Monday 11 April 2016

Tips memasak bubur nasi bayi dengan menggunakan periuk nasi elektrik

Hari ini saya nak kongsi tips memasak bubur nasi untuk ibu yang bekerja. Sejak usia anak saya mula menjangkau usia 9 bulan, setiap hari adalah wajib untuk saya membekalkan bubur nasi air tangan mamanya. Supaya dia terindu rindu ibunya sampai ke tua. hihi. Oleh kerana saya mempunyai anak yang bersekolah, tidak bersekolah dan masih bayi, adalah mustahil untuk saya masak di awal pagi tanpa persediaan awal. Jadi, apa yang saya buat, saya masak bubur nasi kosong (plain) awal minggu. Jadikan stok untuk 7 hari. Sudah tentu saya gunakan ilmu sains makanan yang saya pelajari bertahun2.Yang pasti ada air tangan ibu, selamat, berkhasiat dan ada unsur kasih sayang di situ.


Tips dan teknik yang saya gunakan adalah seperti berikut :-

* Gunakan periuk nasi elektrik yang ada di rumah sahaja. Selalunya beras yang digunakan dalam lingkungan setengah cawan, air 3/4 periuk nasi. Saya tak sukat sangat. Yang penting, air lebih banyak dari biasa. Beras dicuci dan tambahkan air hingga 3/4 periuk nasi. Tekan button cooked.

* Jangan lupa buka tutup periuk. Ini yang paling penting. Jadi air rebusan nasi tidak meruap keluar periuk. Biarkan sehingga, air semakin kering. 

* Kacau sedikit dan pecahkan butiran nasi menggunakan senduk. Pada ketika ini, tekstur nasi agak lembut. Kacau dan tambah air separas dengan nasi. Kacau dan nasi itu nanti akan hancur dengan mudah tanpa perlu dikisar. Kalau ikut teori sainsnya,  stuktur nasi menjadi lembut dan ketika kita mengacau dengan kasar, dinding sel beras terputus dan mengeluarkan kanjinya. 

*Kanji sangat suka air. Jadi, jika anda menghasilkan bubur, air merupakan penentu jumlah bubur nasi yang terhasil. Lagi banyak air, lagi banyak bubur nasi. ini disebabkan oleh kanji beras mampu mengembang dan ruang yang besar itu boleh menampung kandungan air yang ada.

* Jika anda telah berpuas hati dengan kanji tersebut, pekkan ke dalam bekas yang kecil2.

*Simpan 3 bekas kecil tersebut di dalam bahagian peti sejuk dingin untuk kegunaan 3 hari pertama. Selebihnya masukkan ke bahagian beku. 

*Berkhasiat ke kalau sejukbeku bubur tu? Jawapan saya, sejukbeku merupakan teknik simpanan makanan yang paling lama digunakan. Lihat saja kawasan artik. Ia akan mengekalkan zat makanan dengan proses sejuk beku

*setiap petang selepas pulang dari tempat kerja, saya akan turunkan satu bekas bubur nasi yang beku ke bahagian dingin peti sejuk (bahagian bawah)

*Disebabkan saya sedikit cerewet, setiap pagi saya akan memanaskan bubur dan mencampurkannya dengan bahan masakan yang baru seperti puri brokoli, serbuk   bilis, udang cincang, puri keledek dan macam-macam lagi.

* Sebelum memanaskan semula bubur sejukbeku, saya akan menambah sedikit air supaya bubur tidak kering. 

selamat mencuba. 



#sayadropshipperbookcafe
#sayasukabacabuku
#jombacabukubanyak-banyak
whatsapp :012-2248189 (zunairah)
email:zunairahagi@gmail.com

20 comments: