Pages

Monday 19 May 2014

Tips merawat lidah yang suka mencaci

Perbuatan mencaci atau menghina ini selalunya akan menyakiti hati seseorang Muslim dan termasuk dalam kategori dosa besar. Ia untuk peringatan saya juga. Perkongsian ini, saya kongsikan daripada Majalah GenQ keluaran ke 6. Malah cacian yang menyakitkan ini boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang yang dimaki atau disakiti hatinya. Saya berpegang kepada pesanan bapa saya, apabila kita dicaci atau dimaki, hendaklah kita bersabar. Kalau kita pun caci dan maki balik, bermakna, taraf kita ini sudah sama dengan pencaci yang pertama tadi. Sedangkan hakikat orang yang bersabar ini, nilainya tinggi di sisi Allah s.w.t.

Berikut adalah tip - tips untuk merawat lidah kita.



a. Latih diri kita dengan berkata yang baik - baik, lemah lembut,mesra dan positif sahaja.

b.Latih diri kita menjauhi sikap menghina dan merendah - rendahkan sesama Muslim.

(Kalau boleh, kalau ada yang mengutuk dalam FB itu, jangan share dan jangan join sama. Biarkan saja. Kalau kita bagi nasi tambah, nanti perkara kecil sekadar luahan rasa, menjadi besar akhirnya. Kita pun dapat saham sama).

c. Latih diri dengan bergaul dan berkawan dengan rakan yang baik dan berdamping dengan orang yang tinggi ilmu agamanya, manis peribadinya.

(Kalau kita rasa, kita lebih mengikut perbuatan rakan kita itu ke arah yang tidak baik, tinggalkanlah rakan kita itu. Pilihlah rakan yang bawa kebaikan. Bak kata, kalau kita berkawan dengan pembuat haruman, bau haruman wangi itu akan bau juga pada kita. Kalau kita berkawan dengan si penempa besi, mungkin pakaian kita akan berlubang - lubang dek kerana api - api kecil akibat tempaan besi tersebut).

d. Latih diri mengelak daripada sikap suka bermusuh, suka mengumpat dan suka bertengkar.

(Perlu ada kesabaran yang tinggi. Bersabar bila ada yang menghina kita. Bersabar untuk tidak 'join' sekali kisah mengumpat dengan rakan - rakan kita. Padamkan api kemarahan secepat yang boleh untuk mengelakkan pertengkaran.Nak tambah rezeki, kan kena sambung silaturrahmi.)

e. Latihlah diri kita meringankan lidah untuk meminta maaf jika kita bersalah.

( Tidak perlu ego dan rasa malu untuk meminta maaf. Malu biarlah bertempat. Malah pasti , orang lebih hormatkan kita.)

f. Latihlah diri kita mengamalkan sikap berbaik sangka terhadap orang lain.

(Selalunya, pengalaman diri sendiri, apabila kita menaruh tanggapan tertentu pada orang tertentu, orang yang berkenaan dapat merasakannya. Jadi, bila kita berprasangka buruk, dikhuatiri orang yang kita sangka buruk itu, pasti terasa dan tidak senang dengan kita. Ia umpama cas atau magnet negatif ke tubuh kita. Kan dah tak elok.)

g. Latihkanlah diri dengan mengamalkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

(Hubungkan silaturahimkan antara amalan magnet rezeki)

nota tangan: Jangan selalu sangat menghina orang, mana tahu, satu masa nanti Allah tarik balik nikmat lidah itu, kena strok ke, dah tak boleh cakap. Jadi gunakan amanah Allah ini sebaik - baiknya. Jangan bagi 'cramp'  lidah. Sesungguhnya, ini untuk ingatan saya juga. Boleh share. Sebarkan untuk kebaikan.

Rasanya cukuplah perkongsian untuk hari ini. Jika ada yang mahu membuat teguran atau sebarang komen, sangat saya alu - alukan. Melkan kepada zunairahagi@gmail.com

Saya penggemar Shaklee & saya jual Shaklee. Hubungi saya di SINI.


No comments:

Post a Comment