Sunday, 22 December 2013

Minyak ikan sebagai penawar penyakit

"Minyak ikan bagus untuk kesihatan."
"Erm, tapi minyak ikan hanyirlah."

Perbualan di atas merupakan antara respon yang sering diterima apabila diceritakan kebaikan minyak ikan. Saya menggunakan minyak ikan Shaklee setiap hari untuk kegunaan satu keluarga kerana saya merasakan apa yang kita makan setiap hari, pasti memberi kesan terhadap kesihatan kita satu masa nanti.

Sebagai ahli sains makanan yang beragama Islam, saya percaya ikan adalah salah satu sumber makanan yang disyorkan dalam perubatan Islam seperti mana yang telah disebutkan dalam Al Quran.

Antaranya di dalam surah An Nahl ayat 14 seperti maksud yang berikut :

" Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut (ikan) hidup - hidup (segar)..."

Begitu juga di dalam Surah Fatir ayat 12 dan Surah Al Maidah ayat 96.

" Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang - orang yang di dalam pelayaran;...."
(surah al Maidah ayat 96)

Ikan sangat berguna untuk penyakit seperti hydrocephalus, tuberculosis, ulcers , masalah buah pinggang, sakit belakang, sendi dan saraf. Ia juga menguatkan libido. Ikan dikenali sebagai makanan utama orang Inuit (Eskimos) yang memberikan mereka sumber protein yang lebih baik berbanding daging. Protein ikan bernilai tinggi dan senang dihadamkan oleh tubuh sehinggakan semua zatnya diserap hampir sepenuhnya oleh tubuh manusia dan meninggalkan hanya sedikit sahaja bahan buangan.

Minyak Ikan

Lemak atau minyak yang didapati daripada ikan telah dikenalpasti oleh saintis sebagai makanan yang kaya dengan lemak tak tepu yang sangat berguna dan selamat untuk tubuh manusia. Ia mempunyai kebolehan untuk mengurangkan paras lemak di dalam darah yang membantu menghalang penyakit atherosclerosis dan penyakit jantung koronari. Jumlah iodin yang ditemui di dalam minyak ikan membantu jus pankreas memainkan peranan di dalam proses menghadamkannya.

Jenis ikan putih atau white fish seperti ikan cod mengandungi 1% lemak daripada beratnya. Manakala ikan berlemak seperti salmon, trout, sardin dan tuna ( di Malaysia, jenisnya popular di  Pantai Timur dikenali dengan nama tongkol @ aya ) mempunyai kandungan lemak di antara 5 hingga 25% daripada berat ikan tersebut. Hinggakan ikan yang ditinkan seperti sardin dan tuna diakui lebih bagus berbanding daging yang ditinkan.

Isi ikan yang kaya dengan lemak sangat berkhasiat dengan vitamin yang larut lemak seperti vitamin A dan D. Di dalam jenis ikan isi putih, vitamin tersebut wujud di dalam  hati ikan, bukannya isinya. Fakta turut menunjukkan , ikan yang kaya dengan vitamin ini sangat bagus sebagai penawar untuk kanak - kanak yang kurang aktif dalam pembelajaran dan proses tumbesaran mereka.

Kajian juga menunjukkan ikan sangat kaya dengan iodin. Iodin sangat penting fungsinya dalam kelenjar tiroid di dalam penghasilan hormon thyroxin. Mereka yang kurang iodin, menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid dan untuk menyembuhkannya, para pesakit diberi makan ikan. Kandungan iodin di dalamnya menyembuhkan pesakit sepenuhnya. 

Selain itu, minyak ikan mengandungi fosfat dan asid lemak perlu yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Ia sangat bagus untuk kanak - kanak yang membesar dan mereka yang mengalami masalah nyanyuk atau kelupaan.

Minyak ikan sebagai penawar

Kajian oleh Dr Saynor (R. Saynor, F. Ryan, The Eskimo Diet, London 1990) terhadap 153 pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang sangat tinggi termasuk yang mempunyai masalah jantung diberi rawatan minyak ikan selama 2 bulan. Hasilnya, tahap trigliserida turun ke tahap normal dan kekal rendah selama mana pesakit tersebut mengamalkannya.

