Monday 29 December 2014

Peluang Kerjaya di Haco Asia Pacific Sdn Bhd untuk pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan

Sebenarnya dah terima permintaan ini agak lama, namun disebabkan kesibukan, saya tak sempat nak sampaikan. Jadi ini tawaran peluang kerjaya untuk bekas pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.

Haco Asia Pacific Sdn Bhd merupakan salah satu komponen syarikat di bawah Haco Holding AG di Switzerland. Syarikat ini menghasilkan produk high quality spray dried instant coffee dan culinary dry mixes untuk pasaran Asia dan Timur Tengah. Mereka mencari calon staf yang bermotivasi tinggi untuk memenuhi jawatan kosong di Shah Alam.



Boleh rujuk kriteria di bawah ini untuk jawatan pembantu QA dan QC

Jawatan kosong untuk pembantu QAQC ialah 2 kekosongan.
Jawatan kosong untuk kerani QAQC ialah 1 kekosongan.(Mesti pandai menggunakan aplikasi komputer)


Faedah yang diperolehi jika bekerja dengan Haco Asia Pacific Sdn. Bhd. ini boleh rujuk di bawah ini.

Jika berminat, anda boleh menghantarkan resume kepada labtech@haco.com.my atau hubungi terus talian berikut  03-57406892 ext 204 (Pn. Roziana).

nota tangan : 

Pn. Roziana (senior QAQC Assistant Haco Asia Pacific Sdn. Bhd.) ialah bekas pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Kolej Komuniti Sabak Bernam. (nak bangga juga dengan pencapaian bekas pelajar ni.)




1 comment: