Pages

Friday 9 September 2016

Idea bekal ke sekolah



Waktu rehat yang panjang hari Jumaat, saya ambil kesempatan menelaah buku baru tentang masakan. Buku ini sangat sesuai untuk ibu - ibu yang setiap hari memasak untuk bekal anak - anak ke sekolah dan juga memasak untuk anak - anak. Saya sangat cadangkan buku ini kerana menu dan resepinya sihat dan bersesuaian dengan diet anak sekolah. Saya faham, biarpun setiap hari ibu memasak di rumah, kadang - kala akan ada masa kita jemu dan buntu untuk mencari idea untuk memasak.Sebelum tidur, mesti ada soalan, esok nak masak apa ya?Biarpun masak hari - hari.



Buat suami - suami dan bapa - bapa pun boleh mencuba resepi yang ditunjukkan . Sangat mudah disediakan. Sos dan ada bahan - bahan tertentu yang boleh disediakan awal sebagai langkah penjimatan masa. Jika berminat, boleh dapatkan melalui saya atau ke kedai - kedai buku terpilih. Harga pun sesuai. RM15.00 sahaja.

Ini bukunya

Resepinya nampak mudah kan!

Saya tak sabar nak cuba resepi ini. Tak terfikir pula nak guna roti sosej.

Ini masakan saya untuk anak - anak. Buat sendiri tepung salutannya. Semua ilham dari buku masakan ini. Mama Fried Fish.Nak bagi anak makan ikan punya pasal.
Selamat menelaah buku ini ya. Dengar khabar buku ini antara buku yang laris jualannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau siapa yang nak buat majlis seperti perkahwinan, harijadi , hari sukan, hari koperasi dan macam - macam majlis lagi di sekitar Lembah Klang  dan teringin nak gunakan perkhidmatan menu aiskrim jenama Nestle, boleh hubungi En. Azam.

No comments:

Post a Comment