Tuesday, 17 June 2014

Resepi Kuah Kari Nasi Kukus Ayam Berempah

Hari ini, saya memasak secara terjun untuk program memasak nasi kukus ayam berempah. Tiba - tiba, semuanya seolah tiada idea untuk memasak kari untuk set nasi kukus ayam berempah. Menu ayam berempah, chef noraihan yang jadi ketuanya, sambal oleh chef noraznin. Nak tak nak, sayalah yang kena buat kuah kari tu. Huuu..Lama dah tak buat kari. Syaratnya, kari tu tak mau cepat basi. Jadi saya memilih resepi kari mamak yang diajarkan oleh ibu saudara secara mulut saja. Saya pernah cuba resepi tu sekali sahaja. Dalam hati, hanya berdoa, kari itu menjadi dan memenuhi piawai nasi kukus ayam berempah itu.

Saya sempat snap gambar resepi campak - campak ini.Buat pengetahuan semua, kari ini, tidak menggunakan santan.

Bahan - bahan :

Bawang besar    2 biji
Tomato              5 biji
Kunyit hidup      1 cm
Potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna, bahagian tulang ayam-ribs)
Cili kisar             2 sudu besar
Rempah kari       1 peket
Stok ayam / daging 1 Liter- 2 Liter. (Ikut banyak mana tahap cair yang kita kehendaki)
Daun kari     2 tangkai
Kulit kayu manis 1 batang
Bunga lawang  1 kuntum
Minyak untuk menumis  (rujuk gambar)
Garam dan gula secukupnya
Asam keping     1 keping

Kaedah 

Kisar bawang besar , kunyit hidup dan tomato menggunakan pengisar makanan.
Bawang besar , kunyit hidup dan tomato
Kemudian, campurkan sebahagian hasil kisaran dengan rempah kari.
Campuran rempah kari, bawang besar,kunyit dan tomato kisar

Tuang minyak ke dalam periuk panas.

Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari.
Tumis campuran rempah kari , masak hingga garing.
Masukkan cili kisar.
Pastikan garing tau.
Masukkan pula, lebihan kisaran bawang dan tomato.
Masak hingga garing.
Masukkan stok daging (Kami pakai lebihan air rebusan daging )
Didihkan.
Masukkan ayam, garam, gula dan asam keping.
Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. Perasakan secukupnya.

Dah siap.

Walaupun sedikit tawar kerana tukang masaknya berpuasa, tapi dah capai piawai kuah kari nasi kukus ayam berempah tu. Jadilah. Ada juga kuah. Hiiii.

Petua yang diajarkan pada saya, kalau kari tak mahu letak santan, cukuplah blend  bawang besar dan tomato sahaja. So boleh cuba ye.

Nota tangan: Sejak dua menjak ni, tak ada idea nak menulis. Gajet buat hal.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk sebarang cadangan dan mendapatkan Vitamin - vitamin Shaklee , boleh hubungi saya di

FB : Zunairah Abdul Ghani
Fan pages : Zunairah Foods Store
Blog : http://zunairahghani.blogspot.com (Panduan Makanan Sihat dan Selamat)
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p: 012-2248189


Cara order macam INI. Nak order klik SINI.

12 comments: