SIAPA KATA ORANG MELAYU MALAS JIKA ...
1) Masakan Melayu mempunyai aneka rempah.Perlu ditumbuk,dititik,dihiris,dimayang halus,dididih, direneh. Cuba tuan puan lihat kaedah pembuatan dodol, lemang, rendang tok hinggakan kepada masakan harian seperti kari dan sebagainya.
2) Setiap hasil pakaian Melayu perlu ditekat, ditenun, disungkit, dikait, dicanting dan sebagainya. Tiap satunya punya olahan dan maksud yang tersendiri. Figura yang terhasil mempunyai maksud tertentu. Ikatan pada samping, kain batik, kain pelekat juga ada makna yang tertentu.
3) Rekaan bentuk rumah Melayu menandingi rumah moden kini biarpun ia dibina tukang kayu yang tidak punya cert Arkitek sekalipun. Tiap ruang rumah punya maksud sendiri. Tiap bumbung rumah bagi tiap negeri ada bentuknya sendiri. Belum lagi reka bentuk rumahnya lagi. Dari kayu balak sebatang, direndam dalam sungai setahun, dijadikan kayu lapis dengan menggunakan alatan tukang tangan. Belum ditambah kehalusan seni ukiran dan lain - lain lagi. Ruang rumah sejuk biarpun tiada aircond, menghadap kiblat dan sebagainya. Cukuplah sekadar melihat binaan kepuk padi tanpa pintu atau pun wakaf rehat Melayu.
4) Tiap tutur bicara dan bahasa punya maknanya yang banyak. Perkataan 'bite' dalam bahasa Inggeris boleh diterjemah kepada banyak makna (gigit,ketit,tokak dll) di dalam bahasa Melayu. Nampak tak kehalusan, ketajaman fikiran, betapa telitinya Melayu itu. Tulisan Jawi itu sendiri unik dan kebanyakan dapat disesuaikan dengan lenggok bahasa Melayu itu. Belum lagi disebutkan peribahasa yang nan banyak hingga dibukukan bernaskhah.
5)Gerak tari dan alat muzik budaya Melayu itu sendiri halus dan unik. Ia ditarikan dan dimainkan dengan makna yang tertentu. Inang, zapin, gerak tarinya berbeza untuk lelaki dan perempuan. Gong sahaja punya berbagai saiz yang ada maknanya.
6) Alat senjata Melayu lama seperti keris ada 3 luk, ada 7 luk, ada 9 dan tiap satunya ada maknanya. Apakah Melayu itu malas saat dia menempa keris yang berbilang luk tersebut. belum lagi ukiran pada hulu keris. Belum lagi disebut pelbagai jenis buah silat dan jenis silat yang halus dan tangkas.
Jadi jika engkau anak Melayu, berbanggalah dengan nasab keturunan engkau. Biar ke mana sekalipun engkau tinggal, bawalah akar Melayu itu. Melayu itu teliti, tepat, halus dan berbahasa. Namun, aku melihat keruntuhan Melayu itu disebabkan Melayu itu berbangga dengan nasab keturunan orang lain. Sesama Melayu pun berbahasa luar. Menindas dan menipu bangsa sendiri. Bertingkah sesama sendiri dek ego membukit. Tidak berlapang dada menerima perbezaan pendapat sedangkan berlapang dada itu perlu dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.
#luahanhatihariJumaat
#hasilbacaandanolahanilmupengalaman
#nakilmufollowlahorangberilmu
#akuanakMelayu
#zunairahabdulghani
p/s: karangan ini hasil bacaan dan dijentik rasa melalui FB Prof Abdul Muati.
No comments:
Post a Comment