Tuesday 12 August 2014

Cara kawal ekzema dengan vitamin

Ekzema.Auww..Saya memang pening kepala bila gejala ekzema datang. Ekzema adalah satu alergi yang berkaitan dengan kulit. Bahasa mudahnya ialah kulit sensitif. Ekzema dengan saya umpama irama dan lagu. Hinggakan menggaru menjadi satu tabiat yang saya tak boleh kawal. Minda bawah sedar saya, akan menyebabkan saya menggaru hingga puas. Makin garu makin sedap. Mak saya suka gelar gelaran menggaru tu dengan istilah bergitar. Keadaan semakin teruk apabila saya mengandung. Kulit saya sangat teruk hingga ditegur bidan dan jururawat setelah selesai bersalin. Apabila mengandung, ubat ekzema atau ubat untuk mengawal ekzema adalah termasuk dalam pantang larang ubat yang tidak boleh diambil.



Ekzema selalunya dikaitkan dengan keturunan.Jika ada ahli keluarga yang mempunyai asthma, potensi mempunyai ahli keluarga yang mempunyai ekzema adalah tinggi. Sejak remaja, saya adalah seorang yang aktif. Saya kuat berpeluh hinggakan jika bersukan, atau melakukan aktiviti berat yang menyebabkan perpeluhan, saya perlu segera mandi kerana badan akan menjadi miang. Masalah ekzema ini semakin teruk apabila saya mula bekerja. Ruang pejabat berhawa dingin, menginap di hotel berhawa dingin ketika berkursus atau bermesyuarat di luar daerah adalah satu masalah besar pada kulit saya. Kulit akan menjadi sangat kering dan menyebabkan rasa gatal menjadi - jadi. Apabila saya sapu krim untuk mengurangkan masalah kulit kering, keadaan akan menjadi lebih teruk. Krim yang berminyak dan melekit akan menyebabkan saya berpeluh tak semena - mena. Masa tu, miangnya hingga menyebabkan saya terpaksa mandi walaupun di pejabat.

Mula - mula, apabila saya ditawarkan vitamin untuk cantik, saya agak skeptikal dan sinis dengan niat nak cantik tu. Biarpun latar belakang saya dalam bidang sains makanan. Terukkan. Ikutkan saya dah tahu pun, vitamin C dan vitamin E bagus untuk kulit. Bila difikirkan, bodoh sombong betul saya ni. Mujur tak lama.

Vitamin C Sustain Release

Alkisahnya, saya berjinak - jinak dengan Shaklee. Saya sejak dulu memang mengamalkan vitamin C. Ambil vitamin C sebab tak nak demam dan selsema. Rupanya, vitamin C ini banyak sangat jasanya pada kulit. Antaranya, vitamin C merangsang sel tubuh menghasilkan kolagen yang baik untuk kesihatan kulit.Hebat tak hebat vitamin C Shaklee, ia dari sumber semulajadi, bersamaan dengan 7 1/2 biji oren. Vitamin Cnya dilepaskan secara perlahan - lahan dan berperingkat, jadi tak adalah membazir.Saya mengaku, saya tak mampu makan 7 biji buah oren setiap hari. Sapa mampu, saya tabik.

Vitamin E Complex

Vitamin E ialah vitamin untuk kulit. Saya makan celup - celup. Cuma yang saya perasan, bila makan vitamin E secara konsisten dalam 3-4 hari, kulit saya lebih moist macam chocolate cake.Hihi. Terasa kulit bagai pauh dilayang, lembab dan licin dan tak kesat. Apabila macam tu, saya tak adalah mengalami masalah gatal dan miang tu. Hinggakan, saya perasan, hari tu, saya belum 'bergitar'.

Vivix

Ini suplemen Shaklee yang paling saya suka. Pertamanya, minum sesudu teh je sehari. Kedua, rasanya sedap.Masam - masam kelat manis. Complete set.Kalau berhenti dua tiga hari tak minum vivix, saya menggelisah. Rindu macam ketagih tu. Hahaha. Terukkan. Kesan makan Vivix nilah yang paling saya suka. Kulit jadi lembab, cekang, berseri. Perasan awet muda. Kesan Vivix boleh nampak dalam seminggu pengambilan. Panda eyes pun boleh hilang. Bintil kolesterol bawah mata pun lesap.Luka kesan garu, pulih dengan cepat. Kesan sunburn pun semakin hilang. Paling best, bila gosok dan sapu area kulit bermasalah tu, saya rasa kulit saya semakin licin dan sembuh. Rasa macam nak nangis.Akhirnya. Puas sudah sebelum ini saya makan ubat dan sapu krim kulit. Pantang orang cakapm bagus untuk kulit. Tapi saya tak pernah terfikir, makan suplemen, masalah ekzema saya boleh dikawal. Saya tak cakap hilang terus, tetapi ia boleh dikawal. Kena ingat, ekzema takkan hilang.

GLA Complex

Asal ceritanya, saya makan GLA(Gamma Linolenic Acid) Complex ini untuk kurangkan senggugut, betulkan tempoh kitaran haid selepas bersalin dan menjarakkan kehamilan secara semulajadi. GLA Complex ini juga sangat bagus untuk menstabilkan hormon tubuh kita. Rupanya set GLA Complex ini turut mempunyai vitamin E. Apalagi, kesannya sangat jelas. Kulit lebih berseri. Bonus sangat banyak.

Pencuci muka Enfuselle

Apabila badan saya gatal - gatal, saya akan mandi dengan pencuci muka ini. Mujurlah guna sikit je pun dah cukup. Memang sesuai dengan kulit saya. Jangan tiru pula. Ini je solusi saya untuk mengurangkan gatal - gatal akibat ekzema. Kulit saya memang tak tahan dengan sabun wangi. Jadi saya agak memilih sabun. Kena cili kering pun, kulit tangan akan pijar dan gatal. Inilah penangan kulit sensitif.

Jadi semua yang di atas merupakan cara saya mengawal ekzema dengan vitamin dan suplemen Shaklee. Anda pula bagaimana?Boleh kongsi dengan saya juga.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom sertai Shaklee. Hanya dengan RM65.00 + RM10.00 (kos pos) anda boleh menjadi ahli. Jadi ahli untuk kegunaan sendiri pun boleh, nak terjun dalam bidang perniagaan pun boleh. Nak tahu macam mana prosedurnya CARA MENJADI AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Hubungi saya di SINI

No comments:

Post a Comment