Pages

Friday, 14 March 2014

Wah, jerebu!Sampai bila?

Semalam petang, suami mengadu sakit tekak. Tak berapa nak selesa di tekak. Saya menyuakan satu sachet Nutriferon kepadanya. "Makan sampai habis", pesan saya.
Saya maklum, suami kurang gemar makan ubat. Kalau tak kena selera, memang tak habislah apa - apa ubat pun. Minggu ini, suami sibuk berlatih untuk mendapat tauliah sebagai jurulatih kadet bomba. Mungkin sakit tekak itu tempias jerebu yang semakin teruk.
Hari ini, suami mengatakan sakit tekaknya telah pulih. terkejut juga dia dengan kesan Nutriferon. Anak - anak memang telah menjadi rutin, seminggu sekali saya berikan nutriferon untuk tingkat imun tubuh. Kita mencuba dan berikhtiar.

Jerebu kali ini, saya tak pasti sampai bila. Didoakan hujan turun sebagai penyelamat. Kemarau pun semakin hari semakin menekan, hinggakan terpaksa dibuat catuan air. Pernah terbaca sebuah blog, katanya, apakah negara sudah tidak dirahmati Allah s.w.t? Nauzubillah. Katanya, semua musibah datang bertimpa - timpa. Namun, siapalah kita, hamba yang dhaif untuk mempersoal perencanaan Allah s.w.t. Musibah yang datang pada saya, ia kerana Allah s.w.t. masih sayangkan kita. Masih mahu kita berdoa dan bergantung padaNya. Mungkin selama ini, kita kurang berdoa dan kurang menjaga hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain.

Lewat petang Rabu, ketika dalam perjalanan pulang dari Putrajaya ke Sabak Bernam, saya memerhati sekeliling di kerusi penumpang. Di kiri dan kanan jalan arah masuk ke lebuhraya SKVE, pokok - pokok seolah mati kekeringan. Menunggu masa untuk terbakar. Saya tidak nafikan, ketika waktu tengahari, pancaran matahari sangat terik. Dalam hati kecil berkata, mungkin bumi saat ini sedih dengan perilaku penduduknya. Giat sekali menarah bukit bukau untuk dijadikan bangunan. Kononnya, itulah kemajuan. Tiba di Pasir Panjang, saya melihat , ada orang awam membakar sampah. Parah. Memang membakar sampah itu di tanah sendiri namun, kesannya pada jiran - jiran juga. Lalu di kawasan tanah perkuburan, pun sama keadaannya. Dibakar mungkin untuk menerangkan kawasan perkuburan tersebut. Apakah mereka yang terlibat tidak tahu tentang jerebu?Mengapakah mereka tidak sensitif langsung dengan kaedah pembakaran terbuka? Hanya mereka yang mampu menjawabnya.

Namun, yang nyata, jerebu adalah harga yang perlu dibayar untuk mengejar pembangunan. Kita bayar dengan harga yang mahal. Jerebu sangat tidak sesuai dan menyeksakan untuk pesakit asthma. Apakah yang membakar sampah itu, tidak punya ahli keluarga yang mmpunyai asthma? Barangkali, tahap kesedaran di kalangan masyarakat kita tentang penjagaan alam sekitar adalah rendah. Mungkin penguatkuasaan perlu dipergiatkan di kala waktu - waktu jerebu begini. Sampai bila kita hendak menyerahkan semuanya untuk tindakan pihak berwajib? Apakah pula sumbangan kita kepada negara? Rasanya kempen memang sudah acap kali di dengari. Apakah kita sedar, kita ini mungkin banyak menganiayai makhluk lain. Doa makhluk lain yang teraniya, mungkin antara penyebab musibah menimpa kita.

Justeru, marilah kita merendah diri, memohon belas simpati Allah s.w.t untuk kita. Jom solat malam yuk! Doalah bersungguh - sungguh agar musibah ini berlalu pergi.

Untuk sebarang komen, boleh emailkan kepada zunairahagi@gmail.com

Untuk mendapatkan Nutriferon Shaklee, hubungi saya seperti berikut :

no hp : 012-2248189
email: zunairahagi@gmail.com


No comments:

Post a Comment