Pages

Sunday, 30 March 2014

Cerita Bandung 1: Antara pisang salai dan brownies

Hari ini hari pertama bekerja setelah bercuti panjang bersama suami dan 2 adik perempuan selama 4 hari. Destinasi cuti saya ialah Bandung. Sebenarnya perancangan bercuti ini bermula tahun lepas lagi. Kaedah yang digunakan ialah backpackers. Tidak menggunakan ejen. Apabila secara backpackers, kita dapat cerita dan kisah masyarakat di sisi yang berbeza. Pada saya masyarakat Sunda khususnya di Bandung sangat rajin. Mungkin atas tuntutan hidup, namun mereka sangat positif dan sangat pantas mencipta peluang pekerjaan. Hinggakan, tukang payung ketika hujan pun ada, biarpun upahnya mungkin 500 IR (15 sen). Perkhidmatannya juga tip top, yakni bersungguh - sungguh biarpun kerjanya di anggap mudah. Budi bahasa pun bagus. Alhamdulillah, biarpun di jalanan, pasti ada yang membantu untuk memudahkan perjalanan kami.

Tuesday, 25 March 2014

Pertandingan ICOMPEX 2014

Bermula 23 Mac hingga 25 Mac 2014, saya dan rakan - rakan berpeluang menyertai pertandingan inovasi dan rekacipta di peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ICOMPEX. Pertandingan dianjurkan oleh Bahagian Politeknik dengan tuan rumahnya ialah POLIMAS, Jitra. Saya menyertai pertandingan ini dengan tujuan serampang dua mata.

Kunyit penawar depresi

Sementara menunggu untuk terbang ke Kuala Lumpur, saya sempat membelek majalah Prevention. Menarik! Terdapat pelbagai info dan penemuan berguna yang diutarakan.

Antaranya, kunyit berupaya menjadi penawar depresi. Tajuk utama artikel tersebut natural Prozac. Prozac merupakan sejenis ubatan yang digunakan oleh pengamal perubatan dalam mengawal depresi. Depresi yang berlaku disebabkan pelbagai faktor. Prozac merupakan antara ubat yang popular. Namun secara realitinya, Prozac bukanlah dari sumber semulajadi.

Thursday, 20 March 2014

Punten : antara makanan tradisi yang sedap di Sabak Bernam

Hari ini berpagi - pagi dan bersarapan dengan punten. Kerap ditemui di kalangan masyarakat Jawa Sabak Bernam. Saya tidak pernah bertemu punten di tempat lain. Di Sabak Bernam, ia jarang dijual di gerai - gerai kecil, kerana itu saya pasti, ada juga orang Sabak Bernam yang tak pernah merasa punten. Ia merupakan makanan tradisi yang saya fikir boleh di ketengahkan dan dimajukan.

Wednesday, 19 March 2014

Olahan makanan yang sangat kreatif

Ini sekadar perkongsian yang sangat menarik dan kreatif  untuk makanan. Kredit untuk blog Creative Ideas.

No bake watermelon cake. Ini baru betul kek buah. LOL.



Monday, 17 March 2014

5 nombor yang patut anda tahu tentang kesihatan

Kebanyakan kita mengabaikan statistik kerana ia bermakna nombor. Mungkin kita tidak suka, namun 5 perkara ini berkait rapat dengan proses penuaan, sakit jantung, strok, kelupaan atau lemah daya ingatan dan kesihatan seksual.

Ini dinyatakan sendiri oleh Michael Roizen, pegawai kesihatan di Cleveland Clinic, USA.

Sunday, 16 March 2014

Kisah di suatu pagi

Sebenarnya, saya dah lama hendak menulis tentang ibu tunggal ini. Setiap pagi, selepas menghantar anak ke rumah pengasuh, saya akan melalui  kawasan perkampungan dan kawasan perumahan yang penduduknya majoriti masyarakat India. Laluan saya itu bukanlah laluan utama , namun kerana faktor jarak yang dekat dengan pejabat, saya suka melalui kawasan tersebut. Pemandangannya agak hijau, ada kebun kelapa sawit, ada lembu yang sedang makan rumput (kadang kala, saya berhenti untuk membiarkan anak - anak dengan imaginasi tentang lembu itu). Jalannya berturap dengan tar, namun ada yang tidak sempurna dek kerana ia menjadi laluan kenderaan berat yang membawa hasil sawit. Pagi - pagi, hawanya nyaman sekali. jika beruntung, saya berpeluang melihat kelibat burung enggang.

Friday, 14 March 2014

Wah, jerebu!Sampai bila?

Semalam petang, suami mengadu sakit tekak. Tak berapa nak selesa di tekak. Saya menyuakan satu sachet Nutriferon kepadanya. "Makan sampai habis", pesan saya.
Saya maklum, suami kurang gemar makan ubat. Kalau tak kena selera, memang tak habislah apa - apa ubat pun. Minggu ini, suami sibuk berlatih untuk mendapat tauliah sebagai jurulatih kadet bomba. Mungkin sakit tekak itu tempias jerebu yang semakin teruk.
Hari ini, suami mengatakan sakit tekaknya telah pulih. terkejut juga dia dengan kesan Nutriferon. Anak - anak memang telah menjadi rutin, seminggu sekali saya berikan nutriferon untuk tingkat imun tubuh. Kita mencuba dan berikhtiar.

Jerebu kali ini, saya tak pasti sampai bila. Didoakan hujan turun sebagai penyelamat. Kemarau pun semakin hari semakin menekan, hinggakan terpaksa dibuat catuan air. Pernah terbaca sebuah blog, katanya, apakah negara sudah tidak dirahmati Allah s.w.t? Nauzubillah. Katanya, semua musibah datang bertimpa - timpa. Namun, siapalah kita, hamba yang dhaif untuk mempersoal perencanaan Allah s.w.t. Musibah yang datang pada saya, ia kerana Allah s.w.t. masih sayangkan kita. Masih mahu kita berdoa dan bergantung padaNya. Mungkin selama ini, kita kurang berdoa dan kurang menjaga hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain.

