Wednesday 18 June 2014

Persediaan suri sebelum Ramadhan

Rasanya Ramadhan bakal menjelang dalam tempoh kurang dari 2minggu dari sekarang. Maka sekarang ini lagi, para ibu pasti berfikir dan merencana apa yang perlu dibuat sempena Ramadhan. Amalan ini saya cuba kongsikan terutama untuk ibu - ibu yang bekerja seperti saya.



1. Rancang menu berbuka dan bersahur untuk seminggu atau dua minggu. Sila tulis setiap menu tersebut. Tulis satu persatu. List down.

Buat senarai menu mingguan


2. Pada hujung minggu, sediakan bahan - bahan asas untuk memasak.

Saya selalunya akan kisar cili kering, bersama bawang merah dan bawang putih serta sedikit garam. Saya akan pack bahan - bahan pre cook ini di dalam bekas kecil dalam freezer. Setiap minggu saya akan turunkan satu bekas untuk kegunaan seminggu. Saya juga dah siap - siap kupas bawang putih dan bawang kecil untuk hirisan jika perlu. Semuanya, saya letakkan dalam 1 bakul yang disimpan di dalam peti ais bawah. Bila nak masak keluarkan sahaja. Dalam bakul tu, ada asam keping, precook chilli paste, belacan, dll bahan. Saya juga mempunyai bakul yang berisi botol sos cili, sos tomato dan segala jenis kicap. Dua bakul ini , sangat penting. Balik kerja terus tumis untuk berbuka.
Bakul berisi barang - barang pramasak saya seperti cili kisar, asam jawa, bebawang kisar dll.

3. Merujuk pada menu yang dirancang, saya akan minta suami belikan stok - stok bahan mentah seperti ayam, ikan, daging, udang dan lain- lain.Saya cuci, dan kelaskan siap - siap untuk setiap hidangan.

Contohnya, jika nak masak ayam panggang, saya akan setkan untuk 6 ketul ayam di dalam 1 bekas. semua tu , saya simpan dalam freezer. Pagi sebelum ke tempat kerja, saya akan keluarkan dahulu. Jika perlu kaedah perapan, saya akan keluarkan sehari sebelum bekas tersebut dan di letakkan di tingkat bawah peti ais. Malamnya, saya perap. Esok petang dah boleh masak menggunakan periuk ajaib sahaja.
Bekas aiskrim diguna semula untuk menyimpan bahan - bahan memasak

Ayam yang telah siap diperap dan sedia untuk dimasak. Menu Roast Chicken.
Bekas tupperware khas untuk menu kuantiti banyak

Sayur bayam yang dah siap dipotong. Tinggal cuci dan masak sahaja. Kenapa tak cuci awal - awal? Saya cuci kemudian untuk mengurangkan kandungan air yang boleh merosakkan sayuran berdaun yang disimpan. Nampak kecut? Tak apa, saya ada Basic H Shaklee.:)

4. Pastikan stok air masak sentiasa cukup dan penuh.

Buat awal- awal misalnya pada waktu malam setiap hari. Refill everyday. Jadi mudah, sekiranya nak membancuh minuman kegemaran keluarga.

5. Jika keluarga sukakan air manis, pastikan stok sirap gula telah dibuat seawal sebelum minggu berpuasa.

 Jadi, jika lewat sangat balik pun, masih sempat untuk memasak. Suami boleh bantu membancuh air.

6. Makanan yang telah dimasak dan dihidangkan, jangan dibazirkan. Boleh diguna semula untuk menu sahur atau menu lain.

Misalnya, isi ayam goreng, boleh dicarik - carik dan dicampurkan dengan telur untuk menu omellete.Ibu, sila kreatif. Jika ada lebihan kuah, jangan simpan di dalam peti ais bawah, simpan terus dalam peti sejuk beku. Mudah nanti, bila pulang dan tak sempat memasak, makanan itu boleh dipanaskan semula.
Lebihan makanan yang saya simpan di para bawah peti sejuk beku. Ada dua bakul oren. Satu bekas berisi beg ais untuk susu anak. Bekas kedua ialah bakul makanan sejuk beku seperti daging cincang dll.
Bakul penyelamat sahur saya. Sebenarnya ia adalah bakul berisi jem, mentega kacang, sekaya untuk dimakan bersama roti. Apabila nak sediakan sarapan, saya akan keluarkan bakul ini sekaligus. Jimatkan masa pagi saya. Cuma untuk puasa, saya perlu tambah sedikit bekas kurma. Mana tahu kalau terlambat bangun sahur, ada bakul penyelamat ini.

Jadi, tugasan untuk minggu ini, sila buat pati gula, tulis menu, rancang pembelian. Kalau anak suka ayam berempah, boleh perap ayam pada awal minggu dan simpan ikut porsi setiap kali makan. Simpan di freezer ye.

Harap ia membantu.

Untuk sebarang cadangan dan mendapatkan Vitamin - vitamin Shaklee , boleh hubungi saya di

FB : Zunairah Abdul Ghani
Fan pages : Zunairah Foods Store
Blog : http://zunairahghani.blogspot.com (Panduan Makanan Sihat dan Selamat)
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p: 012-2248189


Cara order macam INI. Nak order klik SINI.

2 comments:

  1. salam Zunairah..
    terima kasih kerana memberi tips yang bermanfaat. Bagus nihh ..suka sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      Tak pe sharing pengalaman. Dulu masa awal - awal tak terfikir pun nak buat macam ni, even though belajar ttg food. Tapi bila dah beranak kecik, mmg kena cari strategi baru untuk masuk dapur. Ini pun saya belajar dari seniors dan pembacaan. Saya just kongsi je.

      Delete