Pages

Tuesday, 29 April 2014

Istimewa sangatkah set berpantang Shaklee?

Saya kerap terima order set bersalin ini. Mungkin ia lebih mudah untuk diamalkan kerana apabila anak dah masuk dua atau tiga, pastinya kita perlu lebih cergas dan cekap untuk menjaga anak yang baru lahir, kakak dan juga abangnya. SET BERPANTANG SHAKLEE sebenarnya adalah gabungan vitamin - vitamin Shaklee yang selamat dan mudah untuk dimakan. Untuk kesihatan luaran semasa bersalin kita masih boleh menggunakan pilis, param, minyak barut dan berbengkung. Namun untuk kesihatan dalaman, pada hemat saya, set berpantang Shaklee adalah paling mudah untuk semua orang. Lagipun, jika tempoh berpantang anda singkat misalnya hanya ada cuti selama 40 hari, set berpantang Shaklee masih boleh diteruskan peggunaannya. Anda juga boleh memulakan untuk memulakan set berpantang Shaklee sebaik sahaja anak anda dilahirkan.


Anda boleh masukkan tablet - tablet set berpantang Shaklee di dalam bekas pil untuk bekalan sehari anda di hospital. Tablet yang pertama ialah VITALEA. Vitalea ini dilengkapkan denga tambahan zat besi yang sangat bagus untuk pemulihan tenaga setelah bersalin. Di samping ia juga berfungsi untuk menambah darah yang telah dikeluarkann semasa proses bersalin. Vitalea merupakan sejenis multivitamin yang lengkap.

Kemudian , tablet B COMPLEX pula dilengkapkan dengan tambahan asid folik. B Complex berfungsi untuk meredakan ketegangan urat dan otot yang disebabkan oleh proses bersalin. Emosi juga distabilkan dan sangat baik untuk mengelakkan depresi seperti "gila meroyan". Ketika dalam tempoh berpantang, emosi kita mungkin kurang stabil, kerana ketika itu, hormon - hormon tubuh sedang menglami proses penstabilan. Ini kerana, hormon prolatin telah diaktifkan, manakala hormon seperti progesteron sedang mengalami proses timbal balik. Jadi, pada waktu inilah, vitamin B Complex memainkan peranannya.

Tablet vitamin C SUSTAIN RELEASE merupakan salah satu ciri unik pada vitamin Shaklee. Semua orang maklum, vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun tubuh disamping memberi keserian pada kulit. Selain itu, ia juga membantu penyerapan vitamin - vitamin lain. Harus diingat, vitamin C tidak dihasilkan oleh tubuh kita, oleh itu kita perlu mendapatkan vitamin C dari sumber makanan seperti buah - buahan seperti limau dan oren. Walau bagaimanapun, ketika berpantang, mengikut budaya Melayu, kita jarang dihidangkan dengan buah - buahan tersebut dengan alasan ia sejuk. Di sinilah vitamin C Sustain Release Shaklee memainkan peranannya. Vitamin C adalah vitamin yang larut air dan jika ia berlebihan melebihi dos, ia akan dikumuhkan melalui air kencing. Anda jangan bimbang kerana vitamin C Shaklee dilengkapkan dengan sistem sustain release di mana ia kan dilepaskan secara perlahan - lahan ke dalam tubuh bagi mengelakkan pembaziran Vitamin C. Jadi tablet vitamin C Shaklee akan digunakan sepenuhnya oleh tubuh si penggunanya.

Akhir sekali, ZINC COMPLEX merupakan kombinasi vitamin Shaklee bagi set berpantang yang asas. Zinc complex membantu menyembuhkan luka akibat pembedahan atau luka akibat proses bersalin secara normal. Selain itu ia juga membantu penyembuhan luka secara luar dan dalam tubuh dengan lebih berkesan. Anda tidak perlu lagi minum dan makan sup haruan jika anda tidak menggemarinya. Ini kerana, anda dapat khasiat zinc complex secara terus dari vitamin Shaklee.

                               ------untuk lebih info baca lagi di bawah------


Lebih menarik lagi, Shaklee juga menawarkan GLA COMPLEX, ALFALFA COMPLEX , LECITHIN, OSTEMATRIX,  dan ESP sebagai tambahan untuk set berpantang anda. Mengikut pengalaman dan perkongsian oleh pengguna Shaklee, GLA Complex boleh membantu keseimbangan hormon tubuh anda. Kandungan vitamin E di dalamnya membantu mencantikkan kulit yang kusam akibat regangan ketika mengandung. Kesan strechmark juga semakin hilang. Siapa tak nak buat 'comeback' selepas bersalin kan? Yang paling best tentang GLA Complex ini, ia membantu menjarakkan anak jika diambil setiap hari secara semulajadi.

Bagi ibu - ibu yang berhasrat menyusukan bayi anda sepenuhnya, anda boleh menggunakan ALFALFA COMPLEX sebagai bantuan. Alfalfa sangat terkenal dan digunakan sejak sekian lama sebagai milkbooster. Cuma kini, ia telah dimudahkan cara pengambilannya setelah ia dihasilkan dalam bentuk tablet. Alfalfa yang banyak kebaikan itu, turut membantu menyahtoksin tubuh secara semulajadi. Ia bersifat alkali. Ia juga bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita yang baru melahirkan anak.

ESP atau Energising Soy Protein merupakan salah satu produk yang mesti dimiliki oleh setiap pengguna Shaklee. Ia merupakan sumber protein yang sangat bagus terutama dalam membantu memulihkan sel - sel tubuh, membantu penghasilan sumber protin utama bayi iaitu susu ibu dan ia sangat mengenyangkan.Ketika proses berpantang, ibu - ibu dilarang mengambil makanan sesuka hati. Ketika berpantang juga, ibu - ibu mudah lapar kerana proses penyusuan. ESP boleh dijadikan makanan tambahan yang sangat baik untuk mengelakkan keadaan perut lapar semasa berpantang.Ketika berpantang anak kedua, saya menganggap ESP penyelamat mimpi ngeri saya.Saya tidak lagi mengalami gastrik yang teruk seperti mana ketika berpantang anak pertama saya.

LECITHIN pula sangat bagus untuk proses memecahkan lemak - lemak yang terkumpul akibat mengandung. Selain itu, jika anda mengamalkannya, ia dapat mengurangkan keadaan di mana susu tersumbat atau "duct clog" pada payu dara anda. Anda juga boleh menggantika lecithin dengan OMEGA GUARD jika anda inginkan khasiat DHA. DHA membantu untuk mengurangkan kelupaan. Inilah yangg selalu dialami oleh ibu - ibu. Di samping itu Omega Guard membantu meningkatkan sistem imun tubuh anak dan ibu jika anda menyusukan bayi. Maklum sahajalah, jika anda menyusukan anak, anda tidak boleh makan ubat sebarangan. Insya Allah, anda akan lebih kurang melawat klinik berbanding sebelumnya jika anda mengamalkan Omega Guard.

Produk yang terakhir ialah OSTEMATRIX. Produk ini sangat bagus untuk mereka yang mengalami sembelit ketika berpantang. Anda akan rasa lebih lawas dan mudah membuang.Bukan itu sahaja, kalsium dan magnesium yang sangat bagus untuk tulang dan gigi merupakan bahan utama di dalam Ostematrix. Kalsium sangat penting untuk ibu bagi menggantikan kalsium yang hilang ketika proses penyusuan. Magnesium pula sangat penting untuk penyerapan kalsium. Jika anda membeli pil kalsium tanpa magnesium, ia hanyalah sia - sia sahaja kerana kalsium itu tidak dapat diserap sepenuhnya. Jadi bertukarlah kepada Shaklee kerana ia dibuat oleh pengkaji - pengkaji yang terbaik supaya anda dapat menikmati hasil produk makanan kesihatan yang terbaik.

Jika anda inginkan testimoni set bersalin Shaklee, anda hanya perlu Google sahaja. Saya telah amalkan hampir 3 tahun. Ia sangat membantu kehidupan seharian saya sebagai pekerja, ibu dan isteri.
Set berpantang Shaklee yang asas ialah Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Jika anda perlukan bantuan set berpantang dan menyusukan anak, anda boleh terus menghubungi saya untuk konsultasi percuma.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Nama : Zunairah Abdul Ghani (907821)
No H/P : 012-2248189 (call @ sms @ whats app)
Fan pages :  Zunairah Foods Store
FB peribadi : Zunairah Abdul Ghani
Blog : zunairahghani.blogspot.my 
Email : zunairahagi@gmail.com

No comments:

Post a Comment