Pages

Sunday 9 March 2014

Kenali 6 jenis 'asian pasta' yang paling utama

Post sebelum ini , saya berkongsi dengan pembaca resepi penghasilan laksa beras. Laksa beras yang dihasilkan dengan baik memerlukan air panas mendidih. Jika suhu air kurang panas, tepung beras yang dicampurkan dengan air akan menjadi seperti bancuhan bater pisang goreng. Laksa merupakan menu asia dan merupakan sebahagian asian pasta yang paling utama. Hinggakan menurut sejarah, mi atau asian pasta telah wujud sejak beribu tahun dahulu. Marco Polo pengembara Eropah yang tiba di China mengaplikasikan penghasilan mi tersebut dengan pasta yang menjadi nadi di Itali. Jadi, kita seharusnya berbangga dengan koleksi budaya kita yang pelbagai dan unik. Jom kenali 6 jenis 'asian pasta' yang paling utama.


Mi kaca (glass noodles)

Ia popular di China. Dihasilkan daripada jenis kekacang berikut seperti mung bean, kacang soya dan tepung ubi.Ia kadang kala dikenali sebagai mi 'cellophane'. Mi ini tidak perlu dimasak , cukup dengan mencelurkannya di dalam air mendidih. Bayangkan struktur mi seperti suun.

mi kaca
Mi suah (mie noodles)

Mi ini dihasilkan daripada bahan yang sama seperti pasta. Walaupun begitu, mi ini dibungkus dan dibentuk menjadi bentuk bebola. Ia boleh dicampurkan dengan telur dan juga tepung gandum organic. Malah, ada yang menghasilkan mi ini dengan mencampurkan ia dengan pelbagai perisa seperti udang atau ikan. Mi ini hanya perlu dicelur sekurang - kurangnya 2 minit dan ia sedia untuk dimakan.


mi suah


Mi beras (rice noodles)

Mi jenis ini sangat popular di sebahagian kawasan Asia. Ia dihasilkan sepenuhnya menggunakan beras seperti mana namanya. Bergantung kepada asal - usulnya, ia boleh berbentuk seperti spaghetti  atau selebar bentuk tali riben . Kaedah memasak yang digunakan samada dicelur ataupun direbus untuk beberapa minit sudah memadai. Jika di Malaysia, mi beras terdiri daripada pelbagai nama seperti kueteow yang berbentuk lebar, mi laksam yang popuar di pantai timur Semenanjung, laksa beras yang berbentuk sehalus spaghetti. Selain itu, bihun @ mihun juga dikategorikan sebagai mi beras.
mi beras


Mi udon (Uno noodles)
Mi jenis ini sangat popular di Jepun. Dihasilkan daripada tepung gandum dan dimasak menggunakan air garam. Mi yang dimasak mengembang dan bertukar ke warna putih. Ia dihidangkan dengan salads atau pun sup.
mi udon

Mi Soba (Soba noodles)

Mi jenis ini merupakan identiti Jepun di mana ia dihasilkan menggunakan buckwheat. Kaedah penghasilannya hampir serupa dengan  mi uno . Walaupun begitu, mi soba mempunyai rasa yang kuat dan berlawanan dengan mi uno, ia dihidangkan dengan ikan atau daging.
mi soba

 Mi wantan (Wonton noodle)

Doh mi ini dihasilkan daripada jagung, telur dan air. Kaedah penghasilan menyamai lasagna. Kaedah memasaknya juga hampir sama.
mi wantan



sumber : Lexicon of Pasta by Tobias Pehle & Birgit Andrich, Rebo Publishers
sumber foto : google & private blog

Nota kaki : Saya mengalu - alukan sebarang komen atau pertanyaan. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan email :zunairahagi@gmail.com

Bagi mendapatkan produk Shaklee pula, anda boleh berhubung terus dengan saya 

No h/p : 012-2248189012-2248189 (sms@call @ whatsapp @ telegram)
email : zunairahagi@yahoo.com
blog: zunairahghani.blogspot.com

SILA SHARE.


mi 


No comments:

Post a Comment