Wednesday, 12 March 2014

Saya suka terbang dengan Malaysian Airlines (MAS)

Sejak kisah MH370 menjadi bualan, saya pasti ramai yang menjadi takut nak menaiki kapal terbang. Selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang pada pagi Sabtu, adik saya melakukan perjalanan menaiki kapal terbang ke Kuantan pada hari berikutnya. Suasana di KLIA masih muram. Sugul. Wajah - wajah penumpang dan pengguna KLIA semuanya ketat (tidak begitu ceria). Pertama kali, di dalam pesawat para penumpang tekun mendengar arahan langkah keselamatan. Pertama kali juga, ada penumpang membawa buku doa. Malah pertama kali juga, beliau mendengar juruterbang memulakan ucapan dengan basmallah.Mungkin ada hikmahnya berlaku kehilangan. Kita seolah - olah tersedar dan cuba kembali kepada tujuan asal kejadian manusia iaitu beribadah kepada Allah s.w.t.

Sunday, 9 March 2014

Hari ini hari Isnin

Tajuk pun dah tau. Maknanya saya tiada idea nak menulis. Mungkin kerana otak telah semakin tepu dengan pelbagai berita yang saban hari kadang kala tak masuk akal. Tempias musibah MH370 memang terasa. Malam - malam termimpi - mimpi dek kerana berharap sangat ia dapat ditemui. Kalau boleh dalam keadaan yang selamat. Kalau pun tidak dalam keadaan yang kita gemari, sekurang - kurangnya, adalah batang tubuhnya. Bolehlah dijadikan bukti akal. Namun siapa kita untuk menidakkan kuasa Tuhan. Biar secanggih mana dan sehebat mana pun hasil ciptaan manusia, pastinya ada kuasa yang lebih agung. Hanya padanyalah yang mampu kita buat sebagai seorang Islam. Tawakal dan berserah padanya kerana Dia jugalah sebaik - baik penolong. Usaha dan ikhtiar perlu juga dilakukan seiring dengan keputusan yang kita harapkan.

Kenali 6 jenis 'asian pasta' yang paling utama

Post sebelum ini , saya berkongsi dengan pembaca resepi penghasilan laksa beras. Laksa beras yang dihasilkan dengan baik memerlukan air panas mendidih. Jika suhu air kurang panas, tepung beras yang dicampurkan dengan air akan menjadi seperti bancuhan bater pisang goreng. Laksa merupakan menu asia dan merupakan sebahagian asian pasta yang paling utama. Hinggakan menurut sejarah, mi atau asian pasta telah wujud sejak beribu tahun dahulu. Marco Polo pengembara Eropah yang tiba di China mengaplikasikan penghasilan mi tersebut dengan pasta yang menjadi nadi di Itali. Jadi, kita seharusnya berbangga dengan koleksi budaya kita yang pelbagai dan unik. Jom kenali 6 jenis 'asian pasta' yang paling utama.

Saturday, 8 March 2014

Penghasilan laksa beras

Selalunya, kita beli laksa. Kali ini saya nak ajar teknik menghasilkan laksa beras langkah demi langkah. Kalau nak lebih terperinci, jangan malu untuk masuk kursus Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam penghasilan laksa. Tenaga pengajar kami akan ajar secara terperinci dengan kursus secara "hands on". Dah buat, dapat bawa pulang hasilnya dengan bayaran kursus serendah RM10.00 dan ke atas.

Takziah untuk MH370

Sesungguhnya berita yang diterima pagi tadi, mendebarkan sehingga saat ini. Takziah untuk Malaysia. Kita berharap yang terbaik untuk pesawat MH370 ini. Doakan yang terbaik untuk penumpang - penumpang MH370 ini. Sekian.

Salam takziah

Tuesday, 4 March 2014

Makanan yang baik dan buruk untuk kulit

Kita sering dimomokkan sedari kecil, masalah kulit adalah disebabkan hormon dan sebagainya. Malah, kita sering diingatkan bahawa kulit wajah merupakan aset penting hinggakan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan dihasilkan tumbuh bagai cendawan. Hinggakan pening nak pilih yang mana betul - betul bagus dan sesuai. Remajalah yang sering menjadi mangsa keadaan dalam menghadapi persaingan kulit wajah cantik dengan rakan - rakan sebaya. sungguh pun begitu, wanita dewasa juga turut mengalami masalah kulit seperti kekeringan dan ekzema. Nah, ini menunjukkan bukan sahaja hormon menjadi punca, pasti juga ia berkaitan dengan amalan pemakanan kita sehari - hari. Di sini saya cuba kongsikan makanan yang baik dan buruk untuk kulit yang saya petik dari artikel majalah Prevention.

Monday, 3 March 2014

Bila blog mula bersawang

Ampun ye kawan - kawan, saya sedang asyik dengan kerja yang tak mampu ditolak. Namun dalam tempoh blog bersawang ini, saya bukan duduk saja. Saya tenggelam dalam dunia buku yang sangat asyik. Maklumlah baru pergi memborong buku di pesta buku. Selain itu , saya juga jumpa satu magazine yang sangat bagus untuk makanan dan kesihatan iaitu, Prevention. Ada linknya dalam online
iaitu www.prevention.com.

Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan. Ada permintaan untuk resepi berpantang menu barat. Maklumlah nak variasi makanan kan. Nantikan dalam sharing seterusnya. Terima kasih kerana bersabar.

salam sayang untuk pembaca blog Panduan Makanan Sihat dan Selamat.