Nak pilih tajuk pun susah. Kali ini saya bercerita tentang topik berkaitan susu. Susu ni memang sangat sinonim dengan saya. Sejak kecil, saya mengalami alahan susu. seteruk mana alahan susu itu, teruknya hingga ke tahap cirit birit dan muntah. Pendek kata, kalau nak cuti sakit, minumlah susu. Ini bukan bermakna susu tu tak baik, cuma saya tidak sesuai dengan gula susu iaitu laktosa. Nama popularnya ialah
Lactose intolerance.
Walau bagaimanapun, saya masih menikmati produk tenusu yang sesuai dengan perut second hand saya iaitu minum susu kultur. Susu kultur mempunyai bakteria baik yang membantu menghadamkan laktosa susu seperti
lactobacillus acidophilus, lactobacillus casei. Ada banyak bakteria baik ni. Itu sebahagiannya. kalau beli 'Yakult', beli Vitagen, boleh la baca nama bakteria baik ni pada labelnya.
Persoalannya, kita baca ke? Adakah kita pengguna yang prihatin ?