Mungkin juga, saya kurang menjual diri tentang siapa saya. Dek kerana itu, ada yang mempertikai ilmu yang disebarkan. Pada saya itu lumrah. Kebanyakan orang akan mempercayai kata - kata orang yang diakui dan mempunyai kelulusan atau sekeping sijil. Ya sejarah pendidikan saya adalah panjang. Oleh itu, saya memang tak berapa gemor untuk mengwar - warkannya. Seseorang tidak akan menjadi cerdik dengan belajar sendiri dan saya akui apa yang saya ada hari ini adalah keberhasilan tugas kedua ibu bapa (walidaiya), guru - guru saya yang tidak terbilang banyaknya dan juga para pensyarah - pensyarah saya (mua'llimin wal mua'llimat). Memang mereka semua sentiasa berada dalam doa saya.
Justeru itu, sejarah pendidikan yang panjang itu saya ringkaskan menjadi seperti ini :-
Pengalaman pendidikan :
SMKA Kuala Selangor ( pioneer sekolah - Tingkatan 3)
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (Tingkatan 4 - Tingkatan 5)
Matrikulasi Sains Hayat , UPM (2000-2001)
Bacelor Sains dan Teknologi Makanan,UPM (2001-2003)
Diploma Pendidikan KPLI (Pemprosesan Makanan MPV), Maktab Perguruan Teknik, KL (2004)
Pensyarah Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Sabak Bernam (2005-2009)
Pegawai Peperiksaan KKSB (2009)
Sarjana Sains Makanan , UKM (2010-2011)
Pensyarah Kanan KKSB (2012- sehingga kini)
Rasanya , itu mencukupi untuk menceritakan latar belakang pendidikan saya dan penguasaan ilmu dalam sains makanan. Insya Allah, jika diberi kudrat dan rezeki, saya akan menyambung pelajaran hingga Pass Habis Darjah. :). Aminn.
No comments:
Post a Comment