Tuesday 26 July 2016

Belasungkawa Anasku Sayang : Ujian Ramadhan dan Syawal yang paling diingati

Entah berapa kali saya menaip dan memadamkan semula tajuk blog kali ini. Sudah beberapa tajuk yang hanya sekadar menjadi draf. Saya memang buntu dan acap kali menarik diri untuk menulis.Mungkin kerana blog ini penuh dengan kenangan saya. Namun menulis merupakan terapi saya dalam menangani emosi yang banyak pasang surutnya.Tambah - tambah sejak diuji Allah menjelang Syawal tempoh hari. Nak tulis tajuk pun sedih.Apatah lagi nak ceritakan apa yang berlaku.