Monday 28 April 2014

Akal yang cerdas dari tubuh yang sihat

image
Pepatah Arab ini sering disebut oleh guru bahasa Arab saya ketika sekolah.Merangkap guru kelas, ummi sentiasa jaga kemaslahatan kami.Paling dipentingkannya, perlu bersarapan pagi biarpun secawan Milo supaya tubuh bertenaga dan cergas ketika di dalam kelas.Itu dulu.
Kini, biarpun hampir sedekad lebih berlalu, saya masih mengekalkan sarapan adalah wajib untuk rutin harian saya. Jika tidak sempat sekalipun, dek kesibukan pagi dengan anak - anak sebelum keluar bekerja, saya pastikan akan makan sesuatu ketika memandu ke pejabat. Selalunya biskut kraker ataupun sebiji buah. Jika saya mempunyai 2 minit masa tambahan, saya akan buat shake Milo & ESP dan minum ketika dalam perjalanan ke pejabat.
Dengar macam sibuk kan! Sebenarnya keadaan ini pasti berlaku, jika anak - anak banyak permintaan sebelum keluar bekerja, saya ada kelas pagi bermula pukul 8pagi hingga 3.30 petang terus menerus, saya perlu menghadiri mesyuarat pengurusan di awal pagi, atau bertugas ke luar daerah dan memerlukan saya bergerak seawal subuh.
Faktor HB yang rendah dan kandungan gula dalam darah yang rendah juga menyebabkan saya mementingkan sarapan.Selalunya, apabila mula bekerja, saya tidak berdisiplin dalam memenuhi jadual waktu makan. Saya memang tidak teringat untuk berasa lapar.

Jadi, untuk bergerak aktif dan berupaya berfikir dengan cerdas, anda perlukan rutin sarapan yang hebat.
"Al aqlus salim, min jismu salim"

Akal yang baik dari tubuh yang baik (direct translation)
  -ananymous (Arabian)

16 comments: