Pages

Tuesday 20 September 2016

Penghasilan Kue Teow (Homemade)

Sebenarnya, ini resepi yang Zu ajar dalam Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan, Subjek Pemprosesan Hasil Bijian ketika di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Ada mee kuning, laksa, tempeh dan macam - macam lagi. Semua dah pandai buat mi kuning kan. Kalau tak ingat resepi, boleh klik di link INI .Jom buat kue teow pula.


Dalam resepi ni tak ada bahan pengawet. Boleh cuba kat rumah dengan anak - anak. Nak praktis. Jom datang ke Kolej Komuniti Bagan Serai, Perak (05-7210020) 

Persatuan atau group yang berminat, boleh email Zu atau hubungi pejabat Kolej Komuniti Bagan Serai.Yuran serendah RM5-RM50.00 . Dapat buat sendiri, dapat bawak balik lagi.Mana nak dapat kat tempat lain.

Moh ke resepinya.

Homemade Kue teow

A)          BAHAN MENTAH

1)          350g tepung gandum protein tinggi (Boleh ganti dengan tepung roti atau tepung             gandum blue key)
2)          150g tepung beras
3)          1 biji putih telur
4)          200ml air
5)          2 g garam
6)          Tepung ubi kayu untuk ditabur atas meja
7)          Minyak secukupnya
8)          Air untuk merebus




KAEDAH

1)          Masak air dan letak sedikit minyak dan biarkan mendidih.

2)            Satukan kedua-dua jenis tepung, putih telur dan air ke dalam mangkuk  adunan dan uli doh.

3)            Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta sehingga tepung nampak rata.

4)            Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua adunan habis dinipiskan.

5)            Masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar.

6)            Rebus sebentar sahaja sehingga kue teow timbul.

7)            Angkat dan toskan.

8)            Letak atas dulang dan gaul dengan minyak sewaktu kue teow masih panas supaya tidak melekat.

********************************************************************



Siapa berminat dengan buku - buku terbitan PTS, Karya Seni dan lain - lain penerbit , boleh dapatkan melalui  saya sebelum stok kehabisan. Dijamin hantar ke muka pintu rumah anda. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia


#sayadropshipperbookcafe
#sayasukabacabuku
#jombacabukubanyak-banyak

whatsapp :012-2248189 (zunairah)
email:zunairahagi@gmail.com

No comments:

Post a Comment