Pages

Monday, 17 March 2014

5 nombor yang patut anda tahu tentang kesihatan

Kebanyakan kita mengabaikan statistik kerana ia bermakna nombor. Mungkin kita tidak suka, namun 5 perkara ini berkait rapat dengan proses penuaan, sakit jantung, strok, kelupaan atau lemah daya ingatan dan kesihatan seksual.

Ini dinyatakan sendiri oleh Michael Roizen, pegawai kesihatan di Cleveland Clinic, USA.




1. Tekanan darah - nombor ideal : 115/75
   
Bacaan tekanan darah pada paras ini mengurangkan risiko kematian bayi pramatang. Tambahan pula ia mampu mengekalkan rupa paras awet muda,


2. Kolesterol - nombor ideal :  LDL (tidak baik) kandungannya hendaklah kurang dari 100 dan HDL (baik) bacaannya perlu melebih i 50.

Kolesterol pada tahap ini berkait rapat dengan kesihatan dan arteri seorang belia.


3. C-protein reaktif - nombor ideal : kurang daripada 1

C-protein reaktif akan meningkat jika kita mengalami radang atau masalah kulit dan sebagainya. Bacaan C protein reaktif yang rendah bermaksud  , anda tergolong dalam golongan yang berisiko rendah terhadap penyakit arthritis, penyakit jantung dan stroke.


4. Gula di dalam darah (HbA1c) - nombor ideal : 5.6 dan ke bawah

Ujian ini menentukan kandungan gula yang terikat dengan hemoglobin, protein pengangkut oksigen. lagi tinggi bacaan di dalam darah. Lebih tinggi bacaannya bermakna lebih tinggi potensi anda untuk mendapat penyakit diabetes @ kencing manis.

5. Ukur lilit pinggang - nombor ideal : separuh atau kurang daripada ketinggian anda di dalam inci.

Ukur lilit pinggang ini mempengaruhi jumlah lemak yang terdapat di sekitar kawasan perut anda. Jika berlebihan ia menunjukkan,anda berpotensi mendapat penyakit  atau penuaan sebelum usia.

sumber : majalah prevention,muka surat 18 keluaran Januari 2014

No comments:

Post a Comment