia..bila anak shivering sebab demam tinggi sangat..Masa tu sebagai mak, kau nak anak tu sihat dan ceria macam asal. Duit tu dah tak de nilai. Bila anak sihat dan tak pernah kena benda scary macam ni, kita memang boleh komen macam2. ok sambung.

Lepas doktor masuk supp sebab suhu demam imani masa tu 39C. Dari Bagan Serai to Taiping almost 30minit. Kat Bagan Serai, Zu mandikan siap2 sebelum terus gerak ke hospital. Suhu time tu 37.5C. Masa driving, Zu dengar nafas Imani kuat dan laju. Nampak dia susah nafas. Tapak kaki dia putih..tak merah atau pink macam selalu..sebab tu sejuk. Kuku pun dah start purple biru. Jadi mak, memang kena selalu observe. Within 45minit, suhu badan dia dah capai 39C. Nampak tak ini serius.

Lepas jumpa Doktor Fabian, nurse bawa kami untuk Imani ambil x ray. Ambik sampel darah dan terus pi neb. Selalunya, kalau neb, Imani join menyembur dalam topeng tu..tapi kali ni..dia duk diam dan macam nak lena. Nafas still bunyi dan laju. Bila dah masuk wad, nurse sambung check bacaan oksigen. Memang tak cukup paras normal sebab sepatutnya bila Imani nangis, bacaan oksigen naik..tapi bacaan dia tak naik. Zu dengan pakai baju kerje sehelai sepinggang. Mujurlah dalam kereta, Zu pek beg baju imani ke taska macam biasa. So barang Imani lengkap la..siap susu,baju, lampin semua. Tapi sebab Columbia, dia bagi gak la..pek travelling siap towel. Telekung, mak pinjam Surau. Kebetulan, husband Zu kerje ke arah utara. Zu Call immediately , suruh balik. Kalu tak sapa nak jaga yang lagi 2 orang tu. Khaulah tengah sekolah. I'm grateful as I have the best colleagues ever. Rahiza Shima Ramli,Nur Hidayah Jaaffar, Kay untuk pick up Khaulah di sekolah. Ammar, Nafisa Nur yang tolong pick up waktu petang di taska sementara nak tunggu abah diorang sampai. Kebetulan, my sisters, kerje malam..so memang depa tak leh mai dari Penang. Masa ni, saya syukur sangat, Allah atur baik2 untuk saya. Saya cuma fikir Imani ja.

Petang masa waktu Dr Fabian round ward. Dia cakap, Imani ni sistem imun dia agak kuat. She's lucky sebab saya bawa awal. kalau budak lain, tak macam Imani dah. X ray pada paru2 nampak normal tapi kalau tengok pada kondisi pesakit adalah tak normal. Jadi doktor pilih ikut pesakit. Doktor kata, kuman tu tak mati tetapi terkawal sebab tu demam tak kebah- kebah walaupun dah 2 jenis antibiotik digunakan sebelum ini. Merasalah Imani pakai nasal prong. Jenuh la nak lekatkan nasal prong tu tetap di hidung dia. Budak kecik kan.

Bila antibiotik(Rochepin IV) baru dimasukkan melalui salur darah.(IV)..baru la nampak perubahan sikit. demam turun jadi 37.8C. Sebab demam, still kena perang bagi ubat kat Imani. Hahaha. pakai nasal prong pun, dia boleh sembur ubat kat muka nurse. 

Susu memang sokmo susu mak la. Makan masih tak nak..Susu botol dia buat main je. Sambil masuk antibiotik, sambil Zu buat percussion..supaya dia muntah keluarkan kahak. Memang malam tu, dia muntah keluarkan kahak dengan banyaknye. Bila dah muntah kahak..baru la dia buat aksi lasak macam biasa. Imani still demam on off selama 36jam tu tapi tak adalah tinggi macam mula2 dulu. 

Ko rasa apa bila suhu anak demam 40.1C..dan dia dah start menggigil. Umur pula 10 bulan. Mak memang tak boleh tidur dalam 2 minggu ni. Bila anak warded, Zu rasa, Zu pun ikut berehat juga. 

Selama Imani menyusu, Zu memang ambik multivitamin 2 biji (vitalea), vitamin C 2 biji, Omega Guard (1 biji). I'm thankful to Allah, sebab saya tak terjangkit dan masih kuat untuk jaga anak-anak.

Plan selepas ini, ialah ambik vaksin pneumococcal, buat insurans Imani yang terlupa tu. Duit simpanan kena upgrade la..Mak, kena consistent vitamin sementara anak masih menyusu ni.

sekian cerita panjang berjela ni.

#workingmummy
#pjj (pasangan jarak jauh)
#anakku

52 comments:

  1. Nice post. I really enjoy reading it. Very instructive, keep on writing.Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Natural Remedies for Burning Mouth Syndrome play an important role in treating this infection without any side effects. Burning Mouth Syndrome Home Remedies It helps disinfect the mouth and relieve pain. Herbal Supplement for Burning Mouth Syndrome can help reduce pain, irritation and also help fight infections.

    ReplyDelete
  3. Herbal Treatment for Hernia pain relief but especially effective when coping with a sports hernia. Herbal Supplement pain reliever when one is suffering from a hernia.

    ReplyDelete
  4. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. aa71dfd6f74d96cc52edd35831d8efcd
    website kurma
    sms onay
    numara onay

    ReplyDelete
  5. Thank you for your explanation, very good content. c5fc29844a34e1e2dcc021a4ef7292eb
    altın dedektörü

    ReplyDelete
  6. Welcome to Global Degree Website, the ultimate destination for those seeking to enrich their lives through global education. Our platform is designed to be your comprehensive guide and gateway to a world of knowledge, diverse cultures, and limitless opportunities. Join us as we explore the unique features that make Global Degree Website the premier choice for global education enthusiasts.

    ReplyDelete
  7. Welcome to Global Degree Website, the ultimate destination for those seeking to enrich their lives through global education. Our platform is designed to be your comprehensive guide and gateway to a world of knowledge, diverse cultures, and limitless opportunities. Join us as we explore the unique features that make Global Degree Website the premier choice for global education enthusiasts.
    https://globaldegrees.in/

    ReplyDelete