sumber : Laman web Shaklee |
Pada malam kenduri , mak menyiapkan bunga telur. Pada pagi kenduri sibuk mengemas rumah, biarpun anak - anak menyuruh mak berehat saja. Maklumlah, mak kan jadi 'pengantin'. Biarpun upah memasak diserahkan pada orang lain, mak masih mahu menambah masakan dengan memasak lauk untuk jemputan petang. 7 ekor ayam tau. Banyak tu , sebab lauk katering meliputi 1 ekor kambing, masak sayur lemak nangka, rojak dll makanan. Apa yang kami mampu buat, biarlah mak memuaskan hasrat hatinya. Dek kerana kecergasan mak, ramai rakan - rakan bertanya, mak makan apa? Jawab mak, mak hanya ambil ubat doktor dan ubat yang saya berikan tempoh hari untuk kecergasannya ketika di Tanah Suci nanti. Hanya sebiji Vitalea setiap pagi, sudah cukup untuk mak bergerak cergas sepanjang hari. Apalagi, Vitalea terus dapat order dari rakan - rakan mak. Maklumlah, ia hanya multivitamin tetapi ia berkesan. Niat saya, semoga mak dan rakan - rakan mak masih kuat untuk meneruskan aktiviti kumpulan berzanji yang mak suka tu.
Nota tangan : Mak mertua saya sangat baik dan sangat rajin memasak. Kalau mak mertua masak asam pedas, walaupun dah kenyang, saya pasti akan makan lagi. Sedap sangat. Resepi asam pedas mak mertua saya, rasanya berbeza dari kedai - kedai, lebih umpp dan tak ada perasa tiruan. Alhamdulillah, saya dah boleh masak asam pedas macam mak.:)
Rasanya cukuplah perkongsian untuk hari ini. Jika ada yang mahu membuat teguran atau sebarang komen, sangat saya alu - alukan. Melkan kepada zunairahagi@gmail.com
Rasanya cukuplah perkongsian untuk hari ini. Jika ada yang mahu membuat teguran atau sebarang komen, sangat saya alu - alukan. Melkan kepada zunairahagi@gmail.com
Saya penggemar Shaklee & saya jual Shaklee. Hubungi saya di SINI.
No comments:
Post a Comment