Saya nak tulis, sekadar rujukan untuk masa depan.Beringat sebelum kena.Saya lampirkan borang masuk ke hospital. Saya pilih cash sbb Imani x de insurance lagi. Masa ni,mama memang gamble. Yang penting anak sihat.
Panduan Makanan Sihat dan Selamat
Panduan Makanan Sihat dan Selamat merupakan sebuah blog perkongsian ilmu tentang makanan dan sains dalam kehidupan oleh seorang pensyarah pemprosesan makanan, ibu, isteri dan pengedar bebas Shaklee.
Sunday, 29 April 2018
Tuesday, 27 March 2018
Kursus Latihan Pengendali Makanan Daerah Kerian di Kolej Komuniti Bagan Serai
Thursday, 1 February 2018
Penghasilan minuman beralkohol
Saya menulis ini menjawab dalam bahasa 'layman' bukan bahasa sains dan teknologi makanan. Memang 'kepakaran' saya selama 13 tahun ini ialah pemprosesan makanan/sains makanan/ teknologi makanan. Sefaham saya, undang - undang di Malaysia, sebarang makanan tambahan / suplemen kebanyakannya akan jatuh di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Kalau pelajar saya, mereka akan ambik bawah subjek Perundangan Makanan.
Thursday, 26 October 2017
Jom buang sawang
Salam rindu!
Lama dah saya tak menulis dalam blog ni. Tiap kali nak menulis, asyik padam aje. Kali terakhir menulis, saya rasa ketika itu masih mengandung. Sekarang ini , baby pun dah masuk 5 bulan. Lamanya. Sebenarnya banyak perkara berlaku sepanjang saya membiarkan laman blog ini bersawang.
Bermula dengan saya cuti bersalin di awal bulan Jun. Kesibukan menerima ahli baru bersambung dengan kedatangan Ramadhan. Seterusnya , kami mula memasuki bangunan Kolej Komuniti Bagan Serai pada 2 Ogos 2017. Sibuk sekali dengan perpindahan barang dari tempat kerja sementara di Kolej Komuniti Taiping. Sambung pula dengan menguruskan keperluan kolej di tempat baru. Baru sedar langit tinggi rendah bila duduk di bangunan baru. Saya kira, hampir 3 kali saya berpindah sepanjang tempoh saya berada di Kolej Komuniti Bagan Serai bermula pertengahan Julai tahun lepas hingga sekarang. Pindah rumah sahaja 2 kali. Pindah pejabat 1 kali. Ini pun masih ada barang - barang saya berbaki di dalam kotak. Masih perlahan - lahan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Anak baru, pejabat baru, rumah baru. Hijrah itu bagus sebenarnya. Percayalah aturan Tuhan itu sangat cantik.
Nantikan maklumat dan info baru daripada blog ini. Salam saying buat semua.
# shuhhh..shuhhh..nak cuci sawang ni.
Monday, 8 May 2017
Mencari pembekal bahan mentah makanan kering dan basah
Kolej Komuniti Bagan Serai sedang mencari pembekal bahan mentah makanan kering dan basah (kod bidang : 040101 dan 040102) yang berstatus ep enabled dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Sila hantarkan profail syarikat kepada email saya zunairahagi@gmail.com.
Kalau ada kawan-kawan yang berminat dan terlibat boleh war-warkan ya. Keutamaan syarikat yang beralamat di Perak utara dan Seberang Perai selatan
Dokumen yang diperlukan :-
a) Profail syarikat
b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
c) Senarai kod bidang yang terlibat
d) Dokumen SSM (maklumat perniagaan dan jenis Perniagaan)
e) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (optional/pilihan)
f) Sijil Kewangan
f) Sijil Kewangan
Sekian, terima kasih
Thursday, 20 April 2017
Siapa kata Melayu malas jika..
SIAPA KATA ORANG MELAYU MALAS JIKA ...
1) Masakan Melayu mempunyai aneka rempah.Perlu ditumbuk,dititik,dihiris,dimayang halus,dididih, direneh. Cuba tuan puan lihat kaedah pembuatan dodol, lemang, rendang tok hinggakan kepada masakan harian seperti kari dan sebagainya.
Sunday, 2 April 2017
"Landmark study" bukti suplemen Shaklee selamat dan berkesan
Apabila bercakap tentang nutrisi, suplemen, pemakanan, orang yang selayaknya bercakap ialah seseorang yang ahli tentang pemakanan. Apabila bercakap tentang pengambilan dos ubat yang sesuai dan patut, orang yang selayaknya bercakap tentangnya ialah para ahli farmasi atau ahli ubat. Apabila bercakap tentang penyakit dan kaedah merawatnya, orang yang bercakap sebaik - baiknya ialah para perawat dan doktor.
Tuesday, 28 March 2017
Program di PKG Kuala Kurau
Hari ini saya dan Nafisa berada di Pusat Kegiatan Guru. Ini adalah pengalaman pertama kali kami ke Kuala Kurau. Jauh juga ya dari simpang utama pekan Bagan Serai.
Subscribe to:
Posts (Atom)