Selain itu, kajian juga menunjukkan, makan ikan berlemak atau mengambil minyak ikan setiap hari akan mengurangkan salur darah tersumbat di dalam tubuh kerana pengambilan minyak ikan mengurangkan kelikatan darah. Menurut Kromhont di dalam Journal of Medical Engineering pada tahun 1985 , mengesahkan diet makan ikan oleh masyarakat Jepun yang tinggal di kawasan luar bandar merupakan faktor utama, masalah penyakit jantung dan strok jarang berlaku di sana.

Ahli sains seperti Kremer turut membenarkan kebaikan minyak ikan di dalam mengurangkan masalah sakit sendi di kalangan pesakit arthritis. Ia adalah disebabkan oleh minyak ikan yang memberi kesan terhadap prostaglandins yang bertanggungjawab ke atas rasa sakit dan keradangan.

Kajian turut melihat perkembangan prositif dalam mengurangkan simptom penyakit psoriasis di kalangan pesakit setelah mengambil minyak ikan sebanyak 10 biji kapsul selama 2 bulan (British Journal of Dermatology, 1982).

Pengkaji Denmark pula mengakui minyak ikan bermanfaat di dalam merawat penyakit atopic dermatitis sejenis penyakit kulit. Pesakit yang diberi minyak ikan selama 2 hingga 3 bulan menunjukkan pengurangan keradangan dan simptom penyakit tersebut (British Journal of Dermatology, 1982,117).

Minyak ikan juga adalah penawar yang efektif untuk merawat pesakit migraines. Pengambilan sebanyak 2 hingga 4 kapsul minyak ikan setiap hari selama 6 minggu menunjukkan perubahan yang sangat ketara (Paediatric Journal, 1986).

Dr Goodright (Chest Journal, 1992) mengesahkan pengambilan minyak ikan secara sederhana  sebanyak 2 kali seminggu membantu mengurangkan kadar kematian ke atas mereka yang menghadapi masalah myocardial infarction (serangan jantung).

Malahan, minyak ikan juga diakui mengurangkan risiko pre-eclampsia (tekanan darah tinggi ketika mengandung) (British Journal of Obstetrics and Gynaecology, 1990,97).

Kesimpulannya, minyak ikan atau  lemak dari ikan mesti dimasukkan ke dalam diet harian kita seharian sama ada mengambil minyak ikan dalam bentuk kapsul atau makan ikan yang berlemak seperti sardin, tuna , salmon dan sejenis dengannya. Ikan air tawar juga diakui sangat kaya dengan lemak seperti huraian oleh Ibnu Al Qayyim dalam kitabnya. Dawood al Antaki turut menyebut, ikan yang terbaik ialah dari jenis carp putih yang dikenali sebagai Al Boori, kemudian carp perang dan yang ketiga ialah belut.

Fungsinya yang terlalu banyak untuk disenaraikan hinggakan sehingga kini, mekanisma yang terlibat dalam mengurangkan tekanan darah tinggi menggunakan minyak ikan, gagal dikenalpasti (Islamic Medicine, 2010).

Sesungguhnya ilmu Allah sangat luas dan tidak terbatas. Pasti ada yang tersirat dan penuh manfaat jika ia telah disebutkan dalam Al Quran. Para pengkaji Muslim perlu menjadikan Al Farabi, Ibnu Sina sebagai contoh dalam menggandingkan fakta sains dan fakta Al Quran sebagai satu jalan penyelesaian masalah ummah setiap hari. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.

Jika ada sebarang kemusykilan atau pendapat, sila komen atau hubungi saya. 

012-2248189 (sms @ whatsapp)
zunairahagi@gmail.com (email)
zunairah abdul ghani (FB)
superfood store sabak bernam (fanpages)
zunairahghani.blogspot.com & superfoodstoresb.blogspot.com (blog)

Rujukan : Islamic Medicine, 2010
               Al Asrar AlTibbiyah Al Hadithah Fil Samak wal Hoot, Hassan Shamsi Pasha
               Al Ijaz Al Tibbi Fil Quran, Dr. Al Sayyid Al Ajeeli
               Food and Nutrition, Dr A.Tull




3 comments: