Tuesday, 10 June 2014

9 VITAMIN & MINERAL UTK PENURUNAN BERAT BADAN

Selalu orang merungut, kenapa makan produk ni tak kurus - kurus pun. Tak turun - turun pun. Saya la tu. Mungkin, apa yang saya terangkan nanti dapat membantu proses penurunan berat badan anda. Saya pun kongsikan apa yang saya baca, saya faham dan seangkatan dengannya. Nak kata pakar tu tidaklah, tetapi vitamin dan mineral ini masuk dalam kelompok bidang sains makanan. Jadi, saya memang minatlah. Perlu diingat vitamin dan mineral ini diperlukan oleh tumbuh dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Namun, kehadirannya amat bermakna. Kalau tak ada atau tak cukup, tubuh kita boleh 'malfunction'. 



1.vitamin b complex

Kebanyakan kajian menunjukkan pengambilan vitamin B Complex membantu dalam proses penurunan berat badan. Gabungan kumpulan vitamin B ini membantu dari segi mengekalkan kadar metabolisme tubuh ketika proses mengurangkan makan dan sebagainya. Sumber yang baik dan tinggi kandungan B Complex ialah oat, bran gandum dan telur.

2.vitamin c

Kadangkala orang memandang remeh khidmat vitamin C ini. Namun fungsinya besar ketika menurunkan berat badan. Ia membantu proses menukarkan glukosa kepada tenaga dan menghalang glukosa tersimpan di dalam darah. Pesakit diabetes, sila ambil maklum! Sumber utama pastinya buah - buhan sitrus, jambu batu dan brokoli.

3.vitamin d

Apabila melibatkan proses penurunan berat badan, kekurangan vitamin D selalunya berlaku di kalangan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Terdapat kajian yang menunjukkan hipotalamus (bahagian kecil di dalam otak yang mengawal fungsi hormon) terkesan dengan kekurangan vitamin D dan bertindak meningkatkan paras berat badan ideal tubuh serta melepaskan hormon yang merangsang untuk makan. Pada tahap sel tubuh, vitamin D juga menghalang pertumbuhan sel lemak.

4.kalsium

Pakar mengatakan , pastikan anda mengambil 1000mg kalsium setiap hari ketika menurunkan berat badan untuk mendapat hasil yang mengagumkan.

5.kolina

Kolina sangat penting dalam penurunan berat badan. Ia membantu proses 'metabolize'  lemak iaitu dari segi menghadamkan lemak. Jika kandungan kolina di dalam tubuh kurang, lemak mungkin akan terkumpul di dalam hati. Kandungan kolina paling banyak dalam lesitin. Sumber yang tinggi kandungan kolina ialah kuning telur, germa gandum dan kacang tanah.

6.zink


Apabila kita kurang makan atau berdiet untuk menurunkan berat badan secara tiba - tiba, kita jarang ingat fungsi zink dalam proses menurunkan berat badan. Hinggakan apabila kalori yang diambil sekitar 1200 , ia menyebabkan masalah keguguran rambut, kulit kering, penghasilan kesan strechmark akibat proses berdiet. Oleh itu, zink amat perlu dalam proses menurunkan berat badan. Pengambilan multivitamin sebenarnya sudah mencukupi. Kajian yang dijalankan menunjukkan, kumpulan yang berdiet dan mengambil multivitamin menurunkan berat badan lebih 3 kg berbanding yang tidak mengambil apa - apa suplemen.

7.manganese


Manganese terlibat dalam proses metabolisma lemak dan protein tubuh. Ia berfungsi banyak dalam tubuh. Ia berfungsi untuk mengawal paras glukosa dalam darah, mengawal saraf, membantu meningkatkan tahap imun tubuh. Bagi orang yang prihatin dengan kenaikan berat badan, suplemen manganese ini diambil. Ini kerana ia membantu proses pengoksidaan lemak. Fungsinya membantu menghasilkan enzim yang akan mengoksidakan lemak. Ia banyak dalam nenas dan sayuran hijau.

8.magnesium


Magnesium membantu untuk mengurangkan 'muscle cramp' atau apa yang sering dipanggil kekejangan otot. Kadangkala apabila kita bersukan untuk menurunkan berat badan, kita kerap diganggu dengan masalah ini. Kormium juga mambantu proses pergerakan aliran darah, di mana ia membantu pergerakan otot tubuh.sumber utama ialah sayuran hijau dan hasilan tenusu.

9.kromium


Kromium berfungsi untuk menghadamkan atau memecahkan karbohidrat dan mengurangkan perasaan lapar ketika proses 'berdiet' atau mengawal pemakanan. Kromium juga sensitif dengan kandungan insulin. Jika kurang kromium, bermakna kuranglah insulin.

Teringat kata - kata seorang guru sains saya. Apa - apa pun balik kepada asas. Tubuh kita, Allah s.w.t jadikan dari tanah. Jadi sebaiknya, sumber berasal dari tanah juga yang patut kita isikan dalam tubuh kita. Misalnya buah - buahan dan sayur - sayuran. Kan dari tanah tu. Yang asli dan original kan lebih baik. Rasa tak mampu nak hadap 7 biji oren setiap hari untuk bekalan vitamin C, bolehlah ambil supplement. Contohnya macam Shaklee ke. :)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda tanya syor saya , saya mensyorkan anda mengambil Vitalea Shaklee iaitu multivitamin Shaklee yang mempunyai semua vitamin dan mineral yang disebutkan seperti di atas. Tambahkan dengan Vitamin C dan juga Lecithin Shaklee. Pada saya, jika tubuh kita lengkap dengan semua zat berkenaan, proses penurunan berat badan akan lebih mudah. Semua organ dan enzim berfungsi dengan baik. Cuma mampukah kita mengekalkan diet makanan sihat yang mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Saya bagi contoh vitamin C. Yang lain, bagaimana pula?

Untuk sebarang cadangan dan mendapatkan Vitamin - vitamin Shaklee , boleh hubungi saya di

FB : Zunairah Abdul Ghani
Fan pages : Zunairah Foods Store
Blog : http://zunairahghani.blogspot.com (Panduan Makanan Sihat dan Selamat)
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p: 012-2248189


Cara order macam INI. Nak order klik SINI.

No comments:

Post a Comment