Tuesday 31 December 2013

10 Tips menjadikan perniagaan satu perkara yang menyeronokkan

Selamat Tahun Baru 2014. Macam - macam perkara telah berlaku dan menjadi sejarah pada tahun 2013. Pada tahun 2013 jugalah saya menceburkan diri secara aktif dalam perniagaan walaupun masih bertugas dalam pekerjaan lain. Antara punca saya meneruskan perniagaan ini adalah kerana ia menyeronokkan. Saya akan berkongsi dengan anda bagaimana menjadikan perniagaan satu perkara yang menyeronokkan dan tidak membosankan.

1. Pilih bidang perniagaan yang sesuai dengan kemampuan kita untuk mengendalikannya. Contohnya: perniagaan secara talian atau dropship bagi yang bekerja sepenuh masa.

2. Apabila tiada order daripada pelanggan, cuba penuhi masa dengan mendalami produk jualan kita terutama dari segi kebaikannya dan fungsinya. Tambah ilmu produk sebaik mungkin.

3. Sentiasa membaca cerita kejayaan - kejayaan orang lain sebagai motivasi . Pendek kata baca semua cerita yang positif sahaja kerana auranya pasti berbeza.

4. Bagi yang Muslim, sentiasa berhubung rapat dengan CEO paling Agung iaitu Allah s.w.t dalam sebarang urusan perniagaan dan yakinlah rezeki itu hanya dariNya.
"Jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, pasti Allah memudahkan segala urusan kita".

5. Masukkan amalan sedekah sebagai amalan wajib setiap hari hatta sedekah kepada ibu bapa dan anak - anak sekalipun kerana ia sangat dituntut agama. Ingat tak, 1 sedekah akan diberi 10 ganjaran.

Teringat kisah seorang sahabat saya, yang bersedekah RM5.00 di saat dia juga kesempitan wang, namun apabila pulang ke rumah bertemu dengan RM50.00 yang terselit dan muncul entah dari mana. Jadi percayalah, dengan bersedekah, anda tidak akan rugi malah anda akan menjadi lebih kaya. Kaya jiwa dan lebih seronok.

6. Menukarkan pelanggan anda sebagai sahabat baik anda. Ini adalah yang paling menyeronokkan. Apabila kita ikhlas berkawan, kita pasti akan mendoakan sahabat kita, dan pastinya para malaikat akan mendoakan kita pula. Seronok kan.

7. Sentiasa update diri dengan ilmu perniagaan yang baru. Mencuba sesuatu yang baru sangat mengujakan. Rebut peluang yang datang dan jangan lepaskannya.

 Contohnya sertai kelas membina blog kelolaan Cikgu Zaila. Sangat seronok kerana kita akan bertemu rakan - rakan baru yang turut berniaga dengan pebagai jenis produk. Banyak pengalaman yang dapat dikongsikan. Jadi anda pasti rasa anda tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran perniagaan.

8. Berfikiran positif .

Ini adalah perkara yang paling susah untuk dilaksanakan tetapi percayalah apabila anda telah melepasi tembok takut dalam diri, anda akan merasakan semuanya mudah dan seronok. Perkara positif yang saya dapat apabila berniaga, saya lebih yakin diri untuk bercakap dan mengiklankan produk walaupun hakikatnya saya seorang pensyarah. Saya mempunyai masalah takut untuk salah sebelum saya berniaga, namun sekarang, saya lebih optimis dan lebih redha dengan sebarang keputusan. Malah saya lebih berani mengutarakan buah fikiran saya di pejabat berbanding saya yang lama dan saya tidak sedih apabila pendapat saya dibangkang atau tidak dipandang. Sekurang - kurangnya saya telah mencuba. Ia lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

9. Senyum dan ucapkanlah Alhamdulillah sebelum memulakan sebarang urus niaga walaupun secara talian. Yakinlah, pelanggan anda akan nampak keikhlasan senyuman anda di sebalik skrin komputer anda.

10. Percaya dengan rezeki perniagaan 9/10 . Berniagalah dengan jujur. Yakinlah perniagaan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan beruntunglah kerana anda orang yang terpilih.

Kongsikan. Semoga ia bermanfaat.

