Monday 6 January 2014

[Nurkhatijah & Norsyafiqah] info terkini setakat jam 4 petang

Alhamdulillah, saya telah berhubung dengan Ustazah Khadijah sebentar tadi.

Ustazah Khadijah pertama sekali ingin memohon maaf andai beliau tidak dapat menjawab panggilan,sms kerana beliau juga terpaksa menjalankan tugas sebagai seorang guru dari pukul 7 pagi hingga 5 petang.

Beliau mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sifat dermawan semua rakyat Malaysia samada dari pihak berwajib, NGO dan juga orang awam. Bantuan dan sumbangan yang disalurkan dirasakan telah mencukupi buat masa ini. Semua urusan wajib seperti kelengkapan sekolah dan kelengkapan peribadi pelajar telah dilaksanakan melibatkan pembayaran yuran sekolah, buku, bas sekolah dan sebagainya.

Beliau sekarang dalam proses menyegerakan pembukaan akaun khas untuk pelajar - pelajar yang akan diuruskan bersama dengan pihak sekolah. Dana yang diterima akan digunakan sebaik mungkin. Beliau melahirkan rasa syukur dan kagum dengan sifat dermawan rakyat Malaysia. Niatnya hanya untuk mencari sumbangan biasa - biasa telah menjadi luar biasa. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas budi baik anda semua.

Namun , jika ada yang masih ingin menyalurkan bantuan, saya akan update no akaun pelajar tersebut dalam blog dan fb saya.

Rupanya sesi muhasabah untuk diri saya ini mendapat perhatian awam. Perkongsian dari blog kecil ini bukanlah untuk mencari glamor jauh sekali mencari salah dan silap. Ia digarap agar kita mengenang dan bermuhasabah, andai kita susah, masih ada yang lebih susah.Kadang - kadang orang yang susah itu, hanya di sekeliling kita dan mereka tidak meminta pun untuk dibantu. Jadi kita sendiri yang perlu lebih proaktif.

Bersedekah tidak hanya dengan wang ringgit tetapi juga boleh dari segala segi, baik ilmu, tenaga hatta senyuman sekalipun terutama anak yatim pasti akan diberi ganjaran oleh Allah.

Saya percaya, blog saya hanya menjadi wasilah atau penghubung kepada para dermawan. Allah telah lorongkan hati saya untuk menulis, dan Allah juga lorongkan hati tuan puan pembaca budiman untuk membina ladang pahala.

Saya sangat yakin, Allah s.w.t. sang Pencipta akan menjaga kemaslahatan anak - anak yatim ini dengan pelbagai cara seperti yang dijanjikannya dalam Al Quran. Berbahagialah orang yang mencintai anak yatim dan memeliharanya kerana mereka akan menjadi benteng dari api neraka.

Jazakallahhukhairankathira.



14 comments:

  1. Alhamdulilaah ada warga yang prihatin. Diharap pihak pusat zakat juga memainkan peranan dlm mengkaji bagaimana bantuan dpt disalurkan secara berterusan.

    ReplyDelete
  2. masih boleh hulur bantuan ke? masih menggunakan akaun ustazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya updatekan no akaun adik - adik tu. Sebab sekarang ni dalam proses buka akaun. Bila dah selesai nanti, saya update ye. Terima kasih sebab prihatin.

      Delete
    2. akaun adik nur khatijah abdullah bank rakyat 220621244780, nur syafikah , bank rakyat 220141565286.

      Delete
    3. thanks...in sya Allah... akan bantu mana yang boleh.

      terima kasih di atas usaha....

      Delete
    4. Assalamualaikum. sy dn rakan2 ada mengumpulkan sejumlah wang untuk adik Nurkhatijah bagaimana sy nak salurkan bantuan pada adik Nurkhatijah.. minta jasa baik kalian sekiranya dapat memberi sy no akaun untuk adik Nurkhatijah minta send pada email sy silverianart@yahoo.com.my

      Delete
  3. Tq zunairah
    Mulia sungguh peribadi anda. Insyallah sama2 kita bantu anak2 ini.

    ReplyDelete
  4. anak anak yatim ini berjiran dgn mak saya..ustazah ini jiran sebelah rumah mak saya..sungguh dermawan semua menyalurkan bantuan kepada anak anak yatim yg tidak berkemampuan ini...seronok mendengar warga perihatin yang menyalurkan bantuan kepada anak kecil ini..ringan beban salah seorang ibu yang tidak berapa sihat ini dan atuk nenek yang uzur membesarkan cucu.Amin..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah, tahniah semua.

    ReplyDelete
  6. blh x klau saya nk address nya? nurkhatijah ank yg kt gmbar kn? nursyafika? pljar skolah yg sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus berhubung dengan pihak sekolah lebih mudah. Di Sekolah Agama Integrasi Arrahmaniyah Taman dagang, ampang. Keduanya dari sekolah yang sama.

      Delete
  7. Kak, dah ada x no akaun adik ni

    ReplyDelete