Friday, 3 January 2014

[Muhasabah] Yuran sekolah dari duit syiling


Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar  ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja kerana sakit lutut kesan  akibat jatuh ketika bertugas sebagai pemandu lori lama dahulu.`

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin  juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

email : zunairahagi@gmail.com

Nota : Isi penting muhasabah ini, azam untuk pergi ke sekolah dengan menabung walaupun hidup tidak mewah. Dalam zaman pelajar suka ponteng sekolah, kempen pergi ke sekolah, semangat anak ini perlu dilihat dan dicontohi serta dia perlu diberi motivasi diri yang tinggi agar punya jati diri. Biar orang lain menabung untuk pergi melancong, kita menabung untuk belajar.

79 comments:

  1. Salam.. boleh tak saya dapatkan no. acc datuk tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. boleh tahu sekolah mana dari negeri mana?

      Delete
    3. sekolah agama ar rahmaniah, taman dagang, ampang

      Delete
    4. salam... saya sudah cuba hubungi ustazah tersebut.. tapi masuk peti simpanan suara... ada no lain yang boleh saya hubungi...

      Delete
    5. Assalamualaikum Admin...boleh bg maklumat yg lebih detil kt sy utk sy hubungi atau jumpa datuk tersebut?:(

      Delete
  2. Salam... ke mana boleh saya salurkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Terima kasih.. Sy akan panjangkan di fb sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama - sama. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian yang membantu.

      Delete
    2. Assalamualaikum.. sy dan rakan2 ada membuat kutipan ikhlas untuk adik Nurkhatijah mohon jasa baik kalian sekiranya boleh memberi sy no phone yg pihak yg berkenaan untuk sy dan rakan2 menyalurkan sumbangan pada pihak yg berkenaan..

      Delete
  4. Salam. Mohon bantuan pihak puan dapatkan no acct datuk tersebut utk sy berikan bantuan kpd keluarga terbabit

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. bagi sesiapa yang ikhlas jujur dapat sampaikan bantuan ke anak kecil boleh PM saya or sharing bagimana bantuan dpt disalurkan....saya berada jauh diLabuan...harap ada yang sudi....

    Qhaidir
    Haidier3716@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sdikit bantuan ikhlas dari saya, mugkin tidak sebanyak mana tapi mohon disalurkan kepada kedua adik ini....sekian..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. kalo uztazah boleh letak no akaun datuknya , kami sgt memerlukan..

    ReplyDelete
  7. ustazah... depa semua duk mana kalau berdekatan boleh bagi kerja...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, sy baru saja berhubung dg ustazah khadijah dan saya mencadangkn agar uztazah membuka acc bank atas nama adk ini dan biar ustazah yg menguruskn keuangan adk ini, insyaAllah kita sebarkn mdh2 smp sumbangan ikhlas dari kita semua dari semasa ke semasa dpt membiayai persekolahan adk ini hingga menara gading nntnya, sbg mana yg kita tahu atuk dan nenek bdk ini sdh tua, bpk pula x bole di harap, jd adalah tugas kita sbg hamba Allah utk menjaga adk ini smp dia berjaya suatu hari nnt, Amin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan cadangan ini, nanti mohon war-warkan semula ya, Insya Allah ramai yang ingin membantu di kalangan kita.

      Delete
    2. Insya Allah. Dalam proses.

      Delete
    3. Salam...sy mencadangkan agar guru pelajar boleh merujuk kepada pusat zakat berhampiran kerana pelajar layak mendapat bantuan zakat dan baitulmal...yuran pelajar dan perbelanjaan lain pelajar bagi tahun2 yang berikutnya akan ditanggung oleh Baitulmal/pusat zakat..

      Delete
  9. assalam...mohon utk saya sharekan entri nie dlm blog saya...

    ReplyDelete
  10. slm sis..saye baru transfer duit ke akaun ustazah khadijah..tp akaun dia tak wujud..