Dari usahawan Shaklee yang setahun jagung tetapi berjiwa besar. Komen atau hubungi saya jika ada teguran.

zunairahagi@gmail.com


Tuesday 24 December 2013

Tips memilih penapis air (water filter)

Lewat tengahari tadi, saya berbual secara santai dengan rakan - rakan setugas. Isu yang ditimbulkan ialah fungsi penapis air yang sebenar.Berbual dengan rakan - rakan secara santai begini, banyak juga ilmu baru yang saya update untuk diri sendiri. Walaupun belajar dalam bidang yang sama, pastinya ilmu Allah yang luas itu, saya tak boleh jangkau semuanya.

Memang diakui, penapis air yang ada di pasaran sangat banyak, hinggakan tidak diketahui jenamanya, asal - usulnya dengan pelbagai tawaran harga. Namun, ia masih penapis air. Saya menggunakan jag penapis Shaklee sahaja. Murah berbanding penapis air yang pernah saya pakai sebelum ini dan sesuai dengan gaya hidup saya yang ringkas dan banyak berjalan. Mudah kerana ia hanya perlu ganti 1 sahaja penapis 4 bulan sekali jika saya menggunakannya dengan kerap. Saya hadiahkan juga kepada ibu mertua kerana sesuai dengan kudratnya dan boleh dibawa ke bilik tidur.

Berbalik kepada fungsi penapis air yang kita beli dan pilih, kita seharusnya faham apa sepatutnya bahan yang perlu ditapis oleh penapis tersebut. Kadangkala, penapis air yang ada di pasaran menapis sehingga tiada langsung zat mineral di dalam air yang telah tertapis tersebut. Sedangkan, air sangat mustahak untuk sistem tubuh. Jadi, kalau semua zat mineral sudah tiada, air tersebut hanya berfungsi sebagai penghilang dahaga sahaja. Sedangkan fungsinya sebagai bendalir tubuh terbantut.

Betapa rakyat Malaysia ini sangat peka dengan kesihatan. Maklumlah, air merupakan medium utama merebaknya penyakit berjangkit. Namun, air juga merupakan medium merawat penyakit. Hinggakan terdapat juga penapis air yang berskala besar diletakkan di luar rumah. Jika rumah yang mempunyai tangki air, penapis air seperti itu sangat merbahaya. Ia menjadikan tangki air anda time bomb.Ini kerana, air yang telah ditapis dan tidak berklorin, menyebabkan bakteria atau virus berkembang biak tanpa kawalan. Bayangkan tangki rumah anda terdedah dengan bahaya bakteria daripada tikus atau beburung. Terdapat penyakit bawaan tikus seperti kencing tikus di mana mediumnya ialah air dan virus H1N1 daripada burung.

Justeru, cukuplah sekadar penapis air berskala kecil yang diletakkan di pili dapur. Pastikan juga, apabila siap ditapis, air tersebut tidak disimpan melebihi 24 jam dikuatiri tidak selamat untuk digunakan. Seharusnya, anda perlu faham sifat klorin. Ia bersifat meruap. Jumlah klorin yang dimasukkan ke dalam air yang dirawat adalah mencukupi dan sesuai untuk kegunaan isi rumah.

Jika anda tidak mempunyai penapis air, cukup sekadar didihkan air dan guna air tersebut. Sudah pasti, klorin akan meruap akibat proses peningkatan haba ketika proses memasak air. Penggunaan penapis air, memerlukan kaedah pembersihan yang berjadual. Itu sebab saya hanya menggunakan penapis air Shaklee sahaja kerana, ia mobile, mudah diurus dan kurang penyelenggaraan.

Key point :

1. Jangan gunakan penapis air berskala besar di luar rumah , jika rumah anda menggunakan tangki air.
2. Fahami tugas dan fungsi penapis air yang anda pilih.
3. Minum air yang telah ditapis dalam tempoh 24 jam bagi memenuhi jaminan kebersihan air.
4. Selalu menyelenggara penapis air di rumah. Jangan biarkan ia tanpa sebarang penyelenggaraan.
5. Jika anda sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menyelenggara, pilih penapis air yang mudah diselenggara atau pakai buang.
6.Buat jadual pembersihan penapis air.

Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.

Jika ada sebarang kemusykilan atau pendapat, sila komen atau hubungi saya. 

012-2248189 (sms @ whatsapp)
zunairahagi@gmail.com (email)
zunairah abdul ghani (FB)
superfood store sabak bernam (fanpages)
zunairahghani.blogspot.com & superfoodstoresb.blogspot.com (blog)

penapis air Shaklee : http://superfoodstoresb.blogspot.com/2013/10/sebab-sebab-ramai-kata-jag-penapis-air.html




Sunday 22 December 2013

Minyak ikan sebagai penawar penyakit

"Minyak ikan bagus untuk kesihatan."
"Erm, tapi minyak ikan hanyirlah."

Perbualan di atas merupakan antara respon yang sering diterima apabila diceritakan kebaikan minyak ikan. Saya menggunakan minyak ikan Shaklee setiap hari untuk kegunaan satu keluarga kerana saya merasakan apa yang kita makan setiap hari, pasti memberi kesan terhadap kesihatan kita satu masa nanti.

Sebagai ahli sains makanan yang beragama Islam, saya percaya ikan adalah salah satu sumber makanan yang disyorkan dalam perubatan Islam seperti mana yang telah disebutkan dalam Al Quran.

Antaranya di dalam surah An Nahl ayat 14 seperti maksud yang berikut :

" Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut (ikan) hidup - hidup (segar)..."

Begitu juga di dalam Surah Fatir ayat 12 dan Surah Al Maidah ayat 96.

" Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang - orang yang di dalam pelayaran;...."
(surah al Maidah ayat 96)

Ikan sangat berguna untuk penyakit seperti hydrocephalus, tuberculosis, ulcers , masalah buah pinggang, sakit belakang, sendi dan saraf. Ia juga menguatkan libido. Ikan dikenali sebagai makanan utama orang Inuit (Eskimos) yang memberikan mereka sumber protein yang lebih baik berbanding daging. Protein ikan bernilai tinggi dan senang dihadamkan oleh tubuh sehinggakan semua zatnya diserap hampir sepenuhnya oleh tubuh manusia dan meninggalkan hanya sedikit sahaja bahan buangan.

Minyak Ikan

Lemak atau minyak yang didapati daripada ikan telah dikenalpasti oleh saintis sebagai makanan yang kaya dengan lemak tak tepu yang sangat berguna dan selamat untuk tubuh manusia. Ia mempunyai kebolehan untuk mengurangkan paras lemak di dalam darah yang membantu menghalang penyakit atherosclerosis dan penyakit jantung koronari. Jumlah iodin yang ditemui di dalam minyak ikan membantu jus pankreas memainkan peranan di dalam proses menghadamkannya.

Jenis ikan putih atau white fish seperti ikan cod mengandungi 1% lemak daripada beratnya. Manakala ikan berlemak seperti salmon, trout, sardin dan tuna ( di Malaysia, jenisnya popular di  Pantai Timur dikenali dengan nama tongkol @ aya ) mempunyai kandungan lemak di antara 5 hingga 25% daripada berat ikan tersebut. Hinggakan ikan yang ditinkan seperti sardin dan tuna diakui lebih bagus berbanding daging yang ditinkan.

Isi ikan yang kaya dengan lemak sangat berkhasiat dengan vitamin yang larut lemak seperti vitamin A dan D. Di dalam jenis ikan isi putih, vitamin tersebut wujud di dalam  hati ikan, bukannya isinya. Fakta turut menunjukkan , ikan yang kaya dengan vitamin ini sangat bagus sebagai penawar untuk kanak - kanak yang kurang aktif dalam pembelajaran dan proses tumbesaran mereka.

Kajian juga menunjukkan ikan sangat kaya dengan iodin. Iodin sangat penting fungsinya dalam kelenjar tiroid di dalam penghasilan hormon thyroxin. Mereka yang kurang iodin, menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid dan untuk menyembuhkannya, para pesakit diberi makan ikan. Kandungan iodin di dalamnya menyembuhkan pesakit sepenuhnya. 

Selain itu, minyak ikan mengandungi fosfat dan asid lemak perlu yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Ia sangat bagus untuk kanak - kanak yang membesar dan mereka yang mengalami masalah nyanyuk atau kelupaan.

Minyak ikan sebagai penawar

Kajian oleh Dr Saynor (R. Saynor, F. Ryan, The Eskimo Diet, London 1990) terhadap 153 pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang sangat tinggi termasuk yang mempunyai masalah jantung diberi rawatan minyak ikan selama 2 bulan. Hasilnya, tahap trigliserida turun ke tahap normal dan kekal rendah selama mana pesakit tersebut mengamalkannya.

