Sunday 30 March 2014

Cerita Bandung 1: Antara pisang salai dan brownies

Hari ini hari pertama bekerja setelah bercuti panjang bersama suami dan 2 adik perempuan selama 4 hari. Destinasi cuti saya ialah Bandung. Sebenarnya perancangan bercuti ini bermula tahun lepas lagi. Kaedah yang digunakan ialah backpackers. Tidak menggunakan ejen. Apabila secara backpackers, kita dapat cerita dan kisah masyarakat di sisi yang berbeza. Pada saya masyarakat Sunda khususnya di Bandung sangat rajin. Mungkin atas tuntutan hidup, namun mereka sangat positif dan sangat pantas mencipta peluang pekerjaan. Hinggakan, tukang payung ketika hujan pun ada, biarpun upahnya mungkin 500 IR (15 sen). Perkhidmatannya juga tip top, yakni bersungguh - sungguh biarpun kerjanya di anggap mudah. Budi bahasa pun bagus. Alhamdulillah, biarpun di jalanan, pasti ada yang membantu untuk memudahkan perjalanan kami.



Ketika di Bandung, saya sempat singgah di Amanda ( kedai bakeri yang disyorkan). Bakeri ini terkenal dengan brownies kukus berkeju. Serius sedap. Namun dalam kedai bakeri yang serba moden ini, masih juga ada makanan tradisi seperti pisang salai. Pisang salai berkeju. Nyum..nyum. Saya fikir , kita tidak perlu meletakkan nama kedai yang canggih dan seperti nama 'Mat Saleh' untuk terkenal dan nampak wibawa. Tidak juga rendah martabatnya, untuk menjual bukan sahaja brownies kukus berkeju di samping pisang salai. Namun pastikan, kedua - duanya sedap. Jadi jika ke Bandung, untuk mendapatkan makanan - makanan yang sedap ini, sila singgah di Amanda dan juga Kartika Sari. Di Kartika Sari lagi banyak pilihan brownies dan kek, namun perlu ke sana pagi - pagi supaya tidak kehabisan.
pisang salai dan brownies

Jika tanya saya, saya pasti akan ke sana lagi kerana banyak makanan yang saya belum teroka lagi. Lagipun, makanan Sunda pedas - pedas, kena dengan selera saya. Banyak lagi cerita nak saya kongsikan.Macam - macam cerita menarik sepanjang percutian singkat saya itu.

Jika ada sebarang komen dan teguran tentang artikel ini, sila emailkan ke zunairahagi@gmail.com.

 Bagi mendapatkan produk Shaklee pula, anda boleh berhubung terus dengan saya 

No h/p : 012-2248189012-2248189 (sms@call @ whatsapp @ telegram)
email : zunairahagi@yahoo.com
blog: zunairahghani.blogspot.com

No comments:

Post a Comment