Tuesday 1 July 2014

Jimat masa memasak dengan teknik kreatif

Pagi tadi ketika sahur, macam mak - mak yang lain, saya mengemas dapur setelah bersahur, memasak makanan anak untuk di bawa ke rumah pengasuh. Akhirnya habis juga rendang ayam lauk berbuka hari Isnin baru - baru ini. Mujurlah semakin lama, semakin sedap rendang ayam tersebut. Gigih k, buat rendang ayam balik berbuka, gara - gara kecur liur. Ni rendang ayam express dan short cut. Kebetulan, mak saya, mengirimkan serai dan daun kunyit dari kampung. Banyak betul serai, lebih dari 30 batang kut. Terima kasih mak.


Berbalik kepada kisah kuah rendang ayam yang berlebih itu, saya sayang nak buang. Jadi, saya simpan untuk menu seperti rendang kerang @ kuah roti jala. Jadi pindahkan ke dalam bekas. Towkey Tupperware mesti senyum tengok bekas yang saya guna. Saya simpan baki kuah dalam freezer atas.  Jom tengok gambar. 

Jangan kata, tak lalu makan makanan yang disimpan lama dalam freezer. U all tak makan iceream ke? :P. Carcass kalau duduk dalam freezer suhu lower dan 0, bertahan bertahun. Oh I love Food Science. Yang penting kreatif ketika memasak untuk menjimatkan masa di dapur terutama mak - mak yang bekerja.


Baki kuah rendang ayam

Masukkan dalam freezer. Belakang tu baki asam pedas sardin. Tengah fikir, nak buat apa. Mungkin inti karipap roti.:)

Bekas simpan rendang ayam dari sisi yang lain pulak. Kek aiskrim kat atas tu, tak habis - habis.Huuu. Bekas biru tu, semestinya aiskrim untuk upah anak behave time buka.Hahaha.

Pagi tadi , sempat buat bekal anak, karipap roti dengan inti kentang. Vegetarian recipe :Kentang, bawang, cendawan tiram dan rempah sup Adabi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom sertai Shaklee. Hanya dengan RM65.00 + RM10.00 (kos pos) anda boleh menjadi ahli. Jadi ahli untuk kegunaan sendiri pun boleh, nak terjun dalam bidang perniagaan pun boleh. Nak tahu macam mana prosedurnya CARA MENJADI AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Hubungi saya di SINI

No comments:

Post a Comment