Selain itu, kajian juga menunjukkan, makan ikan berlemak atau mengambil minyak ikan setiap hari akan mengurangkan salur darah tersumbat di dalam tubuh kerana pengambilan minyak ikan mengurangkan kelikatan darah. Menurut Kromhont di dalam Journal of Medical Engineering pada tahun 1985 , mengesahkan diet makan ikan oleh masyarakat Jepun yang tinggal di kawasan luar bandar merupakan faktor utama, masalah penyakit jantung dan strok jarang berlaku di sana.

Ahli sains seperti Kremer turut membenarkan kebaikan minyak ikan di dalam mengurangkan masalah sakit sendi di kalangan pesakit arthritis. Ia adalah disebabkan oleh minyak ikan yang memberi kesan terhadap prostaglandins yang bertanggungjawab ke atas rasa sakit dan keradangan.

Kajian turut melihat perkembangan prositif dalam mengurangkan simptom penyakit psoriasis di kalangan pesakit setelah mengambil minyak ikan sebanyak 10 biji kapsul selama 2 bulan (British Journal of Dermatology, 1982).

Pengkaji Denmark pula mengakui minyak ikan bermanfaat di dalam merawat penyakit atopic dermatitis sejenis penyakit kulit. Pesakit yang diberi minyak ikan selama 2 hingga 3 bulan menunjukkan pengurangan keradangan dan simptom penyakit tersebut (British Journal of Dermatology, 1982,117).

Minyak ikan juga adalah penawar yang efektif untuk merawat pesakit migraines. Pengambilan sebanyak 2 hingga 4 kapsul minyak ikan setiap hari selama 6 minggu menunjukkan perubahan yang sangat ketara (Paediatric Journal, 1986).

Dr Goodright (Chest Journal, 1992) mengesahkan pengambilan minyak ikan secara sederhana  sebanyak 2 kali seminggu membantu mengurangkan kadar kematian ke atas mereka yang menghadapi masalah myocardial infarction (serangan jantung).

Malahan, minyak ikan juga diakui mengurangkan risiko pre-eclampsia (tekanan darah tinggi ketika mengandung) (British Journal of Obstetrics and Gynaecology, 1990,97).

Kesimpulannya, minyak ikan atau  lemak dari ikan mesti dimasukkan ke dalam diet harian kita seharian sama ada mengambil minyak ikan dalam bentuk kapsul atau makan ikan yang berlemak seperti sardin, tuna , salmon dan sejenis dengannya. Ikan air tawar juga diakui sangat kaya dengan lemak seperti huraian oleh Ibnu Al Qayyim dalam kitabnya. Dawood al Antaki turut menyebut, ikan yang terbaik ialah dari jenis carp putih yang dikenali sebagai Al Boori, kemudian carp perang dan yang ketiga ialah belut.

Fungsinya yang terlalu banyak untuk disenaraikan hinggakan sehingga kini, mekanisma yang terlibat dalam mengurangkan tekanan darah tinggi menggunakan minyak ikan, gagal dikenalpasti (Islamic Medicine, 2010).

Sesungguhnya ilmu Allah sangat luas dan tidak terbatas. Pasti ada yang tersirat dan penuh manfaat jika ia telah disebutkan dalam Al Quran. Para pengkaji Muslim perlu menjadikan Al Farabi, Ibnu Sina sebagai contoh dalam menggandingkan fakta sains dan fakta Al Quran sebagai satu jalan penyelesaian masalah ummah setiap hari. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.

Jika ada sebarang kemusykilan atau pendapat, sila komen atau hubungi saya. 

012-2248189 (sms @ whatsapp)
zunairahagi@gmail.com (email)
zunairah abdul ghani (FB)
superfood store sabak bernam (fanpages)
zunairahghani.blogspot.com & superfoodstoresb.blogspot.com (blog)

Rujukan : Islamic Medicine, 2010
               Al Asrar AlTibbiyah Al Hadithah Fil Samak wal Hoot, Hassan Shamsi Pasha
               Al Ijaz Al Tibbi Fil Quran, Dr. Al Sayyid Al Ajeeli
               Food and Nutrition, Dr A.Tull




Monday 16 December 2013

Petua : Kurma sebagai penawar racun

Kali ini saya nak berkongsi tentang petua yang diberikan oleh orang tua saya tentang kurma. Memang saya lebih menggemari kurma berbanding kismis dan sebagainya. Mesti ada di rumah.Maklumlah banyak gunanya. Pertamanya saya kadangkala mengalami keadaan di mana kandungan gula saya rendah. Jadi kadang - kadang, saya rasa macam nak pitam atau pengsan. Jadi, kurmalah sumber gula yang segera buat saya. Sekarang sudah jarang - jarang berlaku, sejak saya mengambil supplement Shaklee namun kurma tetap menjadi teman setia saya.

Kedua, saya gunakan kurma kerana perut yang agak manja. Seringkali mengalami cirit birit yang dikatakan orang 'salah makan' walhal saya makan sama macam orang lain.Jadi kurma jugalah pengubat cirit birit itu, dan ia berkesan tiap kali. Dahulu saya tak faham, kenapa mesti kurma? Namun, setelah terjebak dalam bidang makanan ini, saya sangat kagum dengan fungsinya.

Hinggakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Barangsiapa tiada kurma di rumahnya, umpama tiada makanan". Begitu sekali tingginya kurma sebagai superfood di sisi Rasulullah s.a.w.

Kali ini saya ingin berkongsi, fungsi kurma sebagai penawar racun berdasarkan  hadith Bukhari dan Muslim " Sa'ad telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda," Barangsiapa yang makan 7 biji kurma 'Ajwah setiap pagi, tidak akan dirosakkan pada hari itu oleh racun atau perbuatan jahat (sihir)." (maaf jika ayat hadith tunggang langgang kerana direct translation daripada bahasa Inggeris)

Menurut Dr. Mahmoud Nazim An Naseemi , "Racun terdapat dalam pelbagai jenis samaada benda asing yang masuk melalui luka tubuh, gigitan ular atau bahan berbahaya apabila dimasukkan melebihi had yang dibenarkan samaada melalui makanan atau pernafasan."

Jika bahan itu adalah bahan berbahaya di dalam tubuh kita, selalunya, ia adalah bahan toksik daripada urea, bakteria dan parasit. Tubuh kita dijadikan Tuhan mampu menyingkirkan bahan toksik dengan baik dan sempurna. Bahan toksik disingkirkan menggunakan komponen seperti asid glukoronik yang dihasilkan di hati disebabkan oleh proses pengoksidaan gula dextrose.

Percayakan anda, gula dextrose sangat banyak di dalam kurma sama ada kurma kering atau segar berbanding buah - buahan lain. Tambahan pula dextrose sering digunakan di dalam diet dan rawatan pelabgai jenis keadaan keracunan.

Rekomendasi 7 biji kurma 'ajwah sebelum sarapan disebabkan, gulanya sangat  cepat diserap oleh tubuh dan disimpan di dalam hati. Di mana ia membantu menghapuskan dan meneutralkan racun.
Sesungguhnya ilmu Allah s.a.w. itu sangat luas.Subhanallah.

rujukan : Islamic Medicine , Yusuf al Hajj Ahmad, Riyadh (2010), English translation. Pustaka Darussalam.

Tuesday 10 December 2013

[Muhasabah Diri] Banjir teruk di Kuantan, peringatan untuk semua

Saya menulis tentang peristiwa banjir di Kuantan ini, bukanlah kerana saya cuba mengambil kesempatan atau pun Malaysia ini tidak pernah banjir. Namun saya menulis tentang banjir di Kuantan kerana musibah ini memberi kesan dalam sudut hati saya yang paling dalam. Memang kalau selama ini, jika berlaku sebarang bencana alam atau musibah, saya sekadar menyebut dialog P Ramlee dalam Madu Tiga "kesian".

Namun, banjir besar kali ini mampu membanjirkan kolam air mata saya. Sayu melihat suasana seperti di langgar garuda. Semuanya berlaku dengan cepat. Kuasa Tuhan yang boleh melakukan sesuatu dan dalam masa yang sama memberi peringatan kepada yang lain. Mungkin bencana ini, saya mendapat 'update' yang paling terkini lantaran ada ahli keluarga yang bekerja sebagai Pegawai Metereologi. Mungkin juga kerana 'update' siaran langsung tanpa tapisan daripada adik saya yang menjadi sukarelawan di Kuantan kerana dia menetap di Kuantan.

Banjir ini mengajar saya menghargai makanan kerana musibah banjir ini, saya berasa sangat bersalah apabila membuang baki makanan yang tidak termakan akibat ketamakan sendiri.

Banjir ini mengajar saya menghargai kaum keluarga dan sahabat handai kerana kerisauan terputus hubungan akibat banjir dan berbagai - bagai fikiran negatif yang timbul tentang keselamatan kaum keluarga di Kuantan.

