Tuesday 26 April 2016

Menjejak bekas pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam

Bersempena memasuki tahun ke 16 tertubuhnya Kolej Komuniti Sabak Bernam, pihak jawatankuasa alumni Kolej Komuniti Sabak Bernam ingin menjejak kembali bekas pelajarnya. Kami mahu melihat sejauh mana keberkesanan program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Jadi mohon kepada semua bekas pelajar untuk mengisi maklumat dalam borang yang disediakan. 

Sila Klik link ini ----> BORANG MAKLUMAT ALUMNI 

Terima kasih atas kerjasama semua

Tips mencari nama syarikat


·         Ini hasil mentelaah dan perkongsian dengan pelajar saya. Khas untuk yang sedang mencari nama syarikat. Harap - harap tips di bawah ini membantu anda.

Monday 11 April 2016

Tips memasak bubur nasi bayi dengan menggunakan periuk nasi elektrik

Hari ini saya nak kongsi tips memasak bubur nasi untuk ibu yang bekerja. Sejak usia anak saya mula menjangkau usia 9 bulan, setiap hari adalah wajib untuk saya membekalkan bubur nasi air tangan mamanya. Supaya dia terindu rindu ibunya sampai ke tua. hihi. Oleh kerana saya mempunyai anak yang bersekolah, tidak bersekolah dan masih bayi, adalah mustahil untuk saya masak di awal pagi tanpa persediaan awal. Jadi, apa yang saya buat, saya masak bubur nasi kosong (plain) awal minggu. Jadikan stok untuk 7 hari. Sudah tentu saya gunakan ilmu sains makanan yang saya pelajari bertahun2.Yang pasti ada air tangan ibu, selamat, berkhasiat dan ada unsur kasih sayang di situ.