Thursday 11 December 2014

Peluang Kerjaya Pelajar Kolej Komuniti Di Syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd.

Pagi - pagi menerima faks daripada syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang beralamat di No1-4, Jalan 37/10A, Taman Perindustrian IKS Mukim Batu, 68100 Kuala Lumpur yangingin membuka peluang kerjaya kepada lepasan sijil dari kolej komuniti untuk bekerja di syarikat yang popular dengan jenama Ramly ini sebagai Pembantu / Inspektor Kawalan Mutu.



Tawaran ini dibuka kepada lulusan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan daripada kolej komuniti yang menawarkan kursus berkenaan. Kolej komuniti yang telah menjalankan kursus ini ialah
a. Kolej Komuniti Sabak Bernam,
b.Kolej Komuniti Jelebu,
c. Kolej Komuniti Arau, Perlis,
d. Kolej Komuniti Jerantut dan
e. Kolej Komuniti Lahad Datu.

Memang molek sangatlah kerana pelajar - pelajar lulusan Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan memang mengambil subjek Kawalan Mutu Makanan, Pengenalan Sains Makanan, Pembungkusan dan Pelabelan Makanan dengan tambahan subjek seperti Halal Thoyyiba Pemprosesan Makanan dan Perundangan Makanan. Selain itu mereka mempelajari secara khusus bidang Pemprosesan Hasil Daging dan Ayam yang kebanyakannya merupakan produk hasilan sejuk beku.

Jadi kepada graduan SPK, anda dijemput untuk menghantar terus resume kepada dali@ramly.com.my untuk urusan penetapan tarikh temuduga dengan segera.

Banyak faedah yang ditawarkan oleh syarikat kepada kakitangannya antaranya ;-

a. Caruman KWSP dan PERKESO
b. Kenaikan gaji dan bonus tahunan bergantung prestasi syarikat dan kakitangan
c. Pakaian seragam disediakan / rawatan perubatan di klinik panel
d. Skim insuran berkelompok
e. Kupon makan bernilai RM4.00 sehari
f. Asrama disediakan bagi lelaki dan perempuan (yang dari luar kawasan)
g. Surau lelaki dan perempuan
h. Elaun kehadiran RM50 sebulan / Elaun pengangkutan RM20.00 sebulan
i. Elaun shif malam RM5.00 sehari / Elaun saradiri selepas sah jawatan RM25 sebulan
j. Elaun kerja lebih masa

Oleh itu, saya mencabar para graduan menyahut pengalaman dan tawaran yang disediakan ini. Seperti yang saya maklumkan selama ini, pelajar program ini sudah mempunyai peluang pekerjaan sedari mula memasuki program ini. Pilihan di tangan anda untuk menjadi peneraju industri makanan selamat dan bermanfaat di Malaysia.

Nota tangan: 

Ada bekas pelajar SPK, pendapatannya melebihi pendapatan saya sebagai pensyarah.

Permohonan memasuki program SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN ini dibuka sepanjang tahun.
Hubungi unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam di talian 03-32163235 atau kunjungi laman facebook kami di https://ms-my.facebook.com/kksbs

No comments:

Post a Comment