Banjir ini mengajar saya, kita tidak perlu mengharapkan orang lain (pemimpin) untuk melakukan sesuatu perkara tentang diri kita. Sekali imbas peristiwa ini seperti kiamat kecil. Masing - masing hanya memikirkan diri sendiri dan kaum keluarga masing - masing. Bagaimana pula nanti di akhirat sana, pasti kita hanya memikirkan diri sendiri sahaja.

Banjir ini juga mengajar bahawa manusia itu tetap manusia. Apabila keperluan asas tidak dipenuhi, maka pastinya tiada lagi bahagia. Masing - masing mementingkan diri. Mujurlah masih ada hamba Allah yang berhati mulia membantu tak mengenal warna kulit dan beza agama.

Banjir ini juga mengajar saya, ada orang yang suka menangguk di air keruh. Kerana itu, pepatah itu wujud. Si peraih besi buruk yang menyepahkan jalan merebut hasil besi yang dibuang orang. Kenaikan harga barang makanan kerana ada sesetengah kawasan terputus bekalan makanan. Orang yang bukan mangsa banjir mengaku mangsa pun ada. Namun ingatlah, setiap perbuatan kita pasti akan dibalas. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas dengan keadaan yang buruk juga.

Sayu mendengarkan kisah - kisah dari sukarelawan, baju yang didermakan miang dan berbau, koyak pun ada. Makanan di pusat pemindahan mangsa banjir dicatu dek kerana tidak cukup bahan makanan. Mana - mana pusat yang menjadi tumpuan, mewahlah mangsa banjirnya. Mana - mana yang berada di kawasan susah untuk dihubungi, terpaksa dicatu dan mengikat perut demi anak - anak kecil yang kelaparan. Lampin pakai buang yang tidak bersalin. Barang - barang bantuan yang tiba direbut kerana takut habis dan tidak dapat. Barang apa yang direbut?  Barang penjagaan asas diri seperti sabun mandi, berus gigi dan tuala wanita kerana pastinya berhari - hari badan tidak selesa dengan kesan air bah. Bagaimana pula dengan orang tua atau kanak - kanak yang tidak punya ahli keluarga yang kuat dan gagah perkasa untuk merebut keperluan diri ini? Budak - budak tidur macam mana? Pasti sejuk dek musim hujan. Ibu - ibu yang mungkin dalam hari , tengah berpantang anak kecil, bagaimana lah ye? Semua soalan - soalan itu sentiasa bermain dalam fikiran saya.

Akhir kalam, peristiwa banjir ini pastinya kita kenal siapa kawan dan siapa lawan. Allah swt menduga kerana Allah swt sayang pada kita, jadi bersabarlah. Kalau Allah swt uji dengan kesusahan, pastinya kita akan kembali kepadanya. Namun jika Allah swt uji dengan nikmat kesenangan, pastinya kita terus lalai dan leka tanpa mengambil kira kewujudan Nya. Allah swt uji kerana Allah swt masih pandang kita. Kalau Allah swt tidak menyedari kehadiran kita, pastinya Dia membiarkan kita leka dengan amalan yang merosakkan diri kita sendiri..

Monday 2 December 2013

Catatan perjalanan Anas dan Khaulah : Muzium Kapal Selam

Hujung minggu , apabila pulang ke kampung di Melaka, kami cuba mengubah angin  untuk bersantai - santai dalam suasana tenang. Jadi kami memilih untuk ke Pantai Klebang. Rupanya selain pantainya yang memutih, turut ada tempat menarik untuk dilawati iaitu Muzium Kapal Selam. Tiket masuk, hanyalah RM1.00.
Khaulah bermain bebas di pasiran pantai



Sempat menikmati mee rojak dan air kelapa muda di bawah pepohon ru 
Khaulah dan kakak Asma' di bawah pohon rhu.
Bayaran masuk hanyalah RM1.00 untuk ke Muzium Kapal Selam
Anak - anak kapal sibuk menjalankan 'tugas'
Bilik mesyuarat yang kecil sahaja ruangnya
Anas dalam pangkuan abah, teruja lagaknya.
Lagi anak kapal sedang sibuk 'beraksi'
Gaya bergambar Khaulah cara baru di pintu masuk kapal selam. Tinggi tau!
Jadi, kalau sesiapa yang tiada idea nak berhujung minggu di Melaka, silalah ke Pantai Klebang.Pasti Kapal Selam menunggu anda tanpa jemu.

Manfaatkan waktu hujung minggu bersama keluarga.