    Amount: RM10.00 Status: Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]
    Reference number: 1939071139
    Transaction date: 06 Jan 2014
    Transaction time: 13:35:20
    From Account :
    To 3rd Party Account Number: 158024762835
    Account Holder Name: KHADIJAH BINTI ALANG
    Effective date: Today
    Description of transaction: duit sumbangan utk Nurkhatijah

    ReplyDelete
    Replies
    1. akaun telah disekat kerana terlampau banyak transaksi.Nanti saya update akaun adik - adik tu bia dah selesai prosesnya nanti.

      Delete
  11. boleh dapatkan acc number yang betul? Kalau boleh mohon untuk sertakan alamat adik ini untuk salurkan bantuan.

    ReplyDelete
  12. Salam. Bagaimana Ingin berhubung terus dengan keluarga anak kecil ini. Untuk menyalurkan keperluan dan perbelanjaan sekolahnya.terima kasih

    ReplyDelete
  13. Saya pun cuba nak transfer tadi tapi tak Berjaya?

    ReplyDelete
  14. Biasanya jika tidak berjaya disebabkan tterlalu banyak org masuk kan duit. Bank akan block sebab takut berlaku penipuan. Pemilik akaun kena clearkan di bank sendiri.

    ReplyDelete
  15. Adakah jumlah transaksi mencapai tahap maksimum? Sebagai cadangan, boleh sediakan alternatif lain. Cimb etcTq

    ReplyDelete
  16. Adakah jumlah transaksi mencapai tahap maksimum? Sebagai cadangan, boleh sediakan alternatif lain. Cimb etcTq

    ReplyDelete
  17. memang biasa akaun kene block bila terlalu banyak transaction berlaku.. akaun tu ada..tapi maybank dah block.. pemiliknya kene pegi maybank setelkan balik..

    ReplyDelete
  18. assalam...i called the number many times...no answer...anybody can help me to get through them? thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah tak dapat nak reply call sbb call hampir 700 no. Lagipun ustazah kena bekerja juga sebagai guru.sekolah 2 sesi pagi dan petang. Jadi mungkin tak terlayan masa hari sekolah.

      Delete
  19. salam..sya cuba transfer tp x berjaya. kenape ye?

    ReplyDelete
  20. maaf nak tanya...ade sekolah dah minta duit yuran hari pertama persekolahan ke....maaf sekadar bertanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sek agama integrasi ar rahmaniah ni sek swasta.. kawan sy ada ngajar kt sek agama integrasi kt subang, sek tu sek swasta.
      mohon betulkan kalau saya silap.

      Delete
    2. bukan sekolah swasta..tetapi di bawah kerajaan negeri. anak saya pun bersekolah agama di sekitar ampang juga..yuran yang perlu di bayar sewaktu hari pertama mendaftar adalah sebanyak RM210.00

      Delete
  21. akaun tu mesti dah kena block ngan maybank sebab ada banyak transaksi secara tiba2.. kena tunggu tuan punya akaun setelkan ngan bank tu dulu. So selagi tak setel, memang takleh transfer walaupun akaun tu wujud.

    :-)

    ReplyDelete
  22. saya baru masukkan tadi..Alhamdulillah lepas...

    ReplyDelete
  23. What's the name of the little girl in the picture, whose Grandfather brought the money in coins to school please ? Sending message from UK, and my son, who is of similar age would like to donate some of his stationeries o her, if it helps. Please can you email me with her name and her address ? Otherwise, if I send it to her school, please can someone make sure that she receives it ? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik Nur Khatijah Abdullah , Bank Rakyat : 220621244780,
      Trustee of Nurkhatijah bt. Abdullah : Shamsiah bt Yusof


      Nur Syafikah Abdul Rahim , Bank Rakyat : 220141565286,
      Trustee of Norsyafikah bt. Abdul Rahim : Eni bt. Tarsidi

      Delete
  24. Kena mitak acc tu tukar dari jenis acc simpanan kepada acc semasa, baru boleh banyak transaksi. Tq

    ReplyDelete
  25. Yg no 2 tu siapa? 2.norsyafiqah bt.abdul rahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak yatim juga dan kematian bapa. Pelajar ini juga tak mampu bayar yuran. Ibu bekerja sebagai cleaner yang akan tamat kontrak pada bulan 6. Pernah kena strok , so pertuturan kurang jelas. Dari golongan yang kurang mampu juga.

      Delete
  26. Salam

    Saya akan cuba menghubungi Ustazah berkenaan untuk mendapatkan maklumat keluarga tersebut bagi melihat apakah keperluan lain yang diperlukan oleh keluarga ini. Terima kasih kerana kongsikan perkara ini.

    ReplyDelete
  27. Salam cikgu, bole sy dptkan alamat penuh skolah/tempat tu x? insyaallah, kebetulan nak ke kl 20-23hb ni .. rsnye bole juga nak melawat adik ni .. syahdu rase bile tgk bende camni .. psl dulu time skolah pon ade certain part sy kene sponsor ngn cikgu ms skolah .. huhu ..

    ReplyDelete
  28. Minta emailkan account no dan no hp ustazah tu ke alamat ni senang utk saya nak b.in kan duit bila2 masa..zahariharris@gmail.com

    ReplyDelete
  29. Bagus initiative cikgu semoga allah membalas budi dan jasa cikgu..amin

    ReplyDelete
  30. ermm skang ada bayaran yuran lagi ea utk ke sekolah?maaf xde adik yg bersekolah lagi...tapi setahu sy mak.sy xde bayar yuran pape masa adik sy sekolah...buku teks pinjam...pibg pon sekolah dia x amik..spm pon xde bayar pape...maybe adalah sikit utk buku latihan tapi itu harga tambahan sahaja...maaf ye kalau sy silap tapi sy cdgkan pihak sekolah bantu kanak kanak ni utk dapatkan bantuan dr kebajikan.masyarakat n pej agama utk zakat...yg nak.menderma x salah boleh teruskan niat tapi bila announce macamni mmg bercelarula kat akaun cikgu tu..

    ReplyDelete
  31. sekolah sekarang dah takde bergantung pada buku teks aje.. cuba tanya orang yg ada anak masuk sekolah, ape yg dia kena sediakan.. baru le kita tau

    ReplyDelete
  32. Salam. Untuk sekolah agama di kl, memang kena bayar yuran pada hari pertama sekolah. Saya ada anak yang belajar di sekolah agama di kl. Sekolah agama tidak dapat peruntukan seperti sekolah kebangsaan.

    ReplyDelete
  33. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=718468214838845&set=a.173458036006535.38688.100000270189106&type=1&theater

    Alhamdulillah ..YB Iskandar tlh pun ziarah dan mmberi sumbangan....

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. x boleh nak transfer. mungkin pihak bank menyekat transaksi.

    ReplyDelete
  36. akaun adik nur khatijah abdullah bank rakyat 220621244780, nur syafikah , bank rakyat 220141565286.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni number akaun adik tu punya ke? yang baru buka?

      Delete
  37. Saya rasa buka akaun adik itu sendiri csra terbaik

    ReplyDelete
  38. ini semua tidak benar. semua sekolah kerajaan di Kuala Lumpur. tidak ada lagi pungut yuran now free semua. yg bayar sumbangan pibg sahaja. pembohong besar. now sekolah kerajaan yuran free. yg bayar sumbangan pibg. jangan pusing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu yang comment ni mesti tak ada anak yang bersekolah kan atau tak ada anak yang dihantar ke sekolah agama???!!!

      Delete
    2. bohong apa pula. yuran utk buku latihan, peralatan semua ada bayaran. mohon bercakap selidik dulu. ada je yang dengki

      Delete
  39. Sapa kata tak benar...anak saya sekolah agama jugak.saya perlu bayar 350 ringhit untuk.setiap org.anak saya darjah 1 dan 2.sapa kata tak kena bayar.

