Pages

Monday, 16 December 2013

Petua : Kurma sebagai penawar racun

Kali ini saya nak berkongsi tentang petua yang diberikan oleh orang tua saya tentang kurma. Memang saya lebih menggemari kurma berbanding kismis dan sebagainya. Mesti ada di rumah.Maklumlah banyak gunanya. Pertamanya saya kadangkala mengalami keadaan di mana kandungan gula saya rendah. Jadi kadang - kadang, saya rasa macam nak pitam atau pengsan. Jadi, kurmalah sumber gula yang segera buat saya. Sekarang sudah jarang - jarang berlaku, sejak saya mengambil supplement Shaklee namun kurma tetap menjadi teman setia saya.

Kedua, saya gunakan kurma kerana perut yang agak manja. Seringkali mengalami cirit birit yang dikatakan orang 'salah makan' walhal saya makan sama macam orang lain.Jadi kurma jugalah pengubat cirit birit itu, dan ia berkesan tiap kali. Dahulu saya tak faham, kenapa mesti kurma? Namun, setelah terjebak dalam bidang makanan ini, saya sangat kagum dengan fungsinya.

Hinggakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Barangsiapa tiada kurma di rumahnya, umpama tiada makanan". Begitu sekali tingginya kurma sebagai superfood di sisi Rasulullah s.a.w.

Kali ini saya ingin berkongsi, fungsi kurma sebagai penawar racun berdasarkan  hadith Bukhari dan Muslim " Sa'ad telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda," Barangsiapa yang makan 7 biji kurma 'Ajwah setiap pagi, tidak akan dirosakkan pada hari itu oleh racun atau perbuatan jahat (sihir)." (maaf jika ayat hadith tunggang langgang kerana direct translation daripada bahasa Inggeris)

Menurut Dr. Mahmoud Nazim An Naseemi , "Racun terdapat dalam pelbagai jenis samaada benda asing yang masuk melalui luka tubuh, gigitan ular atau bahan berbahaya apabila dimasukkan melebihi had yang dibenarkan samaada melalui makanan atau pernafasan."

Jika bahan itu adalah bahan berbahaya di dalam tubuh kita, selalunya, ia adalah bahan toksik daripada urea, bakteria dan parasit. Tubuh kita dijadikan Tuhan mampu menyingkirkan bahan toksik dengan baik dan sempurna. Bahan toksik disingkirkan menggunakan komponen seperti asid glukoronik yang dihasilkan di hati disebabkan oleh proses pengoksidaan gula dextrose.

Percayakan anda, gula dextrose sangat banyak di dalam kurma sama ada kurma kering atau segar berbanding buah - buahan lain. Tambahan pula dextrose sering digunakan di dalam diet dan rawatan pelabgai jenis keadaan keracunan.

Rekomendasi 7 biji kurma 'ajwah sebelum sarapan disebabkan, gulanya sangat  cepat diserap oleh tubuh dan disimpan di dalam hati. Di mana ia membantu menghapuskan dan meneutralkan racun.
Sesungguhnya ilmu Allah s.a.w. itu sangat luas.Subhanallah.

rujukan : Islamic Medicine , Yusuf al Hajj Ahmad, Riyadh (2010), English translation. Pustaka Darussalam.

No comments:

Post a Comment