Pages

Thursday 15 May 2014

Susun atur peralatan di dapur saya

Gara - gara terpengaruh audit 5S di kolej, saya melayari laman - laman susun atur dapur rumah blogger yang ada. Apabila selalu tengok, dah berniat nak aplikasikan di rumah. Maka mulakan dulu dengan laci kabinet dapur. Tengah malam pun asyik tengok laman - laman berkenaan. Jadi bila tidur, mimpi.
Jadi nak cerita banyak - banyak tak tahu. Tengoklah ye gambar yang ada. Rasanya sebelum ini, dalam laci - laci berkenaan termasuk sekali dengan mainan anak - nak. :)).

'Partition' ini saya beli di kedai RM2.00 di Sungai Besar.Boleh ubahsuai ikut kehendak kita. Bekas yang bertutup merah jambu itu, saya letakkan sudu dan satu bekas lagi garfu. Itu tipuware yang harganya juga RM2.00. Sudu anak - anak sengaja saya letakkan di luar , bagi memudahkan pencarian.

Utensil untuk memasak, saya gantung berdekatan dengan dapur. Mudah nak ambil dan boleh guna terus untuk memasak. Dari segi kebersihan, kawasan itu saya kena selalu lap dengan 'dettol'. Lagipun saya tiada kabinet pasang siap di bahagian atas. Susah nak selenggara. Nanti, lagi banyak almari, lagi banyak barang.

Niat di hati, nak sorok barang - barang ini dalam kabinet tetapi, memandangkan anda anak - anak kecil, rasanya macam tak selamat pula. Botol - botol yang ada tu, adalah botol - botol sos, kicap, olive oil, madu, VCO, air zam zam, segala macam lah. Saya tak suka madu, olive oil, kicap dan sos rasa sejuk. Saya masukkan dalam bekas plastik RM2.00 ni. Bila nak guna, angkat terus. Opps, nampak tak canister Cinch dan Performance Drink saya.

Bekas simpan vitamin - vitamin Shaklee saya ini, saya jumpa di Daiso. Ada satu je.  Saya beli sebagai template untuk projek DIY nanti. Bekas plastik itu, diletakkan magnet yang sesuai dengan berat yang boleh ditampung. Mudah saja. Beli saja bekas RM2.00 kemudian glukan dengan magnet. Cuma jenis magnet itu kena dikenalpasti. Saya terpaksa buat begini, kerana, saya tak mahu, vitamin Shaklee diletakkan dalam peti ais. Dalam masa yang sama, saya tak mahu, ia dicapai oleh anak - anak. Tengoklah, setinggi peti ais saya letak. Di bawah bekas vitamin ini, saya sangkutkan glove dan kain lapik pada penyangkut  bermagnet sebab peti ais ni berdekatan dengan oven dan mikrowave. Maaflah tak ada gambar. Imaginasilah ye.:).

Rasanya, cukuplah perkongsian untuk hari ini.
Jika ada yang mahu membuat teguran atau sebarang komen, sangat saya alu - alukan. Melkan kepada zunairahagi@gmail.com

Saya penggemar Shaklee & saya jual Shaklee. Hubungi saya di SINI.

No comments:

Post a Comment