Monday 28 March 2016

Buku seronok baca : Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd.

Semalam petang hingga ke malam, sambil rehat-rehat dengan anak, saya menghabiskan membaca buku "Memulakan Bisnes Sendiri" edisi kemas kini oleh Pn.  Ainon Mohd.  Memang buku ini rare atau lain daripada buku motivasi bisnes yang lain.  Siapa yang berkecimpung dalam bisnes mesti baca buku ini.WAJIB.


Kalau orang yang baru membaca buku ini teringin nak buka bisnes, kalau kemahuan tidak kuat, boleh teragak-agak nak mulakan bisnes. Namun,  itulah yang perlu ada dalam hati usahawan, kemahuan yang kuat untuk bekerja sendiri. Bidang perniagaan digambarkan dalam buku ini tidaklah seperti telenovela setiap petang di kaca televisyen. Ada jatuh bangunnya. Kisah dan info yang dikongsikan sangat telus. Kalau yang baca rasa negatif, jangan teruskan bacaan. Kalau boleh tukar kaedah bacaan menjadi positif, teruskan. Insya Allah, Selamat maju Jaya dalam bisnes anda. 

Antara intipati yang saya dapat dari buku ini ialah :

* Betul, ada orang berbakat untuk berniaga, namun ada orang yang tiada bakat berniaga boleh belajar untuk berniaga. Tambahan pula, Rasulullah sendiri menggalakkan kita untuk berniaga. Berniaga adalah salah satu cara hidup.

* Bisnes yang paling mudah untuk dimulakan oleh orang baru ialah trading (Pengeluar orang lain dan kita tolong jual saja). 

* Jangan percayakan janji bisnes daripada orang kaya atau pun orang politik nanti anda kena jual.hihi

* Berniaga boleh dimulakan dengan bisnes yang kecil dan tidak juta juta awalnya tetapi cari bisnes yang boleh dikembangkan. 

Banyak sangat tips yang bagus dalam buku ini. Tak sabar nak kongsi dengan pelajar saya. Saya baca buku ini dan khatam kerana saya mengajar subjek bisnes dan saya juga terlibat dengan bisnes. Tips nya banyak, kalau nak tahu kena bacalah. 

Siapa berminat, boleh beli dengan saya sebelum stok kehabisan. Dijamin hantar ke muka pintu rumah anda. giteww.Harga RM14.00 (tidak termasuk pos)

#sayadropshipperbookcafe
#sayasukabacabuku
#jombacabukubanyak-banyak

whatsapp :012-2248189 (zunairah)
email:zunairahagi@gmail.com

Memang patut jadi bestseller.Hari tu dah murung sebab out of stock.Alhamdulillah dapat juga.
Antara kandungan buku ini. Tengok tu, dah jadi buku evergreen. 2005,2007, 2016

1 comment:

  1. SUKA BACA ADALAH HOBI TAPI ADA SATU HIKMAT SEBALIKNYA

    ReplyDelete