Tuesday, 31 December 2013

10 Tips menjadikan perniagaan satu perkara yang menyeronokkan

Selamat Tahun Baru 2014. Macam - macam perkara telah berlaku dan menjadi sejarah pada tahun 2013. Pada tahun 2013 jugalah saya menceburkan diri secara aktif dalam perniagaan walaupun masih bertugas dalam pekerjaan lain. Antara punca saya meneruskan perniagaan ini adalah kerana ia menyeronokkan. Saya akan berkongsi dengan anda bagaimana menjadikan perniagaan satu perkara yang menyeronokkan dan tidak membosankan.

1. Pilih bidang perniagaan yang sesuai dengan kemampuan kita untuk mengendalikannya. Contohnya: perniagaan secara talian atau dropship bagi yang bekerja sepenuh masa.

2. Apabila tiada order daripada pelanggan, cuba penuhi masa dengan mendalami produk jualan kita terutama dari segi kebaikannya dan fungsinya. Tambah ilmu produk sebaik mungkin.

3. Sentiasa membaca cerita kejayaan - kejayaan orang lain sebagai motivasi . Pendek kata baca semua cerita yang positif sahaja kerana auranya pasti berbeza.

4. Bagi yang Muslim, sentiasa berhubung rapat dengan CEO paling Agung iaitu Allah s.w.t dalam sebarang urusan perniagaan dan yakinlah rezeki itu hanya dariNya.
"Jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, pasti Allah memudahkan segala urusan kita".

5. Masukkan amalan sedekah sebagai amalan wajib setiap hari hatta sedekah kepada ibu bapa dan anak - anak sekalipun kerana ia sangat dituntut agama. Ingat tak, 1 sedekah akan diberi 10 ganjaran.

Teringat kisah seorang sahabat saya, yang bersedekah RM5.00 di saat dia juga kesempitan wang, namun apabila pulang ke rumah bertemu dengan RM50.00 yang terselit dan muncul entah dari mana. Jadi percayalah, dengan bersedekah, anda tidak akan rugi malah anda akan menjadi lebih kaya. Kaya jiwa dan lebih seronok.

6. Menukarkan pelanggan anda sebagai sahabat baik anda. Ini adalah yang paling menyeronokkan. Apabila kita ikhlas berkawan, kita pasti akan mendoakan sahabat kita, dan pastinya para malaikat akan mendoakan kita pula. Seronok kan.

7. Sentiasa update diri dengan ilmu perniagaan yang baru. Mencuba sesuatu yang baru sangat mengujakan. Rebut peluang yang datang dan jangan lepaskannya.

 Contohnya sertai kelas membina blog kelolaan Cikgu Zaila. Sangat seronok kerana kita akan bertemu rakan - rakan baru yang turut berniaga dengan pebagai jenis produk. Banyak pengalaman yang dapat dikongsikan. Jadi anda pasti rasa anda tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran perniagaan.

8. Berfikiran positif .

Ini adalah perkara yang paling susah untuk dilaksanakan tetapi percayalah apabila anda telah melepasi tembok takut dalam diri, anda akan merasakan semuanya mudah dan seronok. Perkara positif yang saya dapat apabila berniaga, saya lebih yakin diri untuk bercakap dan mengiklankan produk walaupun hakikatnya saya seorang pensyarah. Saya mempunyai masalah takut untuk salah sebelum saya berniaga, namun sekarang, saya lebih optimis dan lebih redha dengan sebarang keputusan. Malah saya lebih berani mengutarakan buah fikiran saya di pejabat berbanding saya yang lama dan saya tidak sedih apabila pendapat saya dibangkang atau tidak dipandang. Sekurang - kurangnya saya telah mencuba. Ia lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

9. Senyum dan ucapkanlah Alhamdulillah sebelum memulakan sebarang urus niaga walaupun secara talian. Yakinlah, pelanggan anda akan nampak keikhlasan senyuman anda di sebalik skrin komputer anda.

10. Percaya dengan rezeki perniagaan 9/10 . Berniagalah dengan jujur. Yakinlah perniagaan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan beruntunglah kerana anda orang yang terpilih.

Kongsikan. Semoga ia bermanfaat.

Dari usahawan Shaklee yang setahun jagung tetapi berjiwa besar. Komen atau hubungi saya jika ada teguran.

zunairahagi@gmail.com


No comments:

Post a Comment