Pages

Thursday, 21 November 2013

Awas! Bahaya Obesiti di Kalangan Kanak - Kanak

Obesiti  di kalangan kanak - kanak telah dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sehinggakan terdapat arahan - arahan tertentu seperti penjualan makanan sihat di kalangan kanak - kanak, kempen minum susu dan kempen 1 murid 1 sukan.

Masalah obesiti di kalangan kanak - kanak mula melanda Malaysia

Namun sebanyak mana pun kita mengambil berat pertumbuhan dan kesihatan anak - anak , kita selalunya tidak mendapat maklumat yang tepat berdasarkan kajian santifik atau perubatan. Jadi , mari kita lihat pada beberapa fakta dan maklumat berkaitan obesiti di kalangan kanak - kanak.

Bayi saya sungguh montel dan gemuk, jadi dia sangat sihat.

Kebanyakan orang berpendapat bayi kurus adalah tidak sihat dan bayi gemuk adalah sihat. Namun ahkikat ini perlu diperbetulkan. Bayi yang kurus tidak semestinya sakit dan bayi gemuk tidak semestinya sihat selagi beratnya mencapai BMI yang sesuai selari dengan pertumbuhannya, itu sudah mencukupi. Kanak - kanak atau bayi yang berlebihan berat badan atau obes juga boleh mengancam nyawa.

[Tindakan ibu bapa]
Bawa anak menjalani pemeriksaan kesihatan dengan kerap dan berjadual supaya perkembangan pertumbuhan mereka dapat dipantau.

Tiada masalah kalau anak saya gemuk dan obes semasa kecil, asalkan dia tidak obes apabila dewasa nanti.

Pendapat ini perlu diperbaiki. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak - kanak yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat NCD seperti penyakit diabetes jenis 2 atau kencing manis dan penyakit jantung koronari semasa remaja atau dewasa.

[Tindakan ibu bapa]
Adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan anak sejak awal lagi. Pantau diet pemakanannya setiap hari. Lebihkan buah - buahan dan sayur - sayuran. Jangan manjakan anak - anak dengan makanan - makanan yang tidak sesuai untuk kanak - kanak, kerana kelak mereka mungkin akan menyalahkan kita sebagai punca mereka sakit apabila dewasa nanti. Aktifkan mereka dengan sukan. Jangan biarkan mereka leka dengan permainan yang kurang pergerakan seperti permainan video dan sebagainya.

Kurangkan pengambilan makanan segera

Anak saya gemuk, perlukah dia berdiet?

Obesiti di kalangan kanak - kanak adalah berbeza dengan obesiti di kalangan orang dewasa. Semua kanak - kanak obes atau pun tidak obes memerlukan nutrisi yang cukup untuk perkembangan mereka.

[Tindakan ibu bapa]
Cara yang terbaik untuk membendung masalah ini adalah dengan memastikan mereka mengambil makanan yang seimbang. Tidak makan terlalu banyak atau kebuluran dan makan pada masa yang sesuai. Tidak mengapa untuk makan lebih kerap tetapi dengan kuantiti hidangan yang lebih kecil.

[Tips]
Apa yang saya amalkan ialah, memberi makanan yang tinggi serat dahulu seperti buah, kemudian baru diikuti dengan makanan berat seperti nasi dan sebagainya. Mereka akan lebih cepat kenyang dan kurang meragam. Saya juga memberikan anak saya minuman Yakult setiap hari dan Mealshakes SHAKLEE  sesudu setiap hari. Saya wajibkan mereka mengambil sarapan sebelum dihantar ke rumah pengasuh.

Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk membendung masalah obesiti berkaitan pemakanan?

Pendidikan awal tentang pemakanan adalah penting. Bagi yang muslim, saya fikir kita boleh merujuk kepada adab makan oleh Rasulullah s.a.w. . Baginda suka dahulukan makanan yang tidak bermasak seperti buah kurma sebelum makan. Baginda juga suka buah tembikai  yang kaya dengan air dan serat. Kemudian, baru diikuti dengan makanan lain. Baginda berhenti makan sebelum kenyang. Banyak sunnah Baginda sangat sesuai dengan kaedah pemakanan yang sihat.

Contoh lain yang boleh diambil ialah, melihat negara yang menekankan pendidikan pemakanan yang sihat seperti Jepun.Program dikenali sebagai Shokuiku di sekolah dilaksanakan secara meluas di Jepun. 'Shoku' bermaksud diet dan 'iku' bermaksud pendidikan. Shokuiku mengajar pelajar untuk lebih menghargai makanan dan menghabiskan makanan mereka. Contoh makanan tengahari mereka ialah nasi, ikan sauri, sayur - sayuran dan cendawan rebus, sup miso (makanan fermentasi), nanas, susu dan minuman susu kultur.
Ini bermakna setiap makanan tersebut disediakan seimbang dan sihat.

Saya mengalu - alukan sebarang bentuk cadangan dan teguran.

email : zunairahagi@gmail.com
no h/p : 012-2248189
blog: zunairahghani.blogspot.com & superfoodstoresb.blogspot.com
fanpages: superfood store sabak bernam 


Ilmu jika tidak diamalkan, akan mati. Jemput kongsikan dengan rakan - rakan anda.Tidak perlu minta kebenaran saya.

Untuk dapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya seperti di atas.Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment