Tuesday 17 January 2017

Panduan penggunaan pelekat 'hook and loop' dalam susun atur

Baru - baru ni saya ke Daiso lagi. Macam biasa ada buah tangan untuk susun atur rumah dan organizer saya. Buah tangan yang dibeli ialah tape hook & loop atau kita selalu panggil Velcro padahal Velcro ialah jenama. Biasalahkan. Ubat gigi pun kita panggil Colgate walaupun jenama Zaiton!. Saya guna pelekat ini untuk lekatkan 'remote control' tv di rumah. Maklumlah asyik 'misplaced' saja. Tangan kecik pun ramai.



Saya lekatkan pada tv itu sendiri. Sebab dah bermacam kaedah saya gunakan sebelum ini, contohnya bekas untuk segala remote, itu pun masih hilang juga. Setakat ini, ia berkesan. Tangan si cilik pun tak sampai untuk mengambilnya apatah lagi mencabutnya. Bakinya saya gunakan untuk melekatkan 'sticker notes' pada fail organizer saya. Senang nak cari, nak cabut, nak tukar baru dan nak simpan pastinya.



Inilah pelekat hoop and loop saya

Saya gunting sedikit sahaja untuk dilekatkan pada notes dan fail.

Tengoklah tu, tangan tak bedong,jadi potongan senget benget.

Bila dilekatkan pada fail pun sengetlah tetapi ketahanannya terbukti sama kuat dengan klip cuma saya DIY kali ini.


Ini fail poket plastik yang saya lekatkan pada fail organizer. Macam - macam boleh dimasukkan ke dalamnya. Paling penting, bila nak guna, cabut sahaja fail tersebut, tak perlu keluarkan satu - satu.

Di bawah ini ialah sumber inspirasi saya dalam penggunaan 'hook and loop' ini dari jenama Velcro tetapi saya beli dari Daiso sahaja. Macam - macam gunanya. Kalau gam tak berkesan, kita boleh guna kaedah ini pula. Baki pelekat akan saya gunakan untuk perkara lain pula. Tunggulah ya kisahnya nanti.

 Jom tonton video di bawah.



_________________________________________________________

Bulan ini Shaklee buat promosi VIVIX The Vogue. Sesiapa nak vogue, boleh hubungi saya DI SINI. Kebaikan VIVIX Shaklee sangat banyak disebabkan kebaikan anggur muscadine terutamanya.





No comments:

Post a Comment