    ReplyDelete
  40. Sapa kata tak benar...anak saya sekolah agama jugak.saya perlu bayar 350 ringhit untuk.setiap org.anak saya darjah 1 dan 2.sapa kata tak kena bayar.

    ReplyDelete
  41. Saya nak sangat bantu, tapi apa kan daya, keadaan saya sekarang juga agak down, agak terkilan, cuma inisiatif saya ajukan pada lembaga zakat selangor dan baitulmal, alhamdulillah mereka telah turun memberi bantuan.

    ReplyDelete
  42. Nape dimasukkan ank ni kat skolah srai ye?masuk skolah kbgsaan x kena pun yuran..sy tgl di ampang jugak.nt sy ziarah ank ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuran memang lah xde. tapi kan kena beli peralatan lain n buku latihan.

      Delete
  43. Terpulang kalau anda rasa ini pembohongan. Tidak perlu berkata apa2. Kadang - kadang realiti memang pahit untuk didengar. Buat pengetahuan, ini adalah sekolah KAFA. Pagi KAFA petang sekolah kebangsaan. Kalau ikutkan kemampuan, memang tak mampu. Tetapi anak ni yang nangis2 nak sekolah kat situ. Dia menabung duit syiling sendiri atas didikan dan asuhan neneknya. Azam dan semangat macam nilah yang kita nak semai dalam anak2. Kualiti itu yang harus kita pelihara. Biar susah, ilmu perlu dicari dan digali. Tidak guna berbahas jika tiada solusi. Berapa ramai anak sekarang, menabung sedari kecil semata - mata untuk belajar? Berapa ramai anak sekarang sedari kecil tahu kepentingan belajar agama. Keluarga ini tidak minta dibantu. Tulisan asal saya hanya muhasabah kerana kualiti dan azam anak kecil ini. Kita yang dewasa ini pun menabung untuk barang - barang ntah apa-apa. Berapa ramai anak sekarang pecahkan tabung untuk barang sekolah? Pecahkan tabung untuk melepak di kafe cyber adalah. Belum lagi perkara - perkara lain. Itu gees nya. Bukan sebab duit syiling.

    ReplyDelete
  44. Salam puan..no acc bank rakyat tuh no personal adik yg baru di buka ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. Tapi bila bank in, akan keluar nama trustees (pemegang amanah) iaitu mak dan nenek bdk2 tu.

      Delete
  45. Assalamualaikum Puan,.teruskan usaha dengan menyebarkan kebenaran. In Syaa Allah kita bantu apa yang mampu. Mereka yang komen negetif adalah manusia yang Allah gelapkan hati mereka. Semoga puan diberkati dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  46. terima kasih atas perkongsian ni.

    irsyahealthyhouse.blogspot.com

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum,
    Sekolah Rendah Agama ni adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Jadi kerajaan pusat tidak memberi bantuan. Dari tahun 80-an lagi dah ada dan hanya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Sebab itu mereka yang asalnya dari negeri-negeri lain tidak tahu kewujudan sekolah ini. Memang dari dulu kena bayar yuran setiap bulan dan, buku-buku teks dan latihan dibeli sendiri oleh ibu-bapa. Cuma sekarang kerajaan negeri sudah menyalurkan bantuan memberi buku teks secara percuma. Saya sudah berumur 38thn dan adalah salah seorang bekas pelajar sekolah rendah agama di Petaling Jaya. Alhamdulillah ibu-bapa saya ambil inisiatif untuk hantar kami adik beradik. Ada juga anak jiran yang tidak sekolah sebab sekolah ni tak wajib pun. Dan sekarang kami adik-beradik hantar anak-anak kami juga ke sekolah yang yang sama di Petaling Jaya. Alhamdullillah anak-anak ini minta disekolahkan di sekolah agama.
    Terima kasih juga kepada Puan Zunairah kerana berkongsi kisah anak-anak ini. Insyallah sama-sama kita bantu.

    ReplyDelete
  48. assalaamu'alaikum..apa pkembangn tbaru anak ini..?

    ReplyDelete
